Author: Zainol Iqbal

  • Panduan Lengkap Tuntutan Nafkah Anak: Prosedur, Kiraan & Hak Isteri

    Panduan Lengkap Tuntutan Nafkah Anak: Prosedur, Kiraan & Hak Isteri

    Ramai ibu terpaksa berkorban membesarkan anak apabila bapa gagal menunaikan tanggungjawab nafkah. Alasan “tidak mampu” sering digunakan, namun hakikatnya dalam undang-undang Syariah, nafkah anak tetap menjadi kewajipan bapa tanpa kompromi.

    Hari ini, ramai yang masih keliru tentang hak nafkah anak bukan kerana mereka tidak mempunyai hak, tetapi kerana tidak memahami saluran yang betul untuk menuntutnya. Tanpa panduan yang jelas, ramai ibu akhirnya memikul beban seorang diri sedangkan undang-undang telah menyediakan mekanisme untuk melindungi kebajikan anak.

    Dalam panduan ini, kami akan kongsikan secara praktikal bagaimana anda boleh menuntut melalui Mahkamah Syariah, termasuk:

    • langkah-langkah yang perlu diambil
    • Soalan lazim tentang nafkah anak
    • dan strategi untuk menangani alasan seperti “tidak mampu”
    nafkah anak

    Dengan pemahaman yang betul, anda boleh mengambil tindakan yang lebih teratur bagi memastikan hak anak terus terpelihara.

    Langkah-Langkah Menuntut Nafkah Anak di Mahkamah Syariah

    Jika bapa gagal memberikan nafkah anak, anda boleh mengambil langkah berikut:

    1. Dapatkan Konsultasi Awal

    Langkah pertama adalah memahami situasi anda dari sudut undang-undang.
    Ini penting untuk menentukan jenis tuntutan yang sesuai berkaitan nafkah anak.


    2. Sediakan Dokumen Sokongan

    Beberapa dokumen penting perlu disediakan seperti:

    • Sijil perkahwinan / perceraian
    • Sijil kelahiran anak
    • Bukti perbelanjaan anak (resit, bil, dll)
    • Bukti pendapatan (jika ada)

    Dokumen ini membantu mahkamah menilai tuntutan nafkah anak dengan lebih tepat.


    3. Failkan Permohonan di Mahkamah Syariah

    Permohonan tuntutan nafkah anak perlu difailkan secara rasmi di Mahkamah Syariah.

    Di peringkat ini, peguam syarie akan membantu:

    • menyediakan dokumen
    • menyusun tuntutan
    • memastikan proses berjalan lancar

    4. Hadiri Prosiding Mahkamah

    Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.

    Hakim akan menilai:

    • keperluan anak
    • kemampuan bapa
    • keadaan semasa kedua-dua pihak

    5. Perintah Nafkah Dikeluarkan

    Jika tuntutan diluluskan, mahkamah akan mengeluarkan perintah rasmi berkaitan nafkah anak.

    Perintah ini wajib dipatuhi oleh bapa.


    Strategi Menghadapi Alasan “Tidak Mampu”

    Salah satu alasan paling biasa adalah:

    “Saya tidak mampu bayar nafkah anak”

    Namun dalam undang-undang Syariah, alasan ini akan dinilai secara teliti.


    1. Mahkamah Akan Nilai Kemampuan Sebenar

    Mahkamah tidak hanya bergantung kepada kata-kata.

    Mereka akan lihat:

    • pekerjaan
    • gaya hidup
    • aset yang dimiliki

    2. Nafkah Berdasarkan Keperluan Anak

    Walaupun pendapatan rendah, bapa tetap wajib memberi nafkah mengikut kemampuan minimum.

    Nafkah anak tidak boleh diabaikan sepenuhnya.


    3. Gunakan Bukti Perbelanjaan

    Senaraikan keperluan sebenar anak seperti:

    • makanan
    • sekolah
    • pakaian
    • kesihatan dan lain-lain.

    Ini membantu mahkamah menetapkan jumlah nafkah yang munasabah.


    4. Mohon Penguatkuasaan Jika Ingkar

    Jika bapa gagal mematuhi perintah:

    Anda boleh:

    • memohon tindakan penguatkuasaan
    • membawa semula kes ke mahkamah

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah anak?

    Belanja atau sara hidup yang wajib ke atas seseorang yang berada dalam tanggungannya. Rujukan sini.


    Apakah sebab-sebab yang mewajibkan nafkah anak?


    Siapa yang perlu bayar nafkah anak?

    Bapa kandung anak tersebut, dan kaum kerabat lelaki sebelah bapa (mengikut susunan tertib wali). Rujukan Seksyen 72 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


    Apa yang boleh saya tuntut untuk nafkah anak?

    Keperluan harian seperti makanan, pakaian, perbelanjaan persekolahan, pendidikan, perubnatan dan tempat tinggal. Rujukan Seksyen 72 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


    Bila boleh saya failkan nafkah anak?

    Mahkamah boleh pada bila-bila masa, memerintahkan bapa membayar nafkah anaknya apabila :-

    • (i) Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya,
    • (ii) Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya,
    • (iii) Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah atau apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain. Rujukan

    Bagaimana Mahkamah membuat kiraan berkenaan dengan nafkah anak?

    Ia akan dikira dengan mengambil kira keperluan anak dan kemampuan bapa untuk membayarnya. Rujukan Seksyen 61  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Apakah cara pembayaran nafkah anak?

    Bayaran boleh dilakukan secara potongan gaji atau memasukkan wang tersebut ke dalam akaun penjaga anak. Rujukan.


    Nafkah anak perlu dibayar sehingga anak umur berapa?

    Ia berkuatkuasa sehingga anak mencapai umur 18 tahun, tetapi bagi keadaan tertentu, seperti anak tersebut menyambung pengajian hingga peringkat ijazah atau menghadapi kecacatan serta kurang upaya, perintah nafkah anak tersebut boleh dipanjangkan. Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

    Siapa yang boleh membuat tuntutan nafkah bagi anak yang sudah mencapai umur 18 tahun?

    Anak itu sendiri. Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


    Anak tidak sah taraf, siapa yang patut tanggung nafkahnya?

    Nafkah bagi anak tidak sah taraf hanya ditanggung oleh ibu anak tersebut.
    Rujukan Seksyen 80 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Anak angkat, siapa yang patut tanggung nafkahnya?

    Bapa angkat anak tersebut. Rujukan Seksyen 78  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Apa yang boleh dilakukan, apabila bapa enggan membayar nafkah anak walaupun perintah berkenaan dengan nafkah anak sudah dikeluarkan?

    Boleh failkan tunggakan nafkah apabila berlaku kecuaian pembayaran nafkah
    Rujukan Seksyen 79  Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 


    Apa prosedur untuk mengemukakan tuntutan nafkah anak?

    Tuntutan boleh difailkan di Mahkamah Syariah tempat Pemohon tinggal.


    Nota : Walaupun rujukan di atas adalah berdasarkan Akta Wilayah Persekutuan, peruntukan bagi negeri-negeri lain di Malaysia adalah hampir serupa di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri masing-masing. Hubungi kami untuk penerangan lanjut lagi dari pihak kami.

  • Soalan Lazim : Fahami Jenis & Proses Perceraian Syariah

    Soalan Lazim : Fahami Jenis & Proses Perceraian Syariah

    Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ke Mahkamah

    Perceraian bukanlah satu keputusan yang mudah. Ia melibatkan emosi, masa depan dan hak kedua-dua pihak, termasuk anak-anak jika ada. Namun dalam situasi tertentu, perceraian menjadi jalan penyelesaian terakhir apabila tiada lagi persefahaman.

    Ramai yang masih keliru tentang jenis perceraian dalam undang-undang Syariah serta proses yang perlu dilalui di Mahkamah Syariah. Tanpa pemahaman yang jelas, ia boleh menyebabkan kesilapan dalam tindakan dan melambatkan penyelesaian.

    Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan jenis dan proses perceraian Syariah bagi membantu anda memahami langkah yang perlu diambil sebelum ke mahkamah.

    Soalan Lazim

    Apa maksud Cerai?

    Melepaskan ikatan nikah dengan lafaz tertentu seperti cerai, talak.
    Rujukan: http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perceraian


    Apakah jenis perceraian yang ada?

    Ada 8 jenis penceraian yang ada iaitu

    • pertukaran agama
    • permohonan perceraian atau lebih dikenali dengan cerai hakam
    • khuluk atau tebus talak
    • taklik
    • lian
    • fasakh
    • anggapan kematian dan
    • pengesahan cerai di luar mahkamah

      Rujukan tentang jenis penceraian pasangan Islam.
    pengertian cerai

    Apa maksud cerai kerana pertukaran agama?

    Jika salah satu pihak daripada perkahwinan yang bukan islam memeluk islam, maka mana-mana pihak boleh membuat permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Sivil untuk bercerai, kerana perkahwinan tersebut didaftarkan melalui Law Reform (Marriage and Divorce) Act

    penceraian kerana petukaran agama

    Apa maksud cerai dengan talak atau lebih dikenali dengan cerai hakam?

    Mana-mana pihak sama ada suami atau isteri membuat permohonan untuk suami melafazkan cerai di hadapan Mahkamah


    Apa yang akan berlaku sekiranya suami enggan untuk melafazkan cerai?

    Jika suami enggan melafazkan cerai, Mahkamah akan meminta agar kedua-dua pihak (suami dan isteri) untuk membawa wakil, bagi menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai di Pejabat Agama.

    pendamai

    Siapa yang boleh menjadi wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) tersebut?

    Menurut Seksyen 47 (6) Akta Undang-Undang keluarga Islam, keutamaan diberikan kepada saudara karib yang tahu mengenai kes tersebut


    Boleh terangkan, bagaimanakah sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung?

    Sesi ini berlangsung dengan kehadiran 5 individu, iaitu suami, wakil suami, isteri, wakil isteri, dan seorang pengerusi yang kebiasaannya terdiri dari pegawai dari pejabat agama. Sesi ini berjalan seperti kaunseling, di mana tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian kes ini, iaitu sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.

    lawyer bersama husband and wife

    Apa yang akan berlaku selepas sesi Jawatankuasa Pendamai ini?

    Selepas sesi jawatankuasa pendamai berlangsung, mahkamah akan membacakan laporan yang ditulis oleh pegawai pejabat agama yang berkisarkan sama sama ada pihak-pihak berjaya di damaikan, atau pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.


    Apa yang akan berlaku sekiranya suami bersetuju untuk bercerai?

    Sekiranya suami bersetuju untuk bercerai, Mahkamah akan membenarkan suami untuk melafazkan cerai dengan talak satu sahaja.

    Apa pula yang akan berlaku sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai?

    Sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah akan bertanyakan kepada isteri, sama ada masih nak bercerai atau tidak, dan pada masa yang sama, Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan cerai. Kemudiannya, kes akan dipanjangkan ke sesi hakam pertama iaitu hakam keluarga.


    Apa yang dimaksudkan dengan hakam keluarga ini?

    Hakam keluarga bermaksud melantik wakil iaitu seorang lelaki bagi mewakili pihak-pihak dalam sesi perbincangan. sesi perbincangan ini dinamakan sebagai majlis tahkim, dan hanya dihadiri oleh suami, hakam suami, isteri dan hakam isteri. Di akhir sesi tersebut, hakam-hakam akan membentangkan laporan mereka tentang dapatan mereka terhadap kes tersebut, sama ada patut didamaikan , atau patut bercerai, atau hakam-hakam tidak dapat mencapai persepakatan.

    Selepas berakhir sesi hakam keluarga, apa prosedur seterusnya?

    Selepas berakhir sesi hakam keluarga, sekiranya satu pihak masih hendak bercerai, dan satu pihak masih enggan bercerai, kes akan diteruskan dengan hakam panel atau lebih dikenali dengan hakam Mahkamah.

    Apa perbezaan hakam panel atau hakam mahkamah ini dengan hakam keluarga?

    Perbezaannya adalah hakam panel terdiri dari pegawai mahkamah, atau pegawai majlis agama, atau pegawai pejabat agama. Hakam-hakam ini berkuasa untuk menceraikan pihak-pihak sekiranya didapati perbahalahan antara pihak-pihak masih berterusan.


    Jenis Perceraian : Khuluk

    Apa yang dimaksudkan dengan khuluk?

    Perceraian yang diminta oleh isteri daripada suami dengan memberikan ganti rugi atau bayaran tertentu (iwadh), biasanya menggunakan harta atau mengembalikan mas kahwin, untuk melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan. Rujukan.

    Berapakah kadar bayaran tebus talak atau khuluk?

    Tiada ketetapan jumlah yang perlu dibayar, dan berdasarkan persetujuan suami isteri. Sekiranya tidak mencapai persetujuan, jumlah tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah.


    Jenis Perceraian : Taklik

    Apa maksud taklik?

    Perceraian berdasarkan lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami.

    Soalan: Apakah jenis taklik yang ada?
    Jawapan: taklik terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama, taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, yang dilafazkan oleh suami selepas majlis akad nikah, dan yang kedua, taklik luar dari sijil nikah, iaitu berdasarkan apa-apa lafaz suami. Contohnya suami melafazkan kepada isteri “sekiranya kamu keluar dari rumah ini, maka jatuhlah talak ke atas kamu”.
    Rujukan:

    taklik

    Jenis Perceraian : Lian

    Apa maksud lian?

    Lian berlaku apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anaknya.

    maksud lian

    Jenis Perceraian : Fasakh

    Apa maksud fasakh?

    Pembubaran perkahwinan dengan menggunakan alasan tertentu yang diperuntukan dengan jelas oleh undang-undang

    Apakah alasan yang dibolehkan untuk menuntut fasakh?

    Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui melebihi satu (1) tahun.

    1. Suami gagal/cuai menyediakan nafkah selama tiga (3) bulan.
    2. Suami/ isteri dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
    3. Suami/ isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
    4. Suami telah mati pucuk.
    5. Suami/ isteri telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
    6. Isteri telah dikahwinkan oleh wali Mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan belum disetubuhi oleh suaminya.
    7. Suami/ isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu:
      • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita.
      • Berkawan dengan perempuan/ lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.
      • Memaksa isteri hidup secara lucah.
      • Melupuskan harta isteri/ suami atau melarang isteri/ suami itu dari menggunakan hak.
      • Menghalang isteri/ suami dari menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
      • Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang dan tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil.
      • Isteri masih belum disetubuhi selepas empat bulan bernikah kerana keengganan suami.

    Rujukan: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

    fasakh

    Cerai dan Kematian

    Apakah yang dimaksudkan dengan anggapan kematian?

    Perintah pembubaran perkahwinan yang dikeluarkan oleh mahkamah setelah suami dianggap mati

    Apakah maksud pengesahan lafaz cerai?

    Permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh suami , sama ada jatuh talak atau tidak (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)

    Adakah menjadi satu kesalahan apabila melafazkan cerai diluar Mahkamah?

    Ya, menceraikan isteri di luar mahkamah adalah satu kesalahan

    Sekiranya suami melafazkan cerai di luar Mahkamah, apakah denda yang akan dikenakan?

    Dendanya adalah tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan. Atau kedua-duanya sekali

    Berapa lama masa perlu diambil untuk membuat pengesahan cerai di luar mahkamah?

    Pengesahan hendaklah dibuat dallam masa 7 hari dari tarikh lafaz talak. (Rujukan: Seksyen 55a akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984)


    Perlukan Bantuan Dalam Urusan Perkahwinan atau Perceraian?

    Berbincang dengan peguam syarie berpengalaman untuk memahami pilihan dan langkah terbaik bagi situasi anda.

    Artikel ini disediakan oleh

    Zainol Iqbal
    Zainol Iqbal & Associates

  • 7 Sebab Kenapa Urusan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Sangat Penting

    7 Sebab Kenapa Urusan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Sangat Penting

    Apabila berlaku perceraian, ramai pasangan terlalu fokus kepada perpisahan itu sendiri… tetapi terlupa satu perkara yang paling penting:

    Hak penjagaan anak

    Persoalannya:

    • Siapa yang jaga anak?
    • Siapa bertanggungjawab?
    • Apa hak ibu dan ayah?

    Dalam Islam, isu ini bukan perkara kecil.
    Ia melibatkan masa depan, kebajikan dan keselamatan anak.

    Dalam artikel ini, kita akan kupas kenapa urusan hadhanah sangat penting dan apa yang perlu anda tahu.


    Apa Itu Hadhanah?

    Hadhanah bermaksud:

    Penjagaan anak yang masih kecil atau belum mampu mengurus diri sendiri.

    Ia merangkumi:

    • Tempat tinggal
    • Makan minum
    • Pendidikan
    • Kasih sayang
    • Keselamatan

    Dalam Islam, hadhanah termasuk dalam konsep:

    Hifz al-Nafs (menjaga nyawa dan kebajikan manusia)


    1. Menjamin Kebajikan dan Keselamatan Anak

    Tanpa penjagaan yang jelas:

    • Anak boleh terabai
    • Keperluan asas tidak dipenuhi
    • Emosi anak terganggu

    Hadhanah memastikan anak dijaga oleh pihak yang layak.


    2. Mengelakkan Konflik Antara Ibu dan Bapa

    Tanpa keputusan jelas:

    • Berlaku perebutan anak
    • Konflik berpanjangan
    • Anak jadi mangsa

    Perintah mahkamah membantu:

    • Tetapkan hak penjagaan
    • Kurangkan pertikaian

    3. Memberi Kepastian Undang-Undang

    Dengan hadhanah:

    • Hak ibu dan ayah jelas
    • Tanggungjawab ditetapkan
    • Mudah rujuk jika berlaku masalah

    Semua dilindungi oleh undang-undang Syariah.


    4. Menjaga Emosi dan Perkembangan Anak

    Perceraian sudah cukup memberi kesan kepada anak.

    Jika penjagaan tidak stabil:

    • Anak mudah tertekan
    • Kurang perhatian
    • Hilang rasa selamat

    Hadhanah membantu:

    • Wujudkan kestabilan
    • Jaga emosi anak

    5. Memastikan Hak Nafkah Anak Terjaga

    Walaupun ibu mendapat hak penjagaan:

    Ayah tetap wajib beri nafkah

    Hadhanah membantu:

    • Pastikan nafkah berjalan
    • Elakkan pengabaian

    6. Melindungi Hak Ibu dan Bapa

    Hadhanah bukan hanya tentang anak.

    Ia juga melindungi:

    • Hak ibu untuk menjaga
    • Hak ayah untuk berjumpa

    Semua pihak ada hak masing-masing.


    7. Membantu Proses Undang-Undang Lebih Teratur

    Dengan struktur hadhanah:

    • Kes lebih mudah dikendalikan
    • Kurang konflik
    • Keputusan lebih jelas

    Ini memudahkan semua pihak.


    Siapa Layak Mendapat Hak Penjagaan Anak?

    Mahkamah akan menilai berdasarkan:

    • Kepentingan terbaik anak
    • Keupayaan penjaga
    • Kebajikan anak

    Biasanya:

    • Anak kecil → ibu
    • Ayah → tanggung nafkah

    Bila Perlu Mohon Hak Penjagaan Anak?

    Anda perlu bertindak jika:

    • Berlaku perceraian
    • Berlaku konflik penjagaan
    • Anak terabai
    • Tiada persetujuan antara pasangan

    Kesimpulan

    Hak penjagaan anak bukan sekadar isu siapa jaga siapa. Ia adalah:

    • Amanah
    • Tanggungjawab
    • Perlindungan masa depan anak

    Jangan biarkan anak menjadi mangsa keadaan.


    FAQ

    1. Apa itu hadhanah?

    Hadhanah adalah hak penjagaan anak dalam Islam bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

    2. Siapa layak jaga anak selepas cerai?

    Biasanya ibu, tetapi mahkamah akan tentukan berdasarkan kepentingan anak.

    3. Adakah ayah masih perlu beri nafkah?

    Ya, ayah wajib beri nafkah walaupun anak dijaga oleh ibu.

    4. Boleh ke rebut hak penjagaan anak?

    Boleh, melalui Mahkamah Syariah.


    Perlukan Bantuan Urusan Hak Penjagaan Anak?

    Berbincang dengan peguam syarie untuk memahami hak dan langkah terbaik bagi situasi anda.

    Hubungi Kami Sekarang

  • Nafkah Isteri dan Anak dalam Islam: Hak, Tanggungjawab & Apa Yang Perlu Anda Lakukan

    Nafkah Isteri dan Anak dalam Islam: Hak, Tanggungjawab & Apa Yang Perlu Anda Lakukan

    Pernah tak anda dengar situasi seperti ini?

    “Suami saya tak beri nafkah, apa saya boleh buat?”
    “Bekas suami kata anak tinggal dengan saya, jadi saya yang kena tanggung semua.”
    “Nafkah ada, tapi tak cukup. Semua kena guna duit yang sama – makan, anak, rumah…”

    Persoalan tentang nafkah adalah antara isu paling kerap berlaku dalam masyarakat hari ini. Malah, ada kes yang menyedihkan apabila anak-anak terabai kerana kegagalan ibu bapa menunaikan tanggungjawab.

    Masalahnya bukan sekadar kewangan.
    Ia melibatkan hak, tanggungjawab dan keadilan dalam Islam.

    Dalam artikel ini, kita akan bincangkan secara jelas:

    • Apa itu nafkah
    • Siapa wajib beri nafkah
    • Apa hak isteri dan anak
    • Apa tindakan jika nafkah tidak diberi
    • Dan bagaimana Mahkamah Syariah boleh membantu

    Apa Itu Nafkah Dalam Islam?

    Secara mudah, nafkah bermaksud:

    Perbelanjaan wajib yang perlu diberikan kepada individu di bawah tanggungan seseorang.

    Dalam konteks keluarga:

    • Suami wajib beri nafkah kepada isteri
    • Ayah wajib beri nafkah kepada anak

    Menurut pandangan ulama seperti Imam Al-Shirbini, kewajipan nafkah berlaku kerana 3 sebab utama:

    1. Perkahwinan – Suami kepada isteri
    2. Keturunan – Ayah kepada anak
    3. Pemilikan – Dalam konteks tertentu

    Ini menunjukkan bahawa nafkah bukan pilihan. Ia adalah tanggungjawab wajib dalam Islam.


    Siapa Wajib Memberi Nafkah?

    1. Nafkah Isteri

    Suami bertanggungjawab menyediakan:

    • Makanan dan minuman
    • Tempat tinggal
    • Pakaian
    • Keperluan asas

    Walaupun isteri bekerja atau membantu kewangan keluarga, itu adalah bantuan, bukan kewajipan.


    2. Nafkah Anak

    Ramai salah faham tentang perkara ini.

    Nafkah anak tetap tanggungjawab ayah, walaupun:

    • Ibu menjaga anak
    • Ibu bekerja
    • Pasangan sudah bercerai

    Hubungan ayah dan anak: Tidak pernah putus


    Apa Jadi Jika Nafkah Tidak Diberi?

    Ini situasi yang ramai hadapi:

    • Suami langsung tidak beri nafkah
    • Nafkah diberi tetapi tidak mencukupi
    • Bekas suami enggan beri nafkah anak
    • Suami sihat tetapi tidak bekerja

    Ini bukan sekadar isu moral.
    Ini adalah pelanggaran hak dalam undang-undang Syariah.


    Hak Isteri Jika Suami Tidak Memberi Nafkah

    Dalam undang-undang Syariah Malaysia:

    Isteri boleh memohon fasakh (pembubaran perkahwinan)

    Jika:

    • Suami gagal beri nafkah lebih 3 bulan

    Ini diperuntukkan di bawah:
    Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam

    Maknanya:

    • Isteri tidak perlu terus menderita
    • Ada jalan keluar yang sah di sisi undang-undang

    Bagaimana Jika Nafkah Tidak Mencukupi?

    Ini situasi yang sangat common:

    Duit nafkah tak cukup untuk makan, anak, dan keperluan asas

    Dalam kes ini:

    • Isteri boleh menuntut nafkah tambahan
    • Mahkamah akan menilai:
      • Pendapatan suami
      • Keperluan isteri dan anak

    Nafkah mesti munasabah dan mencukupi


    Nafkah Anak Selepas Perceraian

    Ramai lelaki fikir:

    “Anak tinggal dengan ibu, jadi ibu tanggung”

    Ini salah.

    Dalam Islam dan undang-undang:

    • Nafkah anak tetap tanggungjawab ayah
    • Walaupun:
      • Sudah bercerai
      • Anak tinggal dengan ibu

    Anak berhak mendapat:

    • Makanan
    • Pendidikan
    • Tempat tinggal
    • Keperluan asas

    Apa Boleh Buat Jika Bekas Suami Tidak Bayar Nafkah?

    Anda boleh:

    1. Failkan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah

    2. Mohon perintah nafkah anak

    3. Mohon penguatkuasaan jika ingkar

    Jika masih tidak bayar:

    Mahkamah boleh ambil tindakan seperti:

    • Potong gaji
    • Perintah mahkamah
    • Tindakan undang-undang

    Apa Itu Hadhanah (Hak Penjagaan Anak)?

    Dalam Islam, penjagaan anak dikenali sebagai:

    Hadhanah

    Ia merangkumi:

    • Menjaga kebajikan anak
    • Memberi pendidikan
    • Menyediakan keperluan asas
    • Membimbing anak

    Hadhanah adalah sebahagian daripada konsep:

    Hifz al-Nafs (menjaga jiwa)


    Siapa Layak Jaga Anak Selepas Perceraian?

    Mahkamah akan tentukan berdasarkan:

    • Kepentingan terbaik anak
    • Keupayaan penjaga
    • Kebajikan anak

    Biasanya:

    • Anak kecil → ibu
    • Ayah tetap ada tanggungjawab nafkah

    Kenapa Penting Tentukan Hak Penjagaan Anak?

    Tanpa keputusan jelas:

    • Anak boleh terabai
    • Berlaku konflik antara ibu bapa
    • Hak anak tidak terjamin

    Sebab itu penting:

    • Ada perintah mahkamah
    • Ada struktur penjagaan yang jelas

    Realiti Yang Perlu Kita Faham

    Kadang-kadang bukan sebab tiada undang-undang…

    Tapi sebab:

    • Kurang ilmu
    • Tak tahu hak
    • Tak tahu langkah

    Akibatnya:
    Anak yang menanggung derita


    Nasihat Untuk Suami & Isteri

    Kepada Suami:

    • Nafkah adalah tanggungjawab
    • Anak tetap tanggungjawab walaupun bercerai
    • Jangan jadikan anak mangsa

    Kepada Isteri:

    • Anda ada hak
    • Anda boleh tuntut di Mahkamah
    • Anda tidak perlu tanggung seorang diri

    Bila Perlu Jumpa Peguam Syarie?

    Anda patut dapatkan nasihat jika:

    • Nafkah tidak diberi
    • Nafkah tidak mencukupi
    • Nak failkan perceraian
    • Nak tuntut hak anak
    • Nak dapatkan hak penjagaan

    Kesimpulan

    Nafkah bukan sekadar duit.
    Ia adalah:

    • Tanggungjawab
    • Amanah
    • Hak yang wajib ditunaikan

    Dalam Islam:

    • Isteri ada hak
    • Anak ada hak
    • Undang-undang ada untuk melindungi

    Jangan diam jika hak tidak dipenuhi.


    FAQ

    1. Apa itu nafkah dalam Islam?

    Nafkah adalah perbelanjaan wajib yang perlu diberikan oleh seseorang kepada tanggungannya seperti isteri dan anak.

    2. Siapa wajib beri nafkah anak?

    Ayah wajib memberi nafkah kepada anak walaupun selepas perceraian.

    3. Boleh ke isteri mohon cerai jika suami tak beri nafkah?

    Ya, isteri boleh memohon fasakh jika suami gagal memberi nafkah lebih 3 bulan.

    4. Apa perlu buat jika bekas suami tak bayar nafkah?

    Anda boleh failkan tuntutan di Mahkamah Syariah dan mohon penguatkuasaan.

    5. Siapa dapat hak penjagaan anak?

    Mahkamah akan tentukan berdasarkan kepentingan terbaik anak.


    Perlukan Bantuan Tentang Nafkah atau Hak Anak?

    Berbincang dengan peguam syarie berpengalaman untuk memahami hak dan langkah yang boleh diambil.

    Hubungi Kami Sekarang