Panduan Lengkap Tuntutan Nafkah Anak: Prosedur, Kiraan & Hak Isteri

Ramai ibu terpaksa berkorban membesarkan anak apabila bapa gagal menunaikan tanggungjawab nafkah. Alasan “tidak mampu” sering digunakan, namun hakikatnya dalam undang-undang Syariah, nafkah anak tetap menjadi kewajipan bapa tanpa kompromi.

Hari ini, ramai yang masih keliru tentang hak nafkah anak bukan kerana mereka tidak mempunyai hak, tetapi kerana tidak memahami saluran yang betul untuk menuntutnya. Tanpa panduan yang jelas, ramai ibu akhirnya memikul beban seorang diri sedangkan undang-undang telah menyediakan mekanisme untuk melindungi kebajikan anak.

Dalam panduan ini, kami akan kongsikan secara praktikal bagaimana anda boleh menuntut melalui Mahkamah Syariah, termasuk:

  • langkah-langkah yang perlu diambil
  • Soalan lazim tentang nafkah anak
  • dan strategi untuk menangani alasan seperti “tidak mampu”
nafkah anak

Dengan pemahaman yang betul, anda boleh mengambil tindakan yang lebih teratur bagi memastikan hak anak terus terpelihara.

Langkah-Langkah Menuntut Nafkah Anak di Mahkamah Syariah

Jika bapa gagal memberikan nafkah anak, anda boleh mengambil langkah berikut:

1. Dapatkan Konsultasi Awal

Langkah pertama adalah memahami situasi anda dari sudut undang-undang.
Ini penting untuk menentukan jenis tuntutan yang sesuai berkaitan nafkah anak.


2. Sediakan Dokumen Sokongan

Beberapa dokumen penting perlu disediakan seperti:

  • Sijil perkahwinan / perceraian
  • Sijil kelahiran anak
  • Bukti perbelanjaan anak (resit, bil, dll)
  • Bukti pendapatan (jika ada)

Dokumen ini membantu mahkamah menilai tuntutan nafkah anak dengan lebih tepat.


3. Failkan Permohonan di Mahkamah Syariah

Permohonan tuntutan nafkah anak perlu difailkan secara rasmi di Mahkamah Syariah.

Di peringkat ini, peguam syarie akan membantu:

  • menyediakan dokumen
  • menyusun tuntutan
  • memastikan proses berjalan lancar

4. Hadiri Prosiding Mahkamah

Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Hakim akan menilai:

  • keperluan anak
  • kemampuan bapa
  • keadaan semasa kedua-dua pihak

5. Perintah Nafkah Dikeluarkan

Jika tuntutan diluluskan, mahkamah akan mengeluarkan perintah rasmi berkaitan nafkah anak.

Perintah ini wajib dipatuhi oleh bapa.


Strategi Menghadapi Alasan “Tidak Mampu”

Salah satu alasan paling biasa adalah:

“Saya tidak mampu bayar nafkah anak”

Namun dalam undang-undang Syariah, alasan ini akan dinilai secara teliti.


1. Mahkamah Akan Nilai Kemampuan Sebenar

Mahkamah tidak hanya bergantung kepada kata-kata.

Mereka akan lihat:

  • pekerjaan
  • gaya hidup
  • aset yang dimiliki

2. Nafkah Berdasarkan Keperluan Anak

Walaupun pendapatan rendah, bapa tetap wajib memberi nafkah mengikut kemampuan minimum.

Nafkah anak tidak boleh diabaikan sepenuhnya.


3. Gunakan Bukti Perbelanjaan

Senaraikan keperluan sebenar anak seperti:

  • makanan
  • sekolah
  • pakaian
  • kesihatan dan lain-lain.

Ini membantu mahkamah menetapkan jumlah nafkah yang munasabah.


4. Mohon Penguatkuasaan Jika Ingkar

Jika bapa gagal mematuhi perintah:

Anda boleh:

  • memohon tindakan penguatkuasaan
  • membawa semula kes ke mahkamah

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah anak?

Belanja atau sara hidup yang wajib ke atas seseorang yang berada dalam tanggungannya. Rujukan sini.


Apakah sebab-sebab yang mewajibkan nafkah anak?


Siapa yang perlu bayar nafkah anak?

Bapa kandung anak tersebut, dan kaum kerabat lelaki sebelah bapa (mengikut susunan tertib wali). Rujukan Seksyen 72 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


Apa yang boleh saya tuntut untuk nafkah anak?

Keperluan harian seperti makanan, pakaian, perbelanjaan persekolahan, pendidikan, perubnatan dan tempat tinggal. Rujukan Seksyen 72 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


Bila boleh saya failkan nafkah anak?

Mahkamah boleh pada bila-bila masa, memerintahkan bapa membayar nafkah anaknya apabila :-

  • (i) Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya,
  • (ii) Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya,
  • (iii) Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah atau apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain. Rujukan

Bagaimana Mahkamah membuat kiraan berkenaan dengan nafkah anak?

Ia akan dikira dengan mengambil kira keperluan anak dan kemampuan bapa untuk membayarnya. Rujukan Seksyen 61  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


Apakah cara pembayaran nafkah anak?

Bayaran boleh dilakukan secara potongan gaji atau memasukkan wang tersebut ke dalam akaun penjaga anak. Rujukan.


Nafkah anak perlu dibayar sehingga anak umur berapa?

Ia berkuatkuasa sehingga anak mencapai umur 18 tahun, tetapi bagi keadaan tertentu, seperti anak tersebut menyambung pengajian hingga peringkat ijazah atau menghadapi kecacatan serta kurang upaya, perintah nafkah anak tersebut boleh dipanjangkan. Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

Siapa yang boleh membuat tuntutan nafkah bagi anak yang sudah mencapai umur 18 tahun?

Anak itu sendiri. Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


Anak tidak sah taraf, siapa yang patut tanggung nafkahnya?

Nafkah bagi anak tidak sah taraf hanya ditanggung oleh ibu anak tersebut.
Rujukan Seksyen 80 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


Anak angkat, siapa yang patut tanggung nafkahnya?

Bapa angkat anak tersebut. Rujukan Seksyen 78  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


Apa yang boleh dilakukan, apabila bapa enggan membayar nafkah anak walaupun perintah berkenaan dengan nafkah anak sudah dikeluarkan?

Boleh failkan tunggakan nafkah apabila berlaku kecuaian pembayaran nafkah
Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


Apa prosedur untuk mengemukakan tuntutan nafkah anak?

Tuntutan boleh difailkan di Mahkamah Syariah tempat Pemohon tinggal.


Nota : Walaupun rujukan di atas adalah berdasarkan Akta Wilayah Persekutuan, peruntukan bagi negeri-negeri lain di Malaysia adalah hampir serupa di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri masing-masing. Hubungi kami untuk penerangan lanjut lagi dari pihak kami.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *