Tag: Penceraian

  • Soalan Lazim : Fahami Jenis & Proses Perceraian Syariah

    Soalan Lazim : Fahami Jenis & Proses Perceraian Syariah

    Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ke Mahkamah

    Perceraian bukanlah satu keputusan yang mudah. Ia melibatkan emosi, masa depan dan hak kedua-dua pihak, termasuk anak-anak jika ada. Namun dalam situasi tertentu, perceraian menjadi jalan penyelesaian terakhir apabila tiada lagi persefahaman.

    Ramai yang masih keliru tentang jenis perceraian dalam undang-undang Syariah serta proses yang perlu dilalui di Mahkamah Syariah. Tanpa pemahaman yang jelas, ia boleh menyebabkan kesilapan dalam tindakan dan melambatkan penyelesaian.

    Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan jenis dan proses perceraian Syariah bagi membantu anda memahami langkah yang perlu diambil sebelum ke mahkamah.

    Soalan Lazim

    Apa maksud Cerai?

    Melepaskan ikatan nikah dengan lafaz tertentu seperti cerai, talak.
    Rujukan: http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perceraian


    Apakah jenis perceraian yang ada?

    Ada 8 jenis penceraian yang ada iaitu

    • pertukaran agama
    • permohonan perceraian atau lebih dikenali dengan cerai hakam
    • khuluk atau tebus talak
    • taklik
    • lian
    • fasakh
    • anggapan kematian dan
    • pengesahan cerai di luar mahkamah

      Rujukan tentang jenis penceraian pasangan Islam.
    pengertian cerai

    Apa maksud cerai kerana pertukaran agama?

    Jika salah satu pihak daripada perkahwinan yang bukan islam memeluk islam, maka mana-mana pihak boleh membuat permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Sivil untuk bercerai, kerana perkahwinan tersebut didaftarkan melalui Law Reform (Marriage and Divorce) Act

    penceraian kerana petukaran agama

    Apa maksud cerai dengan talak atau lebih dikenali dengan cerai hakam?

    Mana-mana pihak sama ada suami atau isteri membuat permohonan untuk suami melafazkan cerai di hadapan Mahkamah


    Apa yang akan berlaku sekiranya suami enggan untuk melafazkan cerai?

    Jika suami enggan melafazkan cerai, Mahkamah akan meminta agar kedua-dua pihak (suami dan isteri) untuk membawa wakil, bagi menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai di Pejabat Agama.

    pendamai

    Siapa yang boleh menjadi wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) tersebut?

    Menurut Seksyen 47 (6) Akta Undang-Undang keluarga Islam, keutamaan diberikan kepada saudara karib yang tahu mengenai kes tersebut


    Boleh terangkan, bagaimanakah sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung?

    Sesi ini berlangsung dengan kehadiran 5 individu, iaitu suami, wakil suami, isteri, wakil isteri, dan seorang pengerusi yang kebiasaannya terdiri dari pegawai dari pejabat agama. Sesi ini berjalan seperti kaunseling, di mana tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian kes ini, iaitu sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.

    lawyer bersama husband and wife

    Apa yang akan berlaku selepas sesi Jawatankuasa Pendamai ini?

    Selepas sesi jawatankuasa pendamai berlangsung, mahkamah akan membacakan laporan yang ditulis oleh pegawai pejabat agama yang berkisarkan sama sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.


    Apa yang akan berlaku sekiranya suami bersetuju untuk bercerai?

    Sekiranya suami bersetuju untuk bercerai, Mahkamah akan membenarkan suami untuk melafazkan cerai dengan talak satu sahaja.

    Apa pula yang akan berlaku sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai?

    Sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah akan bertanyakan kepada isteri, sama ada masih nak bercerai atau tidak, dan pada masa yang sama, Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan cerai. Kemudiannya, kes akan dipanjangkan ke sesi hakam pertama iaitu hakam keluarga.


    Apa yang dimaksudkan dengan hakam keluarga ini?

    Hakam keluarga bermaksud melantik wakil iaitu seorang lelaki bagi mewakili pihak-pihak dalam sesi perbincangan. sesi perbincangan ini dinamakan sebagai majlis tahkim, dan hanya dihadiri oleh suami, hakam suami, isteri dan hakam isteri. Di akhir sesi tersebut, hakam-hakam akan membentangkan laporan mereka tentang dapatan mereka terhadap kes tersebut, sama ada patut didamaikan , atau patut bercerai, atau hakam-hakam tidak dapat mencapai persepakatan.

    Selepas berakhir sesi hakam keluarga, apa prosedur seterusnya?

    Selepas berakhir sesi hakam keluarga, sekiranya satu pihak masih hendak bercerai, dan satu pihak masih enggan bercerai, kes akan diteruskan dengan hakam panel atau lebih dikenali dengan hakam Mahkamah.

    Apa perbezaan hakam panel atau hakam mahkamah ini dengan hakam keluarga?

    Perbezaannya adalah hakam panel terdiri dari pegawai mahkamah, atau pegawai majlis agama, atau pegawai pejabat agama. Hakam-hakam ini berkuasa untuk menceraikan pihak-pihak sekiranya didapati perbahalahan antara pihak-pihak masih berterusan.


    Jenis Perceraian : Khuluk

    Apa yang dimaksudkan dengan khuluk?

    Perceraian yang diminta oleh isteri daripada suami dengan memberikan ganti rugi atau bayaran tertentu (iwadh), biasanya menggunakan harta atau mengembalikan mas kahwin, untuk melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan. Rujukan.

    Berapakah kadar bayaran tebus talak atau khuluk?

    Tiada ketetapan jumlah yang perlu dibayar, dan berdasarkan persetujuan suami isteri. Sekiranya tidak mencapai persetujuan, jumlah tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah.


    Jenis Perceraian : Taklik

    Apa maksud taklik?

    Perceraian berdasarkan lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami.

    Soalan: Apakah jenis taklik yang ada?
    Jawapan: taklik terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama, taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, yang dilafazkan oleh suami selepas majlis akad nikah, dan yang kedua, taklik luar dari sijil nikah, iaitu berdasarkan apa-apa lafaz suami. Contohnya suami melafazkan kepada isteri “sekiranya kamu keluar dari rumah ini, maka jatuhlah talak ke atas kamu”.
    Rujukan:

    taklik

    Jenis Perceraian : Lian

    Apa maksud lian?

    Lian berlaku apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anaknya.

    maksud lian

    Jenis Perceraian : Fasakh

    Apa maksud fasakh?

    Pembubaran perkahwinan dengan menggunakan alasan tertentu yang diperuntukan dengan jelas oleh undang-undang

    Apakah alasan yang dibolehkan untuk menuntut fasakh?

    Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui melebihi satu (1) tahun.

    1. Suami gagal/cuai menyediakan nafkah selama tiga (3) bulan.
    2. Suami/ isteri dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
    3. Suami/ isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
    4. Suami telah mati pucuk.
    5. Suami/ isteri telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
    6. Isteri telah dikahwinkan oleh wali Mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan belum disetubuhi oleh suaminya.
    7. Suami/ isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu:
      • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita.
      • Berkawan dengan perempuan/ lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.
      • Memaksa isteri hidup secara lucah.
      • Melupuskan harta isteri/ suami atau melarang isteri/ suami itu dari menggunakan hak.
      • Menghalang isteri/ suami dari menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
      • Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang dan tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil.
      • Isteri masih belum disetubuhi selepas empat bulan bernikah kerana keengganan suami.

    Rujukan: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

    fasakh

    Cerai dan Kematian

    Apakah yang dimaksudkan dengan anggapan kematian?

    Perintah pembubaran perkahwinan yang dikeluarkan oleh mahkamah setelah suami dianggap mati

    Apakah maksud pengesahan lafaz cerai?

    Permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh suami , sama ada jatuh talak atau tidak (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)

    Adakah menjadi satu kesalahan apabila melafazkan cerai diluar Mahkamah?

    Ya, menceraikan isteri di luar mahkamah adalah satu kesalahan

    Sekiranya suami melafazkan cerai di luar Mahkamah, apakah denda yang akan dikenakan?

    Dendanya adalah tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan. Atau kedua-duanya sekali

    Berapa lama masa perlu diambil untuk membuat pengesahan cerai di luar mahkamah?

    Pengesahan hendaklah dibuat dallam masa 7 hari dari tarikh lafaz talak. (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)


    Perlukan Bantuan Dalam Urusan Perkahwinan atau Perceraian?

    Berbincang dengan peguam syarie berpengalaman untuk memahami pilihan dan langkah terbaik bagi situasi anda.

    Artikel ini disediakan oleh

    Zainol Iqbal
    Zainol Iqbal & Associates

  • 7 Sebab Kenapa Urusan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Sangat Penting

    7 Sebab Kenapa Urusan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Sangat Penting

    Apabila berlaku perceraian, ramai pasangan terlalu fokus kepada perpisahan itu sendiri… tetapi terlupa satu perkara yang paling penting:

    Hak penjagaan anak

    Persoalannya:

    • Siapa yang jaga anak?
    • Siapa bertanggungjawab?
    • Apa hak ibu dan ayah?

    Dalam Islam, isu ini bukan perkara kecil.
    Ia melibatkan masa depan, kebajikan dan keselamatan anak.

    Dalam artikel ini, kita akan kupas kenapa urusan hadhanah sangat penting dan apa yang perlu anda tahu.


    Apa Itu Hadhanah?

    Hadhanah bermaksud:

    Penjagaan anak yang masih kecil atau belum mampu mengurus diri sendiri.

    Ia merangkumi:

    • Tempat tinggal
    • Makan minum
    • Pendidikan
    • Kasih sayang
    • Keselamatan

    Dalam Islam, hadhanah termasuk dalam konsep:

    Hifz al-Nafs (menjaga nyawa dan kebajikan manusia)


    1. Menjamin Kebajikan dan Keselamatan Anak

    Tanpa penjagaan yang jelas:

    • Anak boleh terabai
    • Keperluan asas tidak dipenuhi
    • Emosi anak terganggu

    Hadhanah memastikan anak dijaga oleh pihak yang layak.


    2. Mengelakkan Konflik Antara Ibu dan Bapa

    Tanpa keputusan jelas:

    • Berlaku perebutan anak
    • Konflik berpanjangan
    • Anak jadi mangsa

    Perintah mahkamah membantu:

    • Tetapkan hak penjagaan
    • Kurangkan pertikaian

    3. Memberi Kepastian Undang-Undang

    Dengan hadhanah:

    • Hak ibu dan ayah jelas
    • Tanggungjawab ditetapkan
    • Mudah rujuk jika berlaku masalah

    Semua dilindungi oleh undang-undang Syariah.


    4. Menjaga Emosi dan Perkembangan Anak

    Perceraian sudah cukup memberi kesan kepada anak.

    Jika penjagaan tidak stabil:

    • Anak mudah tertekan
    • Kurang perhatian
    • Hilang rasa selamat

    Hadhanah membantu:

    • Wujudkan kestabilan
    • Jaga emosi anak

    5. Memastikan Hak Nafkah Anak Terjaga

    Walaupun ibu mendapat hak penjagaan:

    Ayah tetap wajib beri nafkah

    Hadhanah membantu:

    • Pastikan nafkah berjalan
    • Elakkan pengabaian

    6. Melindungi Hak Ibu dan Bapa

    Hadhanah bukan hanya tentang anak.

    Ia juga melindungi:

    • Hak ibu untuk menjaga
    • Hak ayah untuk berjumpa

    Semua pihak ada hak masing-masing.


    7. Membantu Proses Undang-Undang Lebih Teratur

    Dengan struktur hadhanah:

    • Kes lebih mudah dikendalikan
    • Kurang konflik
    • Keputusan lebih jelas

    Ini memudahkan semua pihak.


    Siapa Layak Mendapat Hak Penjagaan Anak?

    Mahkamah akan menilai berdasarkan:

    • Kepentingan terbaik anak
    • Keupayaan penjaga
    • Kebajikan anak

    Biasanya:

    • Anak kecil → ibu
    • Ayah → tanggung nafkah

    Bila Perlu Mohon Hak Penjagaan Anak?

    Anda perlu bertindak jika:

    • Berlaku perceraian
    • Berlaku konflik penjagaan
    • Anak terabai
    • Tiada persetujuan antara pasangan

    Kesimpulan

    Hak penjagaan anak bukan sekadar isu siapa jaga siapa. Ia adalah:

    • Amanah
    • Tanggungjawab
    • Perlindungan masa depan anak

    Jangan biarkan anak menjadi mangsa keadaan.


    FAQ

    1. Apa itu hadhanah?

    Hadhanah adalah hak penjagaan anak dalam Islam bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

    2. Siapa layak jaga anak selepas cerai?

    Biasanya ibu, tetapi mahkamah akan tentukan berdasarkan kepentingan anak.

    3. Adakah ayah masih perlu beri nafkah?

    Ya, ayah wajib beri nafkah walaupun anak dijaga oleh ibu.

    4. Boleh ke rebut hak penjagaan anak?

    Boleh, melalui Mahkamah Syariah.


    Perlukan Bantuan Urusan Hak Penjagaan Anak?

    Berbincang dengan peguam syarie untuk memahami hak dan langkah terbaik bagi situasi anda.

    Hubungi Kami Sekarang