Selepas perceraian, ramai wanita masih keliru tentang tempoh iddah, hak nafkah dan tempat tinggal yang perlu disediakan oleh bekas suami. Ada yang tidak pasti berapa lama tempoh iddah perlu dijalani, sama ada masih layak menerima nafkah, atau apakah hak yang masih boleh dituntut sepanjang tempoh tersebut.
Hakikatnya, iddah bukan sekadar tempoh menunggu selepas perceraian, tetapi ia juga melibatkan hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan dalam undang-undang Syariah. Tanpa pemahaman yang jelas, ramai wanita akhirnya terlepas hak yang sepatutnya diterima.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan iddah, termasuk tempoh iddah, nafkah iddah dan hak tempat tinggal selepas perceraian bagi membantu anda memahami situasi dengan lebih jelas.
Jangan biarkan hak anda tergantung selepas perceraian. Fahami tempoh iddah, kadar nafkah, dan hak tempat tinggal mengikut undang-undang bersama Peguam Syarie ZIAS.
Soalan Lazim Tentang Iddah
Apakah maksud iddah?
Tempoh menunggu bagi seorang isteri selepas berlaku perceraian
Mengapakah iddah ini wujud?
Bagi mengetahui bersih rahim seseorang isteri daripada mengandung untuk mengharuskannya berkahwin dengan lelaki lain
Apakah tempoh iddah yang terpakai jika suami meninggal dunia ketika isteri dalam iddah rajie (diceraikan dengan talaq)?
Tempoh iddah yang dikira adalah iddah bercerai mati iaitu 4 bulan 10 hari, kerana mengikut hukum, isteri yang masih dalam talaq iddah talaq rajie masih dalam kekuasaan suaminya yang meninggal dunia. Tempoh 4 bulan 10 hari bermula dari tarikh kematian suami, bukan tarikh perceraian.
Apakah tempoh iddah yang terpakai jika suami meninggal dunia ketika isteri dalam talak bain?
Iddahnya adalah seperti iddah perempuan bercerai hidup iaitu tiga kali suci, dan bagi wanita yang sudah terputus haid, adalah tiga bulan. Talak bain memutuskan hubungan perkahwinan suami isteri, isteri tidak lagi dikira dalam kekuasaan suaminya lagi.
Adakah isteri yang diceraikan wajib keluar dari rumah kelamin, dan bolehkah suami mengusirnya keluar?
Isteri yang masih dalam tempoh iddah wajib tinggal di rumah kelamin mereka hingga habis tempoh iddah, dan suami tidak boleh mengusir isteri keluar dalam tempoh iddah.
Bolehkah bekas suami dan isteri tinggal bersama dalam tempoh iddah?
Bekas suami hendaklah keluar dari rumah kelamin untuk membiarkan bekas isterinya beriddah, dan tidak boleh tinggal bersama, kecuali sekiranya terdapat mahram atau masing-masing tinggal di bilik berasingan, maka hukumnya adalahy makruh. Rujukan: Al-muktamad fi fiqh al-shafie (4/268)
Boleh difailkan selepas tempoh iddah, kerana tempoh tamat iddah telah dapat ditentukan.
“Adakah Hak Nafkah Iddah Anda Sedang Ditindas atau Bekas Suami Cuba Mengelak?” Jangan biarkan kekeliruan undang-undang membuatkan anda beralih arah tanpa pembelaan yang sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan. Dapatkan bimbingan profesional, strategik, dan sulit terus daripada Peguam Syarie ZIAS.
Dalam peperangan ego antara suami dan isteri, seringkali yang menjadi mangsa bukanlah harta atau nama, tetapi jiwa suci seorang anak yang tidak berdosa. Si kecil itu ibarat kancil yang terhimpit di celah pertembungan dua kekuatan besar. Mereka tidak mahu memilih pihak, mereka hanya mahukan kasih sayang.
Sebagai ibu bapa, adakah kita sedang memperjuangkan hak anak, atau sebenarnya sedang memuaskan dendam sendiri?
Artikel ini bukan sekadar panduan undang-undang, tetapi satu ‘gencatan senjata’ untuk kita melihat kembali apa yang terbaik buat si kancil kita.
FASA 1: MEMAHAMI ASAS HADHANAH
1. Soalan: Apakah maksud hadhanah? Jawapan: Hadhanah bermaksud penjagaan individu yang tidak dapat berdikari serta mendidik atau mengasuhnya. Rujukan: Minhaj Al-Tolibin wa Umdat al Muftin fi fiqh Mazhab al-Imam Al Syafie, Jilid 4.
2. Soalan: Bilakah hadhanah boleh dituntut? Jawapan: Ia boleh dituntut sama ada sebelum bercerai atau selepas bercerai.
4. Soalan: Anak tidak sah taraf, siapa yang patut menjaganya? Jawapan: Anak tidak sah taraf hanya boleh dijaga oleh ibu dan ahli keluarga sebelah ibu sahaja.
5. Soalan: Anak angkat, siapa yang patut menjaganya ? Jawapan: Bagi kes melibatkan anak angkat, prosedurnya adalah berbeza dengan mengambil kira status anak tersebut.
i) Sekiranya anak angkat tersebut adalah anak tidak sah taraf, dan diserahkan kepada keluarga angkat tanpa pendaftaran rasmi Jawapan: Ibu kandung kepada anak tersebut adalah berhak sebagai penjaga mutlak kepada anak itu.
ii) Sekiranya anak angkat tersebut adalah anak sah taraf, dan diserahkan kepada keluarga angkat tanpa pendaftaran rasmi Jawapan: Ibu kandung atau keluarga asal masih boleh membuat tuntutan hak jagaan terhadap anak tersebut
iii) Sekiranya anak angkat tersebut (sah taraf atau tidak sah taraf) telah diserahkan kepada keluarga angkat serta telah membuat pendaftaran pengangkatan, Jawapan: Ibu bapa angkat mempunyai hak penjagaan yang sah, manakala ibu bapa kandung dilarang mengambil semula anak tersebut, kecuali pendaftaran itu dibatalkan melalui perintah Mahkamah.
6. Soalan: Apa syarat atau kelayakan yang diperlukan oleh ibu untuk menjaga anak? Jawapan: Hak ibu tidak mutlak. Ibu mestilah beragama Islam, sempurna akal, mencapai umur yang layak memberi kasih sayang, berakhlak baik, dan tinggal di tempat yang selamat dari ancaman jasmani atau moral. Rujukan: Seksyen 82 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
7. Soalan: Adakah ibu boleh hilang hak sebagai penjaga anak? Jawapan: Ya, jika berkahwin semula dengan lelaki asing (ajnabi), berkelakuan buruk secara terbuka, menukar tempat tinggal untuk menghalang bapa memantau anak, murtad, atau cuai/menganiaya anak. Rujukan: Seksyen 83 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
8. Soalan: Boleh terangkan maksud berkahwin semula dengan suami baru dan kesannya pada kebajikan anak? Jawapan:Jika perkahwinan tersebut menyebabkan kebajikan anak terjejas, hak ibu boleh hilang. Rujukan: Kes N lwn FYA.
9. Soalan: Apa maksud berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka? Jawapan: Penjaga mestilah amanah dan tidak fasiq. Seseorang yang fasiq tidak layak menjadi penjaga.
10. Bagaimana jika kelakuan buruk itu tidak menjejaskan kebajikan anak? Jawapan: Hak hanya hilang jika kelakuan tersebut mendatangkan kesan negatif atau memudaratkan anak. Jika anak amat memerlukan ibu, hak boleh dikekalkan. Rujukan: Kes SAA lwn AFAR.
11. Apa maksud ibu menukar pemastautinan (tempat tinggal)? Jawapan: Pindah dengan tujuan menghalang bapa daripada mengawasi anak, kecuali jika ibu pulang ke tempat lahirnya sendiri. Rujukan: Seksyen 83 (c) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan). https://www.kpwkm.gov.my/uploads/content-downloads/file_20250105093304.pdf
14. Soalan: Sekiranya ibu hilang kelayakan, siapa yang akan menjadi penjaga seterusnya? Jawapan: Urutan bermula dari nenek sebelah ibu, bapa, nenek sebelah bapa, kakak/adik perempuan seibu sebapa, dan seterusnya mengikut hukum syarak. Rujukan: Seksyen 81 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
15. Soalan: Adakah susunan hierarki ini bersifat mutlak? Jawapan: Tidak. Kebajikan anak sentiasa menjadi keutamaan tertinggi melebihi urutan teknikal tersebut.
FASA 5: TITIK PERUBAHAN – APABILA ANAK MENJADI MUMAYYIZ
17. Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan mumayyiz? Jawapan: Anak yang sudah mampu membezakan antara baik dan buruk. Biasanya 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan.
20. Soalan: Bagaimanakah cara Mahkamah menilai pilihan anak? Jawapan: Anak akan dipanggil untuk ditemubual oleh Mahkamah bagi melihat status fizikal, emosi, dan kehidupan seharian mereka.
FASA 6 LANGKAH PROSEDUR DI MAHKAMAH
21. Soalan: Apakah dokumen yang diperlukan untuk memfailkan tuntutan? Jawapan: Kad Pengenalan Pemohon, Sijil Kahwin/Cerai, dan Sijil Kelahiran Anak.
22. Soalan: Di manakah tuntutan Hadhanah boleh difailkan? Jawapan: Di Mahkamah Tinggi Syariah berdekatan tempat Pemohon tinggal.
Harta sepencarian sering menjadi isu yang kompleks selepas perceraian, terutamanya apabila melibatkan aset seperti rumah, kenderaan atau simpanan bersama. Ramai yang masih keliru tentang apa yang sebenarnya dikira sebagai harta sepencarian, siapa yang berhak menuntut, dan bagaimana proses tuntutan dilakukan di Mahkamah Syariah.
Isteri Tak Bekerja Layak Dapat Rumah?
Perceraian bukan sekadar pengakhiran sebuah ikatan, tetapi ia adalah fasa di mana ramai isteri terutamanya suri rumah, mula dihantui ketakutan akan kehilangan tempat tinggal dan masa depan kewangan yang gelap.
Hakikatnya, tahun 2026 masih menyaksikan ramai wanita ‘dihalau’ keluar dari rumah yang mereka bina dengan kasih sayang hanya kerana nama mereka tidak tercatat di atas geran atau dokumen bank.
Di Zainol Iqbal & Associates, kami mahu anda faham bahawa pengorbanan membesarkan anak dan penat lelah mengurus rumahtangga adalah ‘mata wang’ yang sangat bernilai di sisi undang-undang Syariah.
Walaupun anda tidak mengeluarkan satu sen pun untuk untuk membeli harta.
Tanpa pemahaman yang jelas, ada pihak yang terlepas hak mereka atau tidak tahu langkah yang perlu diambil untuk mempertahankannya. Dalam artikel ini, kami kongsikan soalan lazim berkaitan tuntutan harta sepencarian bagi membantu anda membuat keputusan yang lebih teratur dan berinformasi.
Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanya.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?
Harta sepencarian adalah harta alih atau harta tidak alih yang diperoleh bersama oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan, dan termasuk juga harta yang dibeli / diperoleh sebelum berkahwin, tetapi dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam tempoh perkahwinan Rujukan: Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Siapa yang boleh membuat tuntutan?
Harta sepencarian adalah hak ekslusif pasangan suami isteri, maka pasangan suami isteri sahaja yang boleh membuat tuntutan.
Adakah isteri yang nusyuz boleh menuntut harta sepencarian?
Boleh, nusyuz tidak menghilangkan hak mana-mana orang untuk membuat tuntutan harta sepencarian.
Bolehkah tanah FELDA dituntut sebagai harta sepencarian?
Boleh dituntut tetapi tertakhluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Pihak-pihak mestilah isteri atau suami yang sama-sama menyertai FELDA dan hanya hasil yang akan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing.
Bolehkah harta yang telah dilupuskan dituntut sebagai harta sepencarian?
Boleh.
Bolehkah wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dituntut sebagai harta sepencarian?
Adakah wang ex-gratia dikira sebagai harta sepencarian?
Ex-gratia bukan harta sepencarian, sebaliknya adalah harta pusaka si mati yang perlu dibahagikan kepada waris-waris si mati yang berhak menerimanya. Rujukan: WSWS lwn SNMD
Adakah wang pampasan / insuran / takaful dikira sebagai harta sepencarian?
Tidak, wang pampasan, / insuran / takaful tidak dikira sebagai harta sepencarian, sebaliknya adalah harta pusaka si mati. Rujukan:Re Man Minha (1965) 2 MLJ 1, Re Bahadun BIn Hj. Hassan (1974) 1 MLJ 4
Adakah saham syarikat dikira sebagai harta sepencarian?
Ya, saham syarikat dikira sebagai harta sepencarian. Rujukan: AMD lwn II (kes rayuan Mahkamah syariah wilayah persekutuan)
Adakah socso dikira sebagai harta sepencarian?
Tidak, socso adalah harta pusaka
Apakah yang diambil kira dalam menentukan harta sepencarian?
(1) Tempoh pemerolehan harta. Harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan atau diperolehi sebelum berkahwin tetapi dimajukan dalam tempoh perkahwinan. (2) Sumbangan pihak-pihak.
Apakah yang dimaksudkan dengan sumbangan pihak-pihak?
Sumbangan pihak-pihak bermaksud usaha suami atau isteri keatas pemerolehan harta tersebut. Sumbangan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung.
Apakah yang dimaksudkan dengan sumbangan langsung?
Usaha yang dilakukan oleh suami atau isteri sama ada wang, tenaga, atau masa yang dilakukan oleh mereka untuk memperolehi harta tersebut. Contohnya deposit rumah, bayaran bulanan kereta.
Apa pula sumbangan tidak langsung?
Suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetapi kesannya boleh memperolehi sesuatu aset. Contohnya, sumbangan berbentuk idea, dorongan, nasihat, menjaga keselesaan. Contohnya suami bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, manakala isteri adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kemudiannya suami berjaya membeli rumah menggunakan pendapatannya. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap boleh membuat tuntutan harta sepencarian atas usaha tidak langsungnya dengan menjaga keluarga, menguruskan rumah tangga.
Bagaimanakah Mahkamah menentukan kadar pembahagian harta sepencarian?
Kadar pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan takat sumbangan yang diberikan oleh pihak-pihak.
a) Sumbangan bersama Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperoleh harta tersebut
b) Apa-apa hutang yang dilakukan untuk manfaat bersama mereka
c) Keperluan anak yang belum dewasa
Dalam hal ini, tertakhluk kepada pembuktian dan pertimbangan Mahkamah, pembahagian boleh dibuat sama banyak.
Sumbangan Tunggal Satu Pihak (a) Bagi situasi ini, Mahkamah akan melihat kepada usaha orang yang tidak memperolehi aset tersebut terhadap kebajikan keluarga dan memelihara rumah tangga. Contohnya, suami yang membayar semua rumah, isteri tidak membuat apa-apa sumbangan. Mahkamah akan melihat usaha isteri terhadap menjaga kebajikan keluarga dan memelihara rumah tangga dalam menentukan kadar yang sepatutnya isteri dapat terhadap harta sepencarian tersebut.
Bagi situasi sumbangan tunggal satu pihak ini, pihak yang memperolehi aset tersebut akan mendapat kadar bahagian yang lebih besar berbanding pihak satu lagi.
Bilakah tempoh sumbangan suami / isteri ke atas harta dikira dalam kes harta sepencarian?
Takat sumbangan hanya dikira bermula dari tarikh harta tersebut dibeli hinggalah tarikh berlaku perceraian sahaja. Rujukan: kes RFD lwn AH
Adakah civil servent reserve unit (csru) dikira sebagai satu sumbangan dalam kes tuntutan harta sepencarian?
Ya, dikira sebagai harta sepencarian. Rujukan: kes SMSM lwn FM
Adakah pembelian perabot serta peralatan rumah boleh dikira sebagai sumbangan dalam kes harta sepencarian?
Tidak, pembelian perabot serta peralatan rumah tidak dikira sebagai sumbangan dalam kes tuntutan harta sepencarian, sebaliknya perabot serta peralatan rumah yang lain perlu dimasukkan sebagai harta berasingan dan perlu dibicarakan dalam tuntutan sebagai salah satu harta yang dituntut dalam kes harta sepencarian. Rujukan: kes NY lwn BM
Adakah menggunakan nama pasangan, boleh menyebabkan dikira sebagai sumbangan oleh pasangan tersebut?
Ya, guna nama boleh dikira sebagai sumbangan. tanpa kebenaran untuk menggunakan nama, harta tersebut tidak akan boleh dibeli, maka guna nama dikira sebagai satu sumbangan. Rujukan:kes SKA lwn MFMA
Adakah bil-bil utiliti seperti cukai pintu, bil elektrik, dan bil air boleh dikira sebagai sumbangan dalam tuntutan harta sepencarian?
Bil-bil utilities tersebut bukanlah relevan dalam membuktikan sumbangan terhadap pemerolehan harta sepencarian. Rujukan: YI lwn SRI
Adakah usaha suami melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, menguruskan rumah dan menjaga anak boleh dianggap sebagai satu sumbangan?
Tidak, usaha memasak, menguruskan rumah dan menjaga anak hanya dianggap sebagai sumbangan isteri sahaja, bukannya suami, kerana perkara tersebut semenangnya adalah tanggungjawab suami. Maka, tidak boleh dikira sebagai sumbangan. Rujukan: kes YI lwn SRI
Bagaimanakan nilaian harta diambil kira dalam tuntutan harta sepencarian?
Nilaian harta yang diambil kira adalah berdasarkan nilaian pada waktu perceraian atau kematian.
Bagaimanakah kaedah pembahagian harta sepencarian dibuat?
Pembahagian boleh dibuat mengikut kaedah yang berikut:
(1) Secara bayaran balik. Contohnya apabila diakui sebidang tanah adalah harta sepencarian antara suami isteri, kemudiannya suami atau isteri mahu memiliki terus tanah tersebut. Sesiapa yang ingi memiliki tanah tersebut hendaklah memulangkan semula wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa pembelian tanah tersebut.
(2) Secara penjualan. Contohnya, suami atau isteri tidak mahu memiliki harta tersebut, atau ingin memiliki tetapi tidak mampu membayar bahagian pihak satu lagi, maka mahkamah akan memerintahkan agar harta/aset tersebut dijual, dan hasil jualan itu dibahagikan antara suami isteri mengikut kadar yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Semasa dalam prosiding harta sepencarian, berlaku kematian kepada salah satu pihak suami atau isteri, bolehkah prosiding harta sepencarian tersebut diteruskan?
Prosiding boleh diteruskan terhadap waris-waris simati
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?
Antara dokumen yang diperlukan adalah
Sijil nikah/ cerai
Sijil kelahiran anak
Dokumen yang melibatkan pembelian atau pemilikan aset seperti geran, perjanjian jual beli rumah, dan
Apa-apa dokumen bagi membuktikan sumbangan yang telah dilakukan.
Ada sebarang pertanyaan lagi tentang hak harta sepencarian? Boleh hubungi kami tim Zainol Iqbal untuk info lanjut.
Ramai ibu terpaksa berkorban membesarkan anak apabila bapa gagal menunaikan tanggungjawab nafkah. Alasan “tidak mampu” sering digunakan, namun hakikatnya dalam undang-undang Syariah, nafkah anak tetap menjadi kewajipan bapa tanpa kompromi.
Hari ini, ramai yang masih keliru tentang hak nafkah anak bukan kerana mereka tidak mempunyai hak, tetapi kerana tidak memahami saluran yang betul untuk menuntutnya. Tanpa panduan yang jelas, ramai ibu akhirnya memikul beban seorang diri sedangkan undang-undang telah menyediakan mekanisme untuk melindungi kebajikan anak.
Dalam panduan ini, kami akan kongsikan secara praktikal bagaimana anda boleh menuntut melalui Mahkamah Syariah, termasuk:
langkah-langkah yang perlu diambil
Soalan lazim tentang nafkah anak
dan strategi untuk menangani alasan seperti “tidak mampu”
Dengan pemahaman yang betul, anda boleh mengambil tindakan yang lebih teratur bagi memastikan hak anak terus terpelihara.
Langkah-Langkah Menuntut Nafkah Anak di Mahkamah Syariah
Jika bapa gagal memberikan nafkah anak, anda boleh mengambil langkah berikut:
1. Dapatkan Konsultasi Awal
Langkah pertama adalah memahami situasi anda dari sudut undang-undang. Ini penting untuk menentukan jenis tuntutan yang sesuai berkaitan nafkah anak.
2. Sediakan Dokumen Sokongan
Beberapa dokumen penting perlu disediakan seperti:
Sijil perkahwinan / perceraian
Sijil kelahiran anak
Bukti perbelanjaan anak (resit, bil, dll)
Bukti pendapatan (jika ada)
Dokumen ini membantu mahkamah menilai tuntutan nafkah anak dengan lebih tepat.
3. Failkan Permohonan di Mahkamah Syariah
Permohonan tuntutan nafkah anak perlu difailkan secara rasmi di Mahkamah Syariah.
Di peringkat ini, peguam syarie akan membantu:
menyediakan dokumen
menyusun tuntutan
memastikan proses berjalan lancar
4. Hadiri Prosiding Mahkamah
Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.
Hakim akan menilai:
keperluan anak
kemampuan bapa
keadaan semasa kedua-dua pihak
5. Perintah Nafkah Dikeluarkan
Jika tuntutan diluluskan, mahkamah akan mengeluarkan perintah rasmi berkaitan nafkah anak.
Perintah ini wajib dipatuhi oleh bapa.
Strategi Menghadapi Alasan “Tidak Mampu”
Salah satu alasan paling biasa adalah:
“Saya tidak mampu bayar nafkah anak”
Namun dalam undang-undang Syariah, alasan ini akan dinilai secara teliti.
1. Mahkamah Akan Nilai Kemampuan Sebenar
Mahkamah tidak hanya bergantung kepada kata-kata.
Mereka akan lihat:
pekerjaan
gaya hidup
aset yang dimiliki
2. Nafkah Berdasarkan Keperluan Anak
Walaupun pendapatan rendah, bapa tetap wajib memberi nafkah mengikut kemampuan minimum.
Nafkah anak tidak boleh diabaikan sepenuhnya.
3. Gunakan Bukti Perbelanjaan
Senaraikan keperluan sebenar anak seperti:
makanan
sekolah
pakaian
kesihatan dan lain-lain.
Ini membantu mahkamah menetapkan jumlah nafkah yang munasabah.
4. Mohon Penguatkuasaan Jika Ingkar
Jika bapa gagal mematuhi perintah:
Anda boleh:
memohon tindakan penguatkuasaan
membawa semula kes ke mahkamah
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah anak?
Belanja atau sara hidup yang wajib ke atas seseorang yang berada dalam tanggungannya. Rujukan sini.
Apakah sebab-sebab yang mewajibkan nafkah anak?
(i) keturunan
(ii), kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga
Mahkamah boleh pada bila-bila masa, memerintahkan bapa membayar nafkah anaknya apabila :-
(i) Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya,
(ii) Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya,
(iii) Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah atau apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain. Rujukan
Bagaimana Mahkamah membuat kiraan berkenaan dengan nafkah anak?
Apa prosedur untuk mengemukakan tuntutan nafkah anak?
Tuntutan boleh difailkan di Mahkamah Syariah tempat Pemohon tinggal.
Nota : Walaupun rujukan di atas adalah berdasarkan Akta Wilayah Persekutuan, peruntukan bagi negeri-negeri lain di Malaysia adalah hampir serupa di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri masing-masing. Hubungi kami untuk penerangan lanjut lagi dari pihak kami.
Perceraian bukanlah satu keputusan yang mudah. Ia melibatkan emosi, masa depan dan hak kedua-dua pihak, termasuk anak-anak jika ada. Namun dalam situasi tertentu, perceraian menjadi jalan penyelesaian terakhir apabila tiada lagi persefahaman.
Ramai yang masih keliru tentang jenis perceraian dalam undang-undang Syariah serta proses yang perlu dilalui di Mahkamah Syariah. Tanpa pemahaman yang jelas, ia boleh menyebabkan kesilapan dalam tindakan dan melambatkan penyelesaian.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan jenis dan proses perceraian Syariah bagi membantu anda memahami langkah yang perlu diambil sebelum ke mahkamah.
Jika salah satu pihak daripada perkahwinan yang bukan islam memeluk islam, maka mana-mana pihak boleh membuat permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Sivil untuk bercerai, kerana perkahwinan tersebut didaftarkan melalui Law Reform (Marriage and Divorce) Act
Apa maksud cerai dengan talak atau lebih dikenali dengan cerai hakam?
Mana-mana pihak sama ada suami atau isteri membuat permohonan untuk suami melafazkan cerai di hadapan Mahkamah
Apa yang akan berlaku sekiranya suami enggan untuk melafazkan cerai?
Jika suami enggan melafazkan cerai, Mahkamah akan meminta agar kedua-dua pihak (suami dan isteri) untuk membawa wakil, bagi menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai di Pejabat Agama.
Siapa yang boleh menjadi wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) tersebut?
Boleh terangkan, bagaimanakah sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung?
Sesi ini berlangsung dengan kehadiran 5 individu, iaitu suami, wakil suami, isteri, wakil isteri, dan seorang pengerusi yang kebiasaannya terdiri dari pegawai dari pejabat agama. Sesi ini berjalan seperti kaunseling, di mana tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian kes ini, iaitu sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.
Apa yang akan berlaku selepas sesi Jawatankuasa Pendamai ini?
Selepas sesi jawatankuasa pendamai berlangsung, mahkamah akan membacakan laporan yang ditulis oleh pegawai pejabat agama yang berkisarkan sama sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.
Apa yang akan berlaku sekiranya suami bersetuju untuk bercerai?
Sekiranya suami bersetuju untuk bercerai, Mahkamah akan membenarkan suami untuk melafazkan cerai dengan talak satu sahaja.
Apa pula yang akan berlaku sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai?
Sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah akan bertanyakan kepada isteri, sama ada masih nak bercerai atau tidak, dan pada masa yang sama, Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan cerai. Kemudiannya, kes akan dipanjangkan ke sesi hakam pertama iaitu hakam keluarga.
Apa yang dimaksudkan dengan hakam keluarga ini?
Hakam keluarga bermaksud melantik wakil iaitu seorang lelaki bagi mewakili pihak-pihak dalam sesi perbincangan. sesi perbincangan ini dinamakan sebagai majlis tahkim, dan hanya dihadiri oleh suami, hakam suami, isteri dan hakam isteri. Di akhir sesi tersebut, hakam-hakam akan membentangkan laporan mereka tentang dapatan mereka terhadap kes tersebut, sama ada patut didamaikan , atau patut bercerai, atau hakam-hakam tidak dapat mencapai persepakatan.
Selepas berakhir sesi hakam keluarga, apa prosedur seterusnya?
Selepas berakhir sesi hakam keluarga, sekiranya satu pihak masih hendak bercerai, dan satu pihak masih enggan bercerai, kes akan diteruskan dengan hakam panel atau lebih dikenali dengan hakam Mahkamah.
Apa perbezaan hakam panel atau hakam mahkamah ini dengan hakam keluarga?
Perbezaannya adalah hakam panel terdiri dari pegawai mahkamah, atau pegawai majlis agama, atau pegawai pejabat agama. Hakam-hakam ini berkuasa untuk menceraikan pihak-pihak sekiranya didapati perbahalahan antara pihak-pihak masih berterusan.
Jenis Perceraian : Khuluk
Apa yang dimaksudkan dengan khuluk?
Perceraian yang diminta oleh isteri daripada suami dengan memberikan ganti rugi atau bayaran tertentu (iwadh), biasanya menggunakan harta atau mengembalikan mas kahwin, untuk melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan. Rujukan.
Berapakah kadar bayaran tebus talak atau khuluk?
Tiada ketetapan jumlah yang perlu dibayar, dan berdasarkan persetujuan suami isteri. Sekiranya tidak mencapai persetujuan, jumlah tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah.
Soalan: Apakah jenis taklik yang ada? Jawapan: taklik terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama, taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, yang dilafazkan oleh suami selepas majlis akad nikah, dan yang kedua, taklik luar dari sijil nikah, iaitu berdasarkan apa-apa lafaz suami. Contohnya suami melafazkan kepada isteri “sekiranya kamu keluar dari rumah ini, maka jatuhlah talak ke atas kamu”. Rujukan:
Jenis Perceraian : Lian
Apa maksud lian?
Lian berlaku apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anaknya.
Jenis Perceraian : Fasakh
Apa maksud fasakh?
Pembubaran perkahwinan dengan menggunakan alasan tertentu yang diperuntukan dengan jelas oleh undang-undang
Apakah alasan yang dibolehkan untuk menuntut fasakh?
Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui melebihi satu (1) tahun.
Suami gagal/cuai menyediakan nafkah selama tiga (3) bulan.
Suami/ isteri dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
Suami/ isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
Suami telah mati pucuk.
Suami/ isteri telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
Isteri telah dikahwinkan oleh wali Mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan belum disetubuhi oleh suaminya.
Suami/ isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu:
Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita.
Berkawan dengan perempuan/ lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.
Memaksa isteri hidup secara lucah.
Melupuskan harta isteri/ suami atau melarang isteri/ suami itu dari menggunakan hak.
Menghalang isteri/ suami dari menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang dan tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil.
Isteri masih belum disetubuhi selepas empat bulan bernikah kerana keengganan suami.
Permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh suami , sama ada jatuh talak atau tidak (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)
Adakah menjadi satu kesalahan apabila melafazkan cerai diluar Mahkamah?
Ya, menceraikan isteri di luar mahkamah adalah satu kesalahan
Sekiranya suami melafazkan cerai di luar Mahkamah, apakah denda yang akan dikenakan?
Dendanya adalah tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan. Atau kedua-duanya sekali
Berapa lama masa perlu diambil untuk membuat pengesahan cerai di luar mahkamah?
Pengesahan hendaklah dibuat dallam masa 7 hari dari tarikh lafaz talak. (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)
Perlukan Bantuan Dalam Urusan Perkahwinan atau Perceraian?