Isu Kalimah Allah-Kerajaan digesa cepat buat rayuan
Jan 3rd, 2010 | By webmaster | Category: Berita, UtamaKerajaan digesa cepat buat rayuan
|
|
|
Musa Awang, Muhamad Burok
|
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan digesa mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.
“ABIM juga memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini.
“Gesaan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Mohamad Raimi berkata, keputusan itu tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.
“Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau autoriti agama Islam adalah tidak sah,” katanya.
Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang pula berkata, keputusan itu bukan sahaja satu pukulan yang hebat terhadap agama Islam.
Menurutnya, PGSM tetap berpendirian perkataan Allah hanya eksklusif kepada penganut Islam.
“Bagaimanapun, PGSM akur dengan keputusan tersebut kerana menghormati mahkamah, namun akan mengkaji keputusan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk membawanya ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim, Muhamad Burok turut kecewa dengan keputusan itu dan mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya kerana perkataan Allah bukan satu mainan terutamanya untuk orang bukan Islam.
Menurutnya, perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.
“Umat Islam memahami penggunaan perkataan Allah mengikut syahadah iaitu Allah adalah satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan ini bertentangan dengan pemahaman orang bukan Islam,” katanya.
Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, keputusan itu dilihat bertentangan dengan undang-undang yang terdapat di 10 negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
“JIM berasakan perlu penglibatan Mahkamah Syariah dalam isu melibatkan penggunaan kalimah Allah,” katanya.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan bersama KDN untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Menurutnya, dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.
Sebagai mahasiswa saya menggesa semua Persatuan Mahasiswa Islam di seluruh Universiti di Malaysia segera bangkit membuat diklerasi bersama atas kebenaran mahkamah tinggi meluluskan menggunakan nama Allah kepada Akhbar Herald-The Catholic Weekly kerana percaya ianya mempunyai agenda jahat untuk memseongkan akidah Umat Islam di negara kita ini.
aku bantah 100% penggunaan kalimah Allah dlm semua artikel kristian…
i strongly believe..
niat diorang ni sbnrnyer…
nak memesongkan akidah org islam..
lbih2 lgi bg mrka2 yang jahil…
kanak2…
dan lain2…
so kepada kerajaan….
tolongggg….
HARAMMMMMKANNNN!!!
ISU PENGUNAAN KALIMAH ALLAH :
1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
5Antara Celaru Dan Keliru
6Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
1.Wacana Pemikiran Dan Pembinaan Ummah 1:Gerakan Tajdid
2.Keistimewaan Sanad Dan Mengapa Ada Yang Menolaknya ?
3.Jadual Pengajian Umum Ustaz Muhammad Fuad - Januari 2010
4.Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang-orang Kristian
5.Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H
A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
MASJID ISTIQOMAH ,
Kayangan Heights , Subang Permai
DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
selepas Maghrib
B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
HABIB ALI AL-HADDAD &
SYEIKH FAHMI ZAMZAM
info : 013-330 9474 (imam)
C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)
1.
MASJID AL-FALAH USJ 9
QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
mula jam 3.30 pagi
2.
MASJID AL-FALAH USJ 9
BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
& DATIN AMINAH ZAKARIA
mula jam 9.00 pagi
3.
MASJID DARUL EHSAN ,
taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
mula Jam 3.30 ptg
info : 019-216 8426 (imam Sabri)
4.
MASJID ALBUKHARY
Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
HABIB ADNAN AL-HADDAD
selepas Maghrib
info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)
5.
MASJID AS-SOBIRIN,
AU 5, Lembah Keramat
AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
mula 6.30 ptg
D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)
1.
YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
5 ptg - 10 mlm
2.
YAYASAN AL-JENDERAMI ,
kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
HABIB ADNAN AL-HADDAD
selepas Maghrib
E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)
1.
PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
d/a Rumah Habib Husin al-Juned
36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
mula jam 11.30 pagi
info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)
2.
PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
Mula jam 5.00 ptg
info : 019-669 3887
F) 18 - 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)
YAYASAN AL-JENDERAMI ,
kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE
http://pondokhabib.wordpress.com
ISU KALIMAH ALLAH
Apa perbezaannya Allah dan Tuhan
SARAWAK : Posted Tarikh : 03 hb April 2010. By Joseph Jorah.Katolik
Apa perbezaanya “ALLAH” dan “ TUHAN “ ?
Dalam pengalaman sehari-hari sering terjadi banyak pemimpin-pemimpin Islam mengangggap ajaran agama Kristen adalah musuhnya ajaran agama Islam dalam menegakan kebenaran Tauhid yaitu”Ke-Maha Esaan Allah“.
Jika kita mahu secara jujur dan bersungguh-sungguh meneliti ajaran agama Kristen dan Islam ini terutama adalah dalam masalah Tauhid.
Islam dan Kristen dipupuk agar dapat hidup berkasih sayang ber-koeksistensi, jauh daripada berprasangka atau rasa musuh satu sama lainnya. Alkitab mengatakan: “ Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. (Mk 12:31) “Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, lakukanlah apa yang baik bagi semua orang.” (Roma 12:17) Kasihilah musuhmu, berbuat baiklah kepada orang yang membenci kamu. Mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah bagi orang yang mencaci kamu.” (Lukas 6:27-28)
Jika kita masing-masing fihak menghayati ayat Alkitab cuci di atas dapatlah kita pastikan bahawa kerukunan beragama itu semakin nampak dan dapatlah dinikmakti dengan penuh kedamaian.
Tiga agama besar ( Agama Yahudi, Kristen dan Islam ) ini merupakan “Agama serumpun” yang sama sama berlandaskan Tauhid atau “ Monotheisme “ yaitu suatu agama yang mengakui Ke-Esaan Allah. Artinya : Tidaklah ada ilah (allah) lain, disamping Allah yang Esa itu.“ Akulah Tuhan, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.” ( Keluaran 20: 2-3 )
Sumber dari kesalah fahaman mengenai isu kalimah Allah adalah disebabkan cara memahami ajaran agama Islam langsung ditrapkan untuk memahami ajaran agama Kristen. Cara demikian jelas tidak benar dan tidak mungkin akan mendapat pengertian yang wajar menurut iman Kristen dan Alkitab. Umat Islam menegaskan pengunaan kalimah Allah oleh umat Kristen juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercangah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia. Kalimah Allah sebagai terjemahan “God” tidak tepat. Umat Islam mengatakan “ God bukan Allah “
Menurut sejarah perkataan Allah itu sudah lama digunakan di Timur Tengah oleh umat Kristen Arab dan Yahudi bahkan digunakan sebelum Islam wujud.
Di Indonesia dan Malaysia perkataan Allah digunakan sejak tahun 1629 A.D
Isu perkataan Allah sebenarnya masalah Bahasa Melayu/Malaysia itu sendiri.
1
Apa perbezaannya Allah dan Tuhan
Kalau kita berdoa dalam bahasa Inggeris kita sebut God kita tidak sebut Allah.
Oleh kerana kita guna Bahasa Malaysia itu sebabnya kita umat Kristen sebut Allah. Takkanlah kita berdoa dalam Bahasa Melayu dan mengatakan dalam nama God.
Menurut ajaran Kristen :
1. ALLAH : - - Dalam Bahasa Inggeris = GOD
- Dalam Bahasa Ibrani = Eloah atau El’ohim.
- Dalam Bahasa Arab = Allah
- Dalam Bahasa Yahudi = Yahweh
- Dalam Bahasa Aramic ( Bahasa Yesus ) = ILAH
- Dalam Bahasa Malaysia = Tidak ada ?
- Dalam Bahasa Iban = ( Allah Taala ) di Sarawak.
Buktinya dari Alkitab: ( Kemaha-Esaan Allah )
Siapa itu Allah ?
- Allah khalik langit dan bumi. ( Kitab Yesaya 45:15 / Mat 11:25 )
- Allah itu Esa adanya . ( Yesaya 45: 5/ Yoh 17: 3
- Allah itu tidak nampak dipandangan mata . ( Yohanes 1:18/ Yoh 5:37 )
- Allah itu tidak ada persamaannya. ( Mazmur 86:8 / 2 Semuil 7: 22 )
- Allah itu tidak berubah. ( Yakobus 1:17 / Maleakhi 3:6 )
- Allah itu Roh adanya , ( Yoh 4: 24 )
Kesimpulan:
Menurut ajaran Kristen “ ALLAH “ ialah :- ( Rujuk Alkitab. )
Allah adalah Zat yang wajib ada dengan sendiri-Nya. Khalik pencipta semesta alam, tepatnya sebagai : “ OKNUM “
Artinya: Allah adalah Pencipta alam semesta ini. Maha Kuasa, tidak berubah.
Allah itu Roh adanya. Tidak ada persamaannya. Allah tidak nampak dipandangan mata. ( Bahan bukti : Rujuk kepada ayat Alkitab di atas )
2. TUHAN : Dalam Bahasa Inggeris = Lord
Dalam Bahasa Arab = Rabb
Dalam Bahasa Malaysia = Tuhan
Dalam Bahasa Yunani = Kyrios
Dalam Bahasa Ibrani = Ad’onay
TUHAN artinya adalah “ Penguasa” atau “ Pemelihara “ yang berarti fungsionil kewibawaan Allah.
( Ada terjemahan dalam kamus buku Bahasa Melayu/Malaysia makna
( ALLAH = TUHAN) itu salah atau tidak tepat.
( Dalam ajaran agama Kristen Allah dan Tuhan ada perbezaan-Nya
2
Apa perbezaannya Allah dan Tuhan
Rujuk di atas : Makna pengertian dalam Bahasa Malaysia Tuhan.
Bahasa Inggeris : Lord
Bahasa Arab : Rabb
Bahasa Malayu/Malaysia : Tuhan
Dalam Bahasa Melayu perkataan “ Allah /God “ tidak ada diterjemahkan
Kesalah fahamannya : Umat Islam tidak membezakan Allah dan Tuhan
Bagi umat Islam Allah dan Tuhan adalah sama saja.
Dalam ajaran Kristen Allah dan Tuhan ada
Perbezaannya.
Allah atau God : Dia mencipta segala yang ada di
Syurga dan di bumi ini.
Tuhan : Dia ( Yesus ) tidak mencipta tetapi Dia kuasa,
( Apa saja yang ada di Syurga dan di bumi
dikuasakan oleh Yesus. Pembimbing/Juruselamat.
Jangan artikan ( Allah = Tuhan.) Semua umat Kristen pasti tahu bahkan sekolah minggu tahu : Allah dalam Inggeris = GOD.
Artinya : Pencipta alam semesta ini. Dia Allah mencipta segala yang ada.
Tuhan : Adalah fungsionil Allah (Jambatan Allah, kewibawaan Allah)
Makna pengertiannya adalah penguasa. Ada tiga fungsionil
kewibawaan Allah itu :- 1 Mencipta
2. Berfirman
3. Membimbing
Tuhan Allah : Bermakna Allah penguasa.
Dua dari tiga fungsionil Allah ini diberikuasakan kepada Yesus,
yaitu berfirman dan membimbing .
Yesus dilahirkan kerana Firman dari Roh Allah.
( Mt 1: 8-12/ Yoh 1: 1-14 )
Yesus mengatakan: “ Kepadaku telah diberikan segala kuasa di
Syurga dan di bumi.” (Matius 28:18 )
Rasul Paulus menulis : “ Sebab dalam Dialah (Yesus ) berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan dan kamu telah dipenuhi didalam Dia.Dialah kepala semua pemerintah dan penguasa. ( Kolose 2: 9-10 ) Rasul Petrus menegaskan: “ Jadi seluruh kaum Israel harus tahu dengan pasti bahawa Allah telah membuat Yesus yang kamu salibkan itu menjadi Tuhan dan Kristus. “ ( Kisah para Rasul 2: 36 )
3
Apa perbezaannya Allah dan Tuhan
Dari uraian diatas jelaslah bahawa harus dibezakan makna pengertian serta pengunaan kata “ Allah “ dan “ Tuhan “
Yesus tidak pernah dikatakan “ Allah “.
Alkitab hanya mengatakan bahawa Dia (Yesus ) adalah gambar atau bayangan Allah yang tidak nampak itu. ( Kolose 1: 15 )
Kenapa Yesus di sebut Tuhan ?
Yesus atau Isa Almasih disebut “Tuhan” adalah kerana dua fungsionil Allah
yang dikerjakan Yesus untuk umat manusia di dunia ini yaitu :-
1. Berfirman
2. Membimbing/Penyelamat yang diserahkan-Kuasakan kepada Yesus.
Apa maknanya Tuhan Yesus ?
Tuhan Yesus bermakna Yesus Penguasa dan Penyelamat sebagai Firman yang hidup. Yesus tidak pernah mengatakan bahawa Akulah Allah.
Yesus hanya mengatakan : “ Barangsiapa telah melihat Aku ia telah melihat Bapa”…. Bahawa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku. Apa yang Aku katakan kepadamu tidak Aku katakan dari diriku sendiri. Tetapi Bapa yang diam di dalam Aku. Dialah yang melakukan pekerjaan-Nya.” (Yoh 14:9-11 ) Yesus memang mengakui bahawa Dia adalah Tuhan bacalah dalam kitab Injil ( Yohannes 13: 13 )
Dalam ajaran Kristen penyebutan “Allah” dan “ Tuhan ” ( ajaran Kristus )
ada perbezaannya . Bagi ajaran Kristen –ajaran Kristus Yesus hal ini berbeza. Yesus memang mengakui bahawa Dia adalah Tuhan.
( Baca dalam kitab Injil Yohanes 13 : 13 ) “Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan
Kesimpulan :
ALLAH: Adalah Pencipta / Allah tidak berubah/Allah itu Roh.
TUHAN : Artinya adalah “ Penguasa “ atau “ Pemelihara “ yang berarti
fungsionil Kewibawaan Allah. Penguasa dan penyelamat ini
diserahkan kepada Yesus. Umat Kristen memandang Yesus ini
lebih banyak daripada Ke-ilahiannya yaitu :- Yesus adalah anak
manusia/Anak Allah/ Nabi/Tuhan/Juruselamat/Mesias/ Raja dan lain
lain. Yesus bukan sekadar manusia saja.
Yesus adalah 100% manusia dan Roh-Nya 100% Allah
4
Apa perbezaannya Allah dan Tuhan
TRITUNGGAL IMAN KRISTEN ( Satu Allah tugas-Nya tiga )
Mengapa umat Kristen mengatakan : “ Allah Tritunggal “ atau Oknum.?
Perkataan ‘Tritunggal “ memang tidak terdapat dalam Alkitab secara huruf, namun arti ke Tritunggal Allah itu jelas terdapat dalam Alkitab.
Contohnya :- Kitab Kejadian 1: 1- 11 jelaslah ke Tritunggal karya Allah dikatakan Allah mencipta, Allah berfirman dan Roh Allah melayang layang di atas permukaan air. Buka Alkitab Perjanjian lama ( Kitab Kejadian pasal 1 ayat 1 hingga ayat 11 ) Baca dan perhatikan ke Tritunggal Allah itu.
Kesimpulan Tritunggal :
1. Allah itu adalah Pencipta dalam istilah Kristologi Kristen di sebut : BAPA
2. Allah itu berfirman berkata kata dalam istilah Kristologi Kristen : ANAK
3. Allah itu memberi taufik dan hidayat atau penolong /pembimbing penyelamat dalam istilah Kristolgi Kristen di sebut : - ROH KUDUS.
Bapa dan Anak dan Roh Kudus dapat disebut dalam sepatah kata sahaja iaitu :
Dalam Bahasa Arab : ALLAH
Dalam Bahasa Inggeris : GOD
Dalam Bahasa Iban : Allah Taala
Perkataan “Allah “ Dalam Bahasa Melayu/Malaysia tidak ada
terjemahan-Nya. ……. ? ? Yang ada Cuma perkataan “ Tuhan “
Dua daripada tiga karya Allah ini kita kenal dalam Yesus Kristus iaitu:-
1. Berfirman
2. Pembimbing atau penyelamat.
Makna “ tritheisme “ dengan “ Tritunggal “
Tri-theisme : adalah ke-tiga allahan ( allah yang huruf kecil dewa, dewi )
Fahaman Tri-theisme ini tidak dianuti oleh Theologia Kristen.
Umat Kristen tidaklah ber-allahkan tiga.
Tritunggal /Triniti : Adalah bahawa Allah yang Esa itu digambarkan atau disifatkan dalam tiga kewibawaan/tugasnya yaitu :-
1, Mencipta ( Allah atau Bapa )
2. Berfirman ( Anak )
3. Membimbing/penolong ( Roh Kudus )
Umat Kristen tidak mengatakan Allah itu tiga
Iman Kristen adalah mutlak ber-Allahkan Maha Esa.
5
Yesus Kristus di sebut anak Allah
YESUS KRISTUS ATAU ISA ALMASIH DI SEBUT “ ANAK “ ALLAH
Yesus di sebut anak Allah di sini bukan dalam pengertian darah daging secara biologis. Ini adalah kata symbolik. Bukan dalam pengertian “walad “
Dalam Injil (Lukas 1:35 ) “ …. Sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut Kudus, Anak Allah. ( Ilahi ) Anak dalam arti yang luas.
( Baca Yohanes 1 : 1-14 ) Gelar Anak Allah itu memang sudah di nubuatkan oleh Daud sebagai gelar yang sudah ada sebelum dunia ini diciptakan . ( Baca Mazmur 2: 1-8 ( Ibrani 1: 2-3 ) Tetapi perkataan “Anak Allah “ barulah jelas dan digenapi sesudah Yesus dibaptiskan menurut Injil Matius 3: 17 “ terdengarlah suara dari Syurga yang mengatakan: “ Inilah Anak yang kukasihi kepada-Nyalah Aku berkenan. “ Dalam surat Ibrani 5: 5 “ Anak-Ku Engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini.”
Mulai saat itulah Yesus dikenal orang sebagai “ Anak Allah “.
Istilah diperanakkan disini bukanlah ber-arti dilahirkan secara biologis.
Yesus dilahirkan sebagai anak manusia dan Iapun adalah memang manusia.
Yesus dikatakan “Anak Allah” sebagai gelar Ilahi atas kemanusiaannya.
Penyebutan istilah “Anak Allah” adalah merupakan kata mutasyabihat,
Yaitu suatu kata yang tidak akan diartikan menurut aksara kata bahasanya.
Secara terperinci dapat dikatakan bahawa Yesus menurut darah daging,
Ia adalah seorang manusia, anak manusia, keturunan Daud, tetapi
ROH-NYA telah ditetapkan menjadi Anak Allah yang berkuasa ( Roma 1: 4 )
Firman yang menjadi daging itu dengan kata lain dikatakan
“Anak Sulung “ adalah zat Allah itu sendiri, adalah juga merupakan OKNUM
Anak dalam rumusan TRITUNGGAL.
Yesus yang nampak darah daging manusiawi itu bukan Allah.
Yesus adalah manusia yang sempurna bebas dari dosa turunan dan juga bebas dari dosa perbuatan . ( 1Petrus 2:22 ) Allah dinyatakan didalam tubuh manusia iaitu Allah didalam Yesus Kristus. ( 1Timotius 3:16/ 2 Korintus 5:19 )
Umat Kristian pada umumnya meletakkan pandangan kepada Yesus ini lebih
Banyak pada segi Ke-Ilahian-Nya, iaitu sebagai Mesias ( Almasih-Kristus )
Anak Allah,( yaitu Firman yang telah menjadi daging pribadi Yesus ) dan
6
Yesus Kristus Anak Allah
Tuhan ( Rabb ) Hal ini dapat dimengerti kerana pusat kepercayaan agama
Kristen itu adalah terletak pada Ke-Ilahian Yesus sebagai Juruselamat dunia,
Bukan pada pribadi kemanusiawi-annya atau sekadar Nabi sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini ada ayat Alkitab yang mengatakan :
“ Barang yang diperanakkan daripada tabeat tubuh, tubuh juga, dan barang yang diperanakan daripada Roh, Roh juga. ( Yahanes 3:6 )
Kesimpulan:
1. Yesus Kristus dinamakan Anak Allah bukanlah dalam arti tubuh secara
Jasmani biologis, melainkan dalam arti rohani dan akal budi.
2. Yesus yang manusiawi dengan gelar Anak Allah tidaklah berarti seketurunan, senisbah atau sederjat dengan Allah, dan tidak dianggap Allah.
3. Tetapi Anak Allah yang asal kejadiannya dari Firman atau Roh Allah yang berkembang menjadi kelahiran manusia Yesus adalah memang zat Allah. Ia (Firman) itu memang Allah.
Akhirnya kesaksian masalah “Anak Allah” ini Alkitab mengatakan sebagai berikut :-
1. “ Barang siapa mengaku bahawa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap
berada di dalam dia dan Dia didalam Allah. ( 1Yohanes 4:15 )
2. Barang siapa yang percaya kepada Anak Allah, ia mempunyai kesaksian itu
didalam dirinya; barang siapa tidak percaya kepada Allah, ia membuat Dia
menjadi pendusta, kerana ia tidak percaya akan kesaksian yang diberikan
Allah tentang Anak-Nya. Dan inilah kesaksian itu: Allah telah
mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam
Anak-Nya.” ( 1Yohanes 5:10-11 .
3. Semua orang yang dipimpin oleh Roh Allah, adalah anak Allah.
Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi
takut lagi , tetapi kamu telah menerima ROH yang menjadikan kamu anak
Allah . Oleh ROH itu kita berseru: “ Ya Abba, ya Bapa!. ” ROH itu bersaksi
bersama sama dengan roh kita, bahawa kita adalah anak anak Allah.
Dan jika kita adalah anak, maka kita juga ahli warsi, maksudnya orang orang
yang herhak menerima janji janji Allah., yang akan menerimanya bersama
sama dengan Kristus, yaitu jika kita menderita bersama sama dengan Dia,
supaya kita juga dipermuliakan bersama sama dengan Dia.” ( Roma 8:14-17)
7
Pengertian Tritunggal bagi iman Kristen
Makna pengertian Tritunggal bagi iman Kristen,
Apa bezanya Allah Bapa, Tuhan, Anak dan Roh Kudus:-
1. Allah : ialah Al-Khalik pencipta semesta alam.
( Yesaya 43:15 / Lukas 10 21 / Matius 11:25. )
2. Tuhan : makna pengertiannya adalah penguasa dan pemelihara atau bidang
Kewibawaan Allah.
3. Allah Putera / Anak Allah : Adalah zat Allah itu sendiri “ Firman “yang
telah menjadi manusia. ( Yohannes 1 : 14 )
Allah yang Roh itu telah menyatakan diri-Nya didalam tubuh
manusia iaitu Kristus Yesus. ( 1 Timotius 3 : 16 / 2 Korintus 5 : 19 )
4. Allah Roh Kudus : Ialah Allah yang Roh itu menjadi Penolong,
pembimbing, Ia berkerja melalui Yesus untuk mengusir
setan-setan. Hujatan terhadap Roh Kudus tidak akan
diampuni.
Berhati-hati :- ( Dosa yang tidak dapat diampuni ialah menghujat Roh
Kudus.)
Yesus berkata : Baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.
( Matius 28 : 19 )
Itulah Tritunggal iman kristen kita. Setiap murid sekolah Minggu,.Para Katikumen, orang tua dan orang muda sebagai umat Kristen entah dimana sahaja kita berada haruslah tahu makna pengertian ini. Hujatan terhadap Roh Kudus tidak akan diampuni.
Kesimpulan
Apa yang sangat ketara sekali diantara agama Kristen dengan agama lain ialah:-
1. Allah yang Roh itu telah turun dari Syurga, menampakkan diri-Nya, menjadi
manusia dan diam diantara kita, kita telah melihat kemuliaan-Nya, penuh kasih
karunia, dan kebenaran. ( Yoh 1: 1-14 ) yaitu didalam Yesus Kristus.
—————————————————————————————–
2. Untuk mendapat bahagian dalam kerajaan Allah saya harus hidup mengikut jejak Yesus yang penuh dengan cintakasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran,
Kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelembahlembutan dan penguasaan diri .
Gal5:22,23
3. Perbuatan jahat yang mesti saya jauhi daripada hidup ini.
Percaburan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan,
perselisihan, iri hati, marah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah,
kedengkian, kemabukan, pesta pora, ( Gal 5:19-21) To be continued later…….
Sekian Puji Tuhan : Posted by :Joseph Jorah .Katolik Dated 03.04.2010
8
“Behold, the virgin shall be with child, and bear a Son, and they shall call His name Immanuel (Jesus), which is translated, “God with us”. Matthew (1:23)
Now the chief priests, the elders, and all the council sought false testimony against Jesus to put Him to death. Matthew (26:59)
“I put You under oath by the living God: tell us if You are the Christ, the Son of God!”. Jesus said to him, “It is as you said. Nevetheless, I say to you, hereafter you will see the Son of Man sitting at the right hand of the Power, and coming on the clouds of heaven.” Matthew (26:63,64)
——————————————————–
Dipetik dari Bible (The NEW Testament)
——————————————————–
Apa pasal bible tak guna nama “Allah” dari dulu lagi? diaorang guna “God” (Tuhan). Catholic Christian sepatutnya mohon untuk guna nama “ALLAH1″, “ALLAH2″,”ALLAH3″ sebab diaorang ada tiga tuhan, God, Jesus, dan Holy Spirit. saya fikir lebih sesuai diaorang mohon “TUHAN1″, “TUHAN2″, “TUHAN3″ sebab nama “ALLAH” telah diguna pakai dalam “The Holy Quran” berabad abad lamanya.
“Qul Hu Allah hu Ahad”
Katakanlah Tuhan Allah itu satu (esa).
The God Allah is One
(AL-IKHLAS Ayat 1)
——————————————————–
Dipetik dari “The Holy Quran”
——————————————————–
Sepatutnya mereka berasa malu sebab dah takde nama lain lagi nak guna selain nak tiru nama yang diguna oleh Agama Islam. Walaupun andaikata mahkamah sivil membenarkan penggunaan nama “Allah” dalam catholic, tapi mereka patut sedar dan berasa malu. “Shame On Them!” They got no other name for their own God!
Posting dari Joseph mengatakan Yahudi, Kristian, Islam adalah sama: Mahukah kamu mengerjakan Sembahyang Sholat 5 Waktu Sehari seperti yang dilakukan oleh umat islam? Jika benar kita adalah sama!
Maksud Hadis “Yang membezakan Umat Islam dengan Kaum Kafirin yang lain adalah sholatnya (sembahyangnya)”
kalau soal perdamaian, keamanan, kebaikan dalam komunikasi, memang kita sama. Tetapi TIDAK SEMUANYA kita sama! dan Tuhan kami Allah, tidak dibakar (salib) hidup hidup, tidak beranak dan tidak mempunyai anak (Seperti dalam Bible “Son of God”)
Ini menunjokan ‘pak serban’ singh ..dah tak de haluan dalam ugamo , walau dah belajor jauh ke luak negara..hanya pandei buat fatwa itu ini,.. tentang bab ini yg amat mudah..keropok lekur aje …dah tak terfikiak…