Hak Muslim-Isteri teraniaya boleh fail pembelaan enggan rujuk depan hakim

Nov 19th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim
Isteri teraniaya boleh fail pembelaan enggan rujuk depan hakim

Soalan:
SAYA bercerai dua bulan lalu. Pada bulan lepas, bekas suami ke rumah memujuk saya menerimanya kembali. Saya enggan berjumpanya dan serik untuk bersama bekas suami yang kaki judi dan kaki perempuan. Sebaik saya keluar rumah, bekas suami berjaya menangkap saya dan melafazkan “aku rujuk dengan kau, kau isteri aku apa-apa yang terjadi aku tidak akan lepaskan kau.”

Untuk pengetahuan tuan, saya menderita sepanjang tempoh perkahwinan kami. Saya disepak terajang dan dimaki hamun setiap kali dia balik rumah sebab kalah judi.

Suami saya juga sudah lama tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada saya, malah segala perbelanjaan rumah dan anak saya tanggung.

Suami membuat permohonan pengesahan rujuk di mahkamah dan kes itu ditetapkan untuk perbicaraan. Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak ingin kembali kepadanya.

Minah,
Hulu Klang,
Selangor.

Jawapan:
Saya bersimpati dengan apa yang menimpa anda dan berharap anda bersabar. Sememangnya tidak disyaratkan rujuk memerlukan persetujuan isteri, namun fuqaha berpendapat haram dan berdosa bagi suami untuk rujuk dengan isteri ketika edah, semata-mata dengan tujuan niat untuk menganiaya si isteri.

Oleh itu, demi membela nasib anda daripada terus dianiaya dan dizalimi, saya berpendapat anda masih berpeluang membela nasib di depan mahkamah.

Anda perlu menjawab tuntutan suami dengan memfailkan pembelaan menyatakan anda tidak bersetuju rujuk kerana ia bertujuan untuk menganiaya anda dan keretakan rumah tangga disebabkan sikap suami yang kaki judi dan kaki perempuan.

Seksyen 51(9) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan jika suami melafazkan rujuk dan tidak dipersetujui isteri atas sebab dibenarkan hukum syarak, mahkamah mempunyai kuasa tidak membenarkan suami hidup semula sebagai suami isteri dan mahkamah juga mempunyai kuasa melantik jawatankuasa pendamai mengikut Seksyen 47 akta yang sama bagi menyiasat dan memastikan sama ada perkahwinan sudah tidak lagi wajar diselamatkan dan mengalami pecah-belah atau sebaliknya.

Pada peringkat prosiding ini, anda tidak boleh diwakili oleh peguam di mahkamah tanpa kebenaran Jawatankuasa Pendamai, namun anda masih boleh melantik peguam untuk memberikan khidmat nasihat prosiding itu.

Jika jawatankuasa pendamai ini mendapati kedua-dua pihak tidak lagi mencapai perdamaian dan tidak dapat hidup semula sebagai suami isteri, maka mahkamah perlu menasihatkan suami untuk melafazkan satu talak di depan hakim.

Saya nasihatkan anda melantik seorang peguam syarie berkelayakan bagi melicinkan perjalanan kes dan mendapatkan pandangan sewajarnya bagi isu itu.

Jawapan disediakan Exco Penerbitan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Yusmawati Ab.llah

5 comments
Leave a comment »

  1. sy telah pun bercerai dengan suami sy…..dalam edah bekas suami sy datang ke rumah berjumpa ibubapa sy berniat berbaik semula dengan sy,bekas suami sy tidak melafazkan perkataan rujuk pada masa itu.Sy menasihatkannya agar tidak lagi melakukan perkara yang lalu.Dia mengajak sy untuk pulang ke rumah semula dan terjadi persetubuhan.Bila kami ingin melaporkan rujuk ini di pejabat kadi edah sy telah habis sy bersuci kali ke 4.Kadi pertama mengatakan rujuk itu sah walaupun tanpa melafakan perkataan rujuk tapi suami sy ada was-was tentang rujuk ini pulak kerana sy tidak mengatakan perkataan setuju atau terima dia semula.Perkara ini betul2 menglirukan sy.Akhirnya perkara rujuk ini dilenggah2kan.Kadi pertama telah pun bertukar,kadi kedua bila sy berjumpa mengatakan rujuk itu pulak tidak sah kerana tidak melafazkan perkatan rujuk walaupun sy telah menjelaskan semua perkara padanya.Suami sy pulak tidak mengambil berat perkara ini,sekarang sy keliru bagaimana status sy masih isteri atau tidak.Sy pergi pula kemahkamah mereka tidak melayan pertanyaan sy denga sempurna malah marah2 pada sy.Jawapan pada perkara sy masih tidak terjawab…tergantung begitu sahaja.Sy dikatakan pulak GILA TALAK oleh kakitangan mahkamah.Ada seorang bekas Hakim Syarie yg sy kenal,sy telah menerangkan semua yg terjadi.Beliau telah mengatakan rujuk sy sah dan memnta sy ke mahkamah untuk berjumpa hakim.Tapi tidak siapa yg hendak membantu sy malah sy disindir pula.Bagaimana sy hendak mengatasi perkara ini..kalaulah sy berkahwin lain tidakkah sy menduakan suami sendiri.Bantulah sy.Terima kasih.

    yang mengharap
    Ramuna..Orang Asli

  2. Assalammualaikum,
    Sy ingin bertanya dan inginkan kepastian tentang masalah rakan sy, mereka pd kali pertama telah
    bercerai talak 1, kemudian mereka ruju’, selang beberapa bulan, sisuami menceraikan isterinya 3 talak sekaligus, mahkamah telah menjatuhkan hukum, gugur talak 3 kali ke 2, berjumlah 3 talak rajie.(Bkn talak Bain?) Setelah habis eddah, mereka igin kembali menjadi suami isteri kerana sygkan anak.Mereka telah cuba membuat rayuan dimahkamah untuk talak 3 sekaligus menjadi talak 2 (cerai kali ke 2) mengikut dizaman Rasullullah iaitu lafaz talak 3 sekaligus dikira 1, tetapi tdk dapat perhatian kerana kes mereka telah lama, begitu juga dgn BBG. Jadi mereka nekad membuat akad nikah yg baru, tanpa pengetahuan Jabatan Agama.Sy mahu mereka rujuk kembali kerana anak masih kecil, tetapisy keliru dgn pendapat ttg talak 3 sekaligus dan kesan mereka kembali bersama.Megapa bila timbulnya kekeliruan tentang ijma’ ulama, kita tdk mengikut di zaman Rasullullah yg mengatakan talak 3 yg dilafazkan pd satu masa dikira sbagai satu.Kita juga mengikut Al-Quran dr zaman Rasullullah sehingga ke akhir zaman, sehingga ada pasangan yg sanggup melakukan cina buta bgi menyelesaikan masalah sp yag sya nyatakan di atas.Patutkah sy membuat aduan di Jabatan Agama Islam dan apakah tindakan yg akan dikenakan ke atas mereka. Adakah sah pernikahan baru mereka dari sudut hukum syarak. Harap dapat di beri penjelasan mengenai masalah ini. Terima Kasih.

  3. assalamualaikum wbt…maaf ustaz andai mbuat pertanyaan,,kerana saya tlh pun mbca setiap soalan2 yg d hulurkan,tetapi masih ssh utk memahami…sya dan isteri tlh bpisah selama hampir 1thn,saya terpaksa melepaskn tanpa rela ht…pd bln mulia thn lepas, dlm msa eddah saya tlh pun “BERSAMA”dengan istri,,,,adakah saya dan istri masih suami istri,tanpa pengesahan p,islam.kerana istri mgatakan yg ianya tidak sah kerana MAIN CELUP2 AJE,kerana ianya berlaku d dalam kereta.saya bimbang andainya benar kami msh suami istri,mjd 1 dosa kira nya istri brkahwin lain,dan selama keturunan nya anak luar nikah.saya ada mgajak istri mbuat rujukan d p,islam tp istri mbri pelbagai alasan,dan saya jga telah menelefon p,islam myatakan ttg masalah ini tapi jawapannya AWAK KNA NIKAH SEMULA,USTAZ TAK ADA,
    DAN MACAM2 LG…apapun saya bharap sudilah kiranya ustaz membalas soalan saya secara terperinci,,,saya sangat mgharapkan..terima kasih.

  4. salam.
    di sini saya ada kemuskilan utk diajukan.harap dapat memberi pendapat..

    .saya dan suami telah bergaduh..pergaduhan adalah pasal isu dimana saya menuduh suami melebihkan keluarganya daripada saya..dan suami adalah selaku anak sulong yang kematian bapa menpertahankan apa yg dibuatnya terhadap keluarga dan meminta saya dalam tempoh seminggu mencari alim ulama,mencari buku,atau menkaji dlm internet apakah tanggunggajwab beliau yg sepatutnya sbgai anak sulong..dan meminta saya memahami akan tanggungjawabnya kepada keluarganya….

    keesokannya kami bergaduh lagi pasal isu yang sama..suami telah memarahi saya mengatakan saya xcuba mencari apa yg dimintanya…sedangkan xsampai seminggu lagi waktu yg diberi..dan berkata.

    suami: cubalah awk faham..tanggungjawab saya sepatutnya seperti seorg bapa..ni saya hanya buat yg paling minima sahaja pada keluarga saya.saya minta awk cari ilmu pasal tanggungjawab dan cuba belajar dan faham dan lepas tu,kalau awak xnak dengar lagi kata saya,xnak ikut apa saya cakap,saya ceraikan talak 3

    adakah jatuh talak..atau itu dikira taklik????saya sangat mengharapkan jawapan…

    wassalam

  5. for Tee

    maaf kalau sy menyebelahi si suami. dalam hadis ada menyatakan si isteri perlu menghormati ibu bapa si suami dan baru lah ibu dan bapa kita sendiri. tetapi dalam keadaan atau perkara2 yg baik shaja. dan lagi satu tanggungjawab seorang lelaki itu sangatlah berat, terhapai ibu, kakak atau adik perempuannya. jadi apa yg di lakukan oleh si suami adalah benar/betul. di cuma melebihkan ibunya bukan mengabaikan langsung ibu bapa tee. cuma berkaitan talak sy tidak arif berkenaan perkara tersebut….tq

Leave Comment