Tag: Apa itu Iddah

  • Soalan Lazim Tentang Iddah

    Soalan Lazim Tentang Iddah

    Selepas perceraian, ramai wanita masih keliru tentang tempoh iddah, hak nafkah dan tempat tinggal yang perlu disediakan oleh bekas suami. Ada yang tidak pasti berapa lama tempoh iddah perlu dijalani, sama ada masih layak menerima nafkah, atau apakah hak yang masih boleh dituntut sepanjang tempoh tersebut.

    Hakikatnya, iddah bukan sekadar tempoh menunggu selepas perceraian, tetapi ia juga melibatkan hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan dalam undang-undang Syariah. Tanpa pemahaman yang jelas, ramai wanita akhirnya terlepas hak yang sepatutnya diterima.

    proses cerai

    Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan iddah, termasuk tempoh iddah, nafkah iddah dan hak tempat tinggal selepas perceraian bagi membantu anda memahami situasi dengan lebih jelas.


    Jangan biarkan hak anda tergantung selepas perceraian. Fahami tempoh iddah, kadar nafkah, dan hak tempat tinggal mengikut undang-undang bersama Peguam Syarie ZIAS.

    Soalan Lazim Tentang Iddah

    Apakah maksud iddah?

    Tempoh menunggu bagi seorang isteri selepas berlaku perceraian


    Mengapakah iddah ini wujud?

    Bagi mengetahui bersih rahim seseorang isteri daripada mengandung untuk mengharuskannya berkahwin dengan lelaki lain


    Berapakah jenis iddah?

    Dua, iaitu iddah kerana perceraian, dan iddah kerana kematian suami. Surah Al-Baqarah, ayat 228  


    Berapa lamakah tempoh iddah?

    Tempoh iddah ada 5 jenis tempoh iaitu :-


    Apakah tempoh iddah yang terpakai jika suami meninggal dunia ketika isteri dalam iddah rajie (diceraikan dengan talaq)?

    Tempoh iddah yang dikira adalah iddah bercerai mati iaitu 4 bulan 10 hari, kerana mengikut hukum, isteri yang masih dalam talaq iddah talaq rajie masih dalam kekuasaan suaminya yang meninggal dunia. Tempoh 4 bulan 10 hari bermula dari tarrikh kematian suami, bukan tarikh perceraian.


    Apakah tempoh iddah yang terpakai jika suami meninggal dunia ketika isteri dalam talak bain?

    Iddahnya adalah seperti iddah perempuan bercerai hidup iaitu tiga kali suci, dan bagi wanita yang sudah terputus haid, adalah tiga bulan. Talak bain memutuskan hubungan perkahwinan suami isteri, isteri tidak lagi dikira dalam kekuasaan suaminya lagi.


    Apakah hak isteri semasa dalam iddah perceraian?

    Hak isteri semasa dalam Iddah adalah :-

    • Iddah talak bain – Tempat tinggal sahaja,kecuali mengandung,isteri itu berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah. Rujukan: Surah al-talak ayat 6 

    Baca Lagi Tentang : Soalan Lazim Hadhanah


    Adakah isteri yang diceraikan wajib keluar dari rumah kelamin, dan bolehkah suami mengusirnya keluar?

    Isteri yang masih dalam tempoh iddah wajib tinggal di rumah kelamin mereka hingga habis tempoh iddah, dan suami tidak boleh mengusir isteri keluar dalam tempoh iddah.

    Rujukan: Seksyen 71 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984  dan Surah al-talak, ayat 1  


    Bolehkah bekas suami dan isteri tinggal bersama dalam tempoh iddah?

    Bekas suami hendaklah keluar dari rumah kelamin untuk membiarkan bekas isterinya beriddah, dan tidak boleh tinggal bersama, kecuali sekiranya terdapat mahram atau masing-masing tinggal di bilik berasingan, maka hukumnya adalahy makruh. Rujukan: Al-muktamad fi fiqg al-shafie (4/268)

    Apakah yang boleh menggugurkan nafkah iddah?

    Nusyuz

    Rujukan: Seksyen 59 (2)  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Berapakah kadar nafkah iddah?

    Sekiranya tiada persetujuan direkodkan, Mahkamah akan mentafsirkan bergantung kepada keperluan isteri dan kemampuan suami.
    Rujukan: Seksyen 61 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Bila boleh failkan tuntutan nafkah iddah?

    Boleh difailkan selepas tempoh iddah, kerana tempoh tamat iddah telah dapat ditentukan.

    “Adakah Hak Nafkah Iddah Anda Sedang Ditindas atau Bekas Suami Cuba Mengelak?” Jangan biarkan kekeliruan undang-undang membuatkan anda beralih arah tanpa pembelaan yang sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan. Dapatkan bimbingan profesional, strategik, dan sulit terus daripada Peguam Syarie ZIAS.