Perkahwinan dan Penceraian

Perkahwinan dan perceraian adalah perkara penting dalam kehidupan yang melibatkan aspek undang-undang, emosi dan masa depan keluarga. Oleh itu, setiap proses perlu dikendalikan dengan teliti dan mengikut prosedur yang betul.


Kami membantu anda memahami situasi dan menyediakan panduan yang jelas bagi memastikan setiap urusan perkahwinan dan perceraian berjalan lancar serta melindungi hak anda.

Perkhidmatan Perkahwinan

Kami membantu dalam pelbagai urusan berkaitan perkahwinan termasuk:

1) Permohonan Perkahwinan

Kami membantu menyediakan dan mengurus permohonan perkahwinan mengikut syarat yang ditetapkan seperti kelayakan umur, status dan dokumen sokongan.

2) Wali Hakim

Bantuan permohonan wali hakim bagi individu yang tidak mempunyai wali sah atau menghadapi kesukaran mendapatkan wali.

3) Kebenaran Poligami

Kami membantu menyediakan dokumen dan permohonan kebenaran poligami mengikut syarat undang-undang Syariah di Malaysia.

4) Pengesahan & Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara

Kami membantu mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan luar negara supaya sah dan diiktiraf di Malaysia.

5) Nafkah Isteri & Nafkah Tertunggak

Bantuan tuntutan nafkah isteri serta nafkah tertunggak mengikut hak yang diperuntukkan.

6) Kes Nusyuz

Nasihat dan tindakan undang-undang berkaitan isu nusyuz bagi melindungi hak pihak terlibat.

lawyer

Perkhidmatan Penceraian

Pengurusan Kes Perceraian Secara Profesional

Kami menyediakan bantuan menyeluruh dalam kes perceraian termasuk:

✔ Perancangan Perceraian

Kami membantu menilai situasi anda dan memberi nasihat undang-undang sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

✔ Prosiding Perceraian

Pengendalian kes perceraian di Mahkamah Syariah termasuk penyediaan dokumen dan perwakilan.

✔ Perceraian Luar Negara

Bantuan kes perceraian yang melibatkan pasangan dari luar negara atau perkahwinan luar negara.

Tuntutan Selepas Perceraian

Melindungi Hak Anda Selepas Perceraian. Kami membantu dalam tuntutan berikut:


Harta Sepencarian

Kami membantu dalam tuntutan harta sepencarian yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan termasuk penyediaan dokumen dan permohonan di Mahkamah.

team lawyer
ibu resah nafkah

Hak Berkaitan Anak

Kami membantu dalam urusan:

  • Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
  • Pengesahan Taraf Anak
  • Nafkah Anak
  • Nafkah Tertunggak

Penguatkuasaan Perintah Mahkamah

Kami membantu dalam pelaksanaan perintah Mahkamah sekiranya berlaku ketidakpatuhan:

  • Ubah Perintah
  • Pelaksanaan Perintah
  • Penghutang Penghakiman
  • Komital / Notis Tunjuk Sebab