
Peguam Syarie
Peguam Syarie Pusaka, Perunding Keluarga, Wasiat dan Hibah
Memperkasakan Syariah Melalui Undang-Undang
Mengenali Kami
Firma guaman syarie kami ditubuhkan untuk memberikan khidmat guaman yang telus, profesional, dan berpaksikan prinsip syariah Islam. Kami menitikberatkan integriti, keadilan, kejujuran serta keprihatinan agar setiap klien berasa yakin, dilayan dengan hormat, dan mendapat bimbingan yang benar-benar diyakini.

Kami percaya setiap isu mempunyai jalan penyelesaian terbaik apabila dibimbing dengan ilmu dan hikmah. Dengan kepakaran luas serta pengalaman praktikal, kami komited membantu anda mencari solusi yang adil, menenangkan, berhemah, serta selari dengan tuntutan syariah dan keperluan masyarakat.
Servis Perkhidmatan Kami
Kami memahami setiap permasalahan undang-undang mempunyai keperluan yang berbeza.
Oleh itu, kami menyediakan perkhidmatan guaman Syariah yang menyeluruh, merangkumi urusan perkahwinan, perceraian, harta pusaka, hibah dan wasiat, serta bantuan dalam pengendalian kes di Mahkamah Syariah dengan pendekatan yang jelas dan teratur.

Mahkamah Shariah
Pakar dalam pengendalian kes guaman syarie di Mahkamah Syariah secara teliti dan profesional

Wasiat, Faraid dan Harta Pusaka
Pakar dalam penyelesaian harta pusaka, hibah dan wasiat mengikut undang-undang Syariah.

Perkahwinan dan Penceraian
Pakar dalam urusan perkahwinan dan perceraian menurut undang-undang Syariah.
Artikel & Panduan Terkini
Ikuti perkongsian dan penjelasan berkaitan isu guaman Syariah untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.


