Hak Muslim 19 Mac 2009- Islam garis kaedah, panduan tangani isteri nusyuz

Mar 19th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim
Suami sebagai pelindung keluarga diberi kekuatan akal perlu bertindak bijaksana

KEBELAKANGAN ini banyak berlaku kejadian isteri derhaka dan tidak mentaati suami (nusyuz). Ia bukan saja berlaku kepada rakan saya, malah juga saudara mara saya sendiri. Saya khuatir jika ia merebak pula kepada isteri saya. Apakah sebenarnya punca nusyuz, adakah disebabkan suami atau isteri. Jika ia berlaku, sebagai suami apa yang patut saya lakukan? Benarkan nusyuz akan memberi kesan kepada nafkah, mutaah dan harta sepencarian isteri, jika berlaku perceraian.

Suami Risau,
Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

NUSYUZ membawa erti derhaka ataupun ingkar kepada perintah suami pada perkara yang sah di sisi syarak untuk melakukannya. Nusyuz mungkin berpunca daripada isteri, suami atau faktor luaran.

Sikap ego isteri yang mempunyai kelebihan dari segi kecantikan paras, kelulusan tinggi, kekayaan ataupun pangkat dan kedudukan lebih tinggi daripada suami, ketidakmampuan dan kegagalan suami menyediakan perkara yang dikehendaki isteri boleh menyebabkan isteri derhaka kepada suami. Isteri yang berpangkat dan berjawatan lebih tinggi daripada suami, mungkin tidak menghormati arahan suami, meninggikan suara apabila tidak bersetuju dan sebagainya.

Nusyuz juga berpunca daripada suami bengis, panas baran dan sentiasa mencari kesalahan isteri. Isteri tertekan, cuba melepaskan diri sehingga berlakulah kejadian keluar dari rumah tanpa izin, bersikap dingin ketika melayani suami, selalu bermasam muka dan seumpamanya.

Suami bersifat bakhil yang tidak melengkapi keperluan rumah tangga dengan sempurna walhal mempunyai harta yang banyak, juga berkemungkinan menjadi punca nusyuz.

Nusyuz boleh berlaku akibat sikap suami berpoligami tetapi tidak berlaku adil di antara isterinya. Isteri yang menjadi mangsa ketidakadilan mencari jalan keluar yang salah dengan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain, keluar rumah tanpa keizinan suami, bekerja di tempat maksiat dan sebagainya. Nusyuz juga mungkin berpunca daripada suami yang mengadakan hubungan dengan perempuan lain, tidak memberikan nafkah sara diri kepada isteri dan anak-anak, memperkecil-kecilkan kebolehan isteri dan menghina keturunan isteri.

Nusyuz juga boleh berpunca kerana pengaruh luar seperti hasutan mentua yang tidak merestui perkahwinan mereka, umpatan dan fitnah daripada jiran, rakan dan pengaruh masa.

Walau apa pun situasi dan puncanya, Islam menggalakkan pihak yang menghadapi masalah ini tidak mengambil jalan singkat sehingga boleh merosakkan diri, anak dan keluarga. Pihak perlu banyak bersabar dan membawa masalah yang dihadapinya itu kepada pihak yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Suami sebagai ‘raa’in’ (pemimpin), yang diberi kekuatan akal dan jiwa, sebagai pelindung keluarga mestilah bertindak bijaksana dan berhikmah. Islam menggariskan kaedah menangani isteri nusyuz dengan dimulai oleh kaedah menasihati isteri, jika tidak berjaya dipulaukan isteri (mengasingkan diri dari tempat tidur isteri), jika tidak berjaya juga seterusnya dengan memukul isteri dengan pukulan pengajaran yang tidak mencederakan. Kemudian dengan pelantikan orang tengah, dan akhirnya perceraian adalah jalan terakhir.

Punca nusyuz haruslah diselidiki dan dikenal pasti suami, sebelum menasihati isteri dengan cara yang baik dan penuh bijaksana. Wanita digambarkan Rasulullah dalam hadis Baginda ibarat sebatang tulang bengkok. Sekiranya dibetulkan dengan kuat, maka ia akan patah.

Selepas kaedah pertama menemui jalan buntu, maka suami boleh menggunakan kaedah pemulauan atau meninggalkan isteri dari tempat tidurnya. Tempoh masa bagi pemulauan ini ialah selama tiga hari berdasarkan kepada kiasan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap isteri Baginda Sayyidatina Safiah apabila Baginda marah terhadapnya. Apabila isteri mula sedar dan insaf, maka suami hendaklah menerimanya kembali serta menggaulinya dengan cara baik.

Kaedah memukul dua kaedah yang dinyatakan di atas tidak berjaya. Namun begitu, terdapat syarat perlu dipatuhi, iaitu suami hendaklah yakin dan nyata isteri menderhaka menurut kehendak syarak. Suami juga hendaklah memastikan pukulan itu tidak melukakan atau mencederakan dan tidak boleh dibuat di tempat yang berbahaya seperti muka dan dada serta tidak menggunakan alat yang boleh mencederakan. Pukul adalah untuk tujuan pengajaran, bukan penganiayaan.

Selepas dilaksanakan keseluruhan kaedah dianjurkan tetapi masih menemui jalan buntu, suami hendaklah menyerahkan urusan ini wakil dari keluarga pihak isteri dan wakil dari pihak suami.

Suami yang tidak memilih perceraian, berhak memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mensabitkan isterinya nusyuz dan memohon perintah supaya isterinya kembali taat kepadanya. Sub-Seksyen 59 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan antara sebab boleh disabitkan nusyuz ialah apabila isteri menjauhkan dirinya dari suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.

Sekiranya isteri disabitkan dengan kesalahan nusyuz oleh mahkamah, maka ia memberi kesan terhadap nafkah sepatutnya diperoleh sama ada dalam tempoh perkahwinan ataupun selepas perceraian, sebagai mana diperuntukkan di dalam seksyen 59 (1) Akta yang sama bahawa : “Tertakluk kepada Hukum Syara’ dan pengesahan mahkamah , seseorang isteri tidaklah berhak mendapatkan nafkah apabila ia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya?” Pensabitan nusyuz tidak memberi kesan kepada tuntutan mutaah atau harta sepencarian.

Isteri yang disabitkan nusyuz masih boleh menggugurkan sabitan iaitu dengan cara membuktikan kepada mahkamah beliau insaf dan bertaubat kembali mentaati suami sebagai mana sebelumnya. Di dalam ceraian (3) Seksyen tersebut “Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang. Sila layari http://www.peguam syarie.org.

9 comments
Leave a comment »

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Apa hukumnya jika seorang isteri yang sudah menginsafi kesalahannya dan memohon maaf pada suaminya tetapi suami tetap menjauhi isteri ? Isteri merayu tidak diceraikan dan ingin berbaik semula dengan suami. Apa hukumnya suami yang tidak mahu bercakap dengan isteri selama sebulan, tidak pulang ke rumah walaupun dipujuk rayu isterinya? Apakah hak isteri dalam hal ini. Harap dapat balas pada email diatas.

  2. A’kum Tuan,
    Isteri saya telah tersasar dari akidah, kenapa saya kata begitu ialah dia sgt percayakan so called “Guru Agama” nya atau “Orang Alim”nya dengan mengatakan dalaman saya kotor (saka etc.). Sekaranag sudah 9 bulan isteri saya tidur bersama saya, katanya kalau dia tidur dengan saya ataupun tersentuh badan saya dia akan muntah atau “burbping”. Puas saya nasihat dia supaya bertaubat dan pulang kepada ALLAH yg satu dan ikut landasan syariah yg betul, tetapi tidak diendahkannya. Dia kata saka saya berasal dari ibu saya sehinggakan dia tidak mahu berjumpa ibu saya pada Aidilfitri yg lalu mohon maaf pun tidak. Sekarang dia telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya dan izin saya membawa kedua anak saya entah kemana, bila saya menyuruhnya pulang dia tak mahu. Dia telah melarang anak saya memberitahu dimana mereka berada. Saya yakin dia telah meracuni fikiran anak saya supaya jgn kerap berhubung dgn saya. Bayangkan, saya telah ke Langkawi atas urusan kerja mencari rezeki, pada lusanya saya dapat tahu dia telah lari membawa anak-anak saya. Semalam, dia sms yang dia mahukan penceraian dan saya dapat tahu dia mahukan hak penjagaan anak-anak dan harta sepencarian dimana saya dalam proses penjualan rumah saya. Apa tindakan yg saya boleh lakukan? Adakah isteri saya NUSYUZ dan adakah dia berhak keatas duit dari penjualan rumah saya tu? Saya mengharapkan Tuan dapat memberikan cara untuk menyelesaikan masaalah saya ini seberapa segera.

    Sekian, terima kasih.

  3. Assalamualaikum Tuan,

    Saya mengalami peristiwa hitam yang tak di sangka sepanjang tahun 2009,isteri saya seorang pegawai kewangan telah curang iaitu keluar dengan warga asing setiap petang selepas waktu kerja di pinggir KL,mereka berdating di restoran fast food terkenal,saya mula dapat tahu gerak-gerinya melalui pesanan ringkas yang sentiasa masuk.Setelah disoal siasat dia tidak mengaku dan menafi sekeras-sekerasnya sehingga saya terpaksa menghukumnya tetapi masih juga tidak mengaku.Akhirnya Allah menyebelahi saya iaitu pada bulan ogos dia digantung kerja oleh majikannya,pada masa itulah semua rahsia terbongkar.Rupa-rupanya memang isteri saya keluar berjumpa warga asing untuk menyampaikan wang milik warga asing dikeluarkan secara 3rd party.Saya begitu kecewa kenapa dia begitu bodoh melakukan perkara itu.Saya soal siasat lagi apa aktiviti lain yang dilakukan oleh isteri saya,dia memberi jaminan tidak melakukan apa-apa selain hanya seronok keluar makan dan bercerita.Adakah jawapan ini boleh dipercayai,tuan?Isteri saya benar-benar mengambil kesempatan ke atas kesibukan saya dengan tugas kerja sebagai pegawai pinjaman.Bayangkan 2 atau 3 kali setiap minggu dia keluar berjumpa dengan warga asing ditempat yang sama.Tidak jemukah makan minum benda yang sama,jika saya makan benda yang sama jemu juga.Jiwa dan akal saya tidak tenteram tetap mengorek rahsia apa yang dilakukan oleh mereka berdua.Saya juga mencari warga asing itu di kawasan penginapannya tetapi tidak menjumpai.Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan menyiasat no passport dan nama melalui salinan passpot,saya gunakan pengalaman saya sebagai pegawai kewangan dan meneliti kesahihan passport dan merasakan pasport itu palsu.Tetapi yang bodohnya kenapa isteri saya terpedaya. Setelah digantung selama 5 bulan,baru-baru ini pada Januari 2010 hukuman telah terjawab dari majikannya,isteri saya diberhentikan kerja atas sebab kecuaian dan tidak amanah dan mungkin juga balasan Allah terhadap isteri yang curang.Hati saya geram dan marah atas segala yang dilakukan oleh isteri saya yang jumud serta bodoh ini.Sekarang ini yang kerugian adalah saya dan keluarga saya yang hilang separuh mata pencarian suami-isteri.Sayangnya ketiga anak saya yang masih bersekolah rendah pencapaian akademiknya agak baik tetapi ibunya dibuang kerja.Tuan,hati saya masih gundah-gelana atas peristiwa ini.Saya amat mencintai isteri sejak berkenalan hinggalah hari ini dan berbagai hadiah saya bagi akhirnya jadi begini.Sekarang ini saya tak mahu melihat dan memandang mukanya,jika saya pandang saya akan memberontak.Tuan berilah nasihat serta pandangan apa yang diperlu dilakukan oleh saya dan bagaimana isteri saya ini?Satu lagi saya mencadangkan kaji semula kebanjiran warga asing terutama yang menyamar sebagai pelajar.Yang untung memanglah negara tetapi yang rugi masyarakat melayu dan malaysia.

    Wasalam
    Sekian,terima kasih

  4. suami saya, menanggung hutang arwah ibunya. kami hidup dlm keadaan yang susah kerana hutang tersebut, sehinggakan saya sendiri selalu mengawal perbelanjaan saya. suami saya telah mendapat (pertama) wang insurance dan (kedua) wang EPF arwah ibunya (secara berasingan). kedua dua wang tersebut yang sepatutnya digunakan utk melangsaikan hutang, telah habis digunakan dalam masa yang singkat utk hobinya iaitu kereta walaupun saya telah menasihatinya utk menggunakan duit tersebut dengan berjimat. sekarang kami kembali kepada keadaan yang asal, iaitu menanggung hutang.
    saya pernah meminta izinnya utk berhenti kerja utk sementara waktu kerana saya juga masih belajar, tetapi tidak diizinkan. saya merasakan, suami saya sengaja ingin mengurangkan jumlah nafkahnya terhadap saya sekiranya saya bekerja, tetapi pada masa yang sama dia boleh menggunakan duitnya yang ada utk hobinya. pada saya juga, dia tidak tahu menghargai bantuan saya selama ini walaupun bantuan saya tidak sebesar mana tetapi saya selalu mengawal perbelanjaan saya sendiri demi memikirkan bahawa suami saya sedang susah. Sebaliknya dia boleh menghabiskan duitnya kepada perkara yang lain.
    suami juga, selalu tidak mengindahkan saya tentang hal hal seksual. saya fikir, saya yang sepatutnya memenuhi keinginan nya, tetapi keadaan sudah terbalik sehingga saya yang perlu meminta minta. dia selalu memberi alasan bahawa dia penat bahkan pernah juga kerana masalah hobinya iaitu kereta, dia tidak ada mood utk melakukannya.
    kami juga menghadapi masalah komunikasi. kami selalu bercakap kasar sesama sendiri kerana pendapat yang berlainan. sesuatu masalah yang timbul tidak pernah diselesaikan kerana masalah komunikasi ini. dia juga sukar dibawa berbincang, sehingga setiap permasalahan sukar untuk saya bincangkan dan ajukan kepadanya.
    saya merasakan kami sudah tidak lagi sehaluan dengan permasalahan kami. sekarang saya rasakan bahawa keserasian semakin hilang, dan yang lebih buruk lagi, perasaan sayang saya terhadap suami juga semakin pudar dan boleh dikatakan sudah tiada.
    saya ingin memperbaiki kehidupan ibu saya yang sudah tua, sakit, tidak larat bekerja dan tinggal seorang diri di kampung, tetapi, dengan permasalahan yang sebegini, saya tidak yakin saya dapat membantu ibu saya, bahkan, suami saya juga tidak mesra dan tidak pandai mengambil hati ibu saya.
    adakah sebab sebab utk saya menuntut cerai adalah kukuh atau sebaliknya kerana saya fikir bahawa sekarang ini saya telah melakukan perkara perkara yang nusyuz seperti keluar tanpa izin dan tidak mengendahkan lagi suami saya.
    saya amat memerlukan jawapan.
    terima kasih, assalamualaikum.

  5. apakah hukum jika suami memukul isteri? dan haruskah isteri bertahan?

  6. Salam. Ibu saya telah dituduh nusyuz oleh ayah saya. Akan tetapi beliau tidak memberitahu terus kepada ibu saya. Kami mengetahuinya melalui setelah berlaku pergaduhan antara ibu dan adik saya. Adik saya mengatakan bahaw ayah saya menuduh ibu saya isteri yang nusyuz. selama 3 tahun ini Ibu dan ayah saya tidak tidur bersama dalam temph yang agak lama. Akan tetapi mereka masih tinggal serumah dan masih bercakap. Ayah saya juga masih memberi nafkah kepada ibu saya. Persoalan nya sekarang apakah tindakan yang boleh ibu saya ambil dan apakah yang patut ayah saya lakukan sekarang? Beliau tidak mahu berbincang dengan ibu saya. Terima kasih banyak atas jawapan Tuan.

  7. Silap-silap haribulan bertambah lah lagi isteri-isteri lari drp rumah kelamin dan di istiharkan nusyuz olih pengamal hukum syariah kalau kefahaman tentang nusyus ini diertikata kan saperti di atas…ini adalah kesalahan membuta tuli akan terlalu akur kepada apa yang tertulis didalam akta yang makin hari makin sesat terjemahan nya.

    “”"Sekiranya isteri disabitkan dengan kesalahan nusyuz oleh mahkamah, maka ia memberi kesan terhadap nafkah sepatutnya diperoleh sama ada dalam tempoh perkahwinan ataupun selepas perceraian, sebagai mana diperuntukkan di dalam seksyen 59 (1) Akta yang sama bahawa : “Tertakluk kepada Hukum Syara’ dan pengesahan mahkamah , seseorang isteri tidaklah berhak mendapatkan nafkah apabila ia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya?” Pensabitan nusyuz tidak memberi kesan kepada tuntutan mutaah atau harta sepencarian.”"”

    Hancur dunia perkahwinan kalau pengamal hukum-hukm syariah kalau terlalu terikat dengan difinasi hukuman dari dibawah akta ini…

  8. Assalamualikum,
    Tuan, isteri saya telah melakukan semua kraiteria yang menyebabkan dia nusyuz. Lebih kurang dua bulan yang lepas, dia buat facebook dan dia nampak pakwa lama dia balik dan secara senyap dia telah berjumpa dengannya (tanpa pengetahuan saya) dan dia menyayangi pakwa dia balik(apabila saya nampak sms yang dihantar oleh isteri saya & sms dari pakwa dia). Saya bertanya “apa ini semua?” dia jawab dia tiada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Saya marah dan saya telah memukulnya sekali di bahagian pipi apabila dia berkeras nakkan balik telefon bimbitnya. Selepas itu dia boleh cakap dengan saya “kita tidak serasi & sayang pada saya telah berkurang”. Tuan, saya sangat menyangi dia dan saya kesiankan anak-anak saya yang masih kecil. Saya dah puas menasihatinya, akhirnya dia meminta izin untuk balik ke rumah mak dia untuk berfikir, saya izinkan tetapi dia hanya boleh kerumah maknya sahaja. Akan tetapi isteri saya menghilangkan diri dan tak balik ke rumah maknya. Apa lagi patut saya lakukan Tuan? Bila saya tanya dia nak bercerai ngan saya ke? Dia jawab “tidak”. Saya sangat kecewa. Tolonglah saya Tuan….

  9. Bolehkah seseorang isteri yang nusyuz itu dijatuhi hukuman penjara????

Leave Comment