
Perunding Keluarga
Perundingan Keluarga & Nasihat Undang-Undang Syariah
Kami menyediakan perkhidmatan perundingan keluarga bagi membantu anda memahami situasi dan mendapatkan panduan berkaitan isu perkahwinan, perceraian, nafkah, hak penjagaan anak dan urusan kekeluargaan mengikut undang-undang Syariah.
Perkahwinan dan Penceraian
Tidak semua masalah perlu terus dibawa ke mahkamah. Dalam banyak keadaan, perundingan yang jelas dan teratur boleh membantu anda memahami situasi serta pilihan yang ada sebelum mengambil sebarang tindakan.
Kami menyediakan sesi perundingan keluarga untuk membantu anda melihat gambaran keseluruhan dan membuat keputusan yang lebih yakin.
Apa Itu Perundingan Keluarga
Perundingan keluarga adalah proses mendapatkan nasihat dan panduan berkaitan isu kekeluargaan sebelum atau semasa berlakunya sesuatu konflik.
Ia membantu anda:
- Bersedia sebelum mengambil langkah undang-undang
- Memahami hak dan tanggungjawab
- Menilai pilihan yang ada
- Mengelakkan kesilapan dalam tindakan


Isu Yang Kami Bantu
Kami membantu dalam pelbagai isu kekeluargaan termasuk:
- Masalah rumah tangga
- Perancangan perceraian
- Nafkah isteri dan anak
- Hak penjagaan anak (hadhanah)
- Konflik keluarga dan waris
- Harta sepencarian
- Nasihat awal sebelum tindakan undang-undang
Bagaimana Sesi Perundingan Berjalan
✔ Konsultasi Awal
Anda berkongsi situasi dan permasalahan yang dihadapi.
✔ Analisis Kes
Kami meneliti situasi berdasarkan undang-undang Syariah.
✔ Cadangan Penyelesaian
Kami memberikan panduan dan pilihan tindakan yang sesuai.
✔ Perancangan Seterusnya
Membantu anda merancang langkah yang lebih jelas sama ada secara rundingan atau tindakan mahkamah.
Kelebihan Perundingan Awal
- Membantu membuat keputusan dengan lebih yakin
- Mengelakkan tindakan yang boleh merugikan
- Memahami hak sebelum mengambil langkah
- Menyusun strategi sebelum ke Mahkamah

