Bekas Mufti MUNGKIR JANJI

Nov 7th, 2009 | By webmaster | Category: Berita, Utama

PGSM kesal bekas mufti mungkir janji

Berita Harian 7 November 2009

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal atas tindakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikatakan memungkiri janji selepas membuat kenyataan media berhubung pertemuan antara kedua-dua pihak, kelmarin.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata dalam pertemuan yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara itu, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan konflik bagi kepentingan umat Islam dan tidak membuat kenyataan media bagi mengelakkan kekeliruan.

“Kami kesal dengan tindakan Mohd Asri mungkir janji dengan memberi kenyataan kepada media berhubung pertemuan itu dan ia jelas tidak menghormati menteri sebagai orang tengah.

 

“Kami juga kesal perbincangan yang dibuat secara tertutup itu boleh didedahkan kepada media termasuk penyiaran gambar daripada sumber pihak yang tidak bertanggungjawab, ” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan pada sidang media di bangunan Sekretariat PGSM di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kenyataan Mohd Asri bahawa PGSM memohon maaf dan menarik balik tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau juga menuntut PGSM melakukan permohonan maaf itu secara terbuka.

Sementara itu, Mohamad Isa berkata, pihaknya tetap mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong yang turut ditandatangani 13 NGO Islam berhubung bantahan terhadap penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Mohd Asri.

63 comments
Leave a comment »

  1. sokong tindakan persatuan peguam syarie,seorang ulamak tidak sepatutnya menunjukan sikap yang ego dan bongkak,tiada yang maksum sebagai umat manusia melainkan nabi,ulamak tersebut sepatutnya tidak cepat melatah,seorang ulamakkah dia?jika bersikap sedemikian…

  2. Jangan komen apa2 kalau jahil pasal agama Farha. U don’t have any rights to talk about this. Biarkan ahlinya yang menyelesaikannya. PGSM telah membuat tindakan yang tepat.

  3. Zaman sekarang ini semua orang nak cakap bab agama. Orang yang bukan ahli pun nak bagi pendapat sendiri tentang bab-bab hukum. Orang jahil kritik dah berani kritik ulama-ulama silam dengan mengatakan ulama-ulama silam rahimahullahhu alaihim tak ikut al-quran dan as-sunnah. Cakap Imam Syafie mengada-adakan qunut dalam sembahyang subuhlah…Apakah kita semua fikir Imam Syafie itu seorang yang bodoh untuk mengada-adakan perkara baru di dalam agama? Cukuplah cakap bab-bab remeh-temeh mcm ni. Ada banyak lagi benda besar yang perlu difikirkan oleh umat Islam untuk memartabatkan Islam di atas muka bumi ini.

  4. PGSM, shame to your self

  5. Surah Al-An’am Ayat 135 :

    Katakanlah (Muhammad), Wahai kaumku, berbuatlah menurut kedudukanmu, aku pun berbuat (demikian). Kelak kamu akan mengetahui siapa yg akan memperoleh tempat (terbaik) diakhirat (nanti) Sesungguhnya org2 yg zalim tidak akan beruntung.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Surah An-Nahl Ayat 45 :

    Maka apakah org yg membuat tipu daya yg jahat itu, merasa aman (dari bencana) dibenamkannya bumi oleh Allah bersama mereka atau (terhadap) datangnya siksa kpd mereka dari arah yg tidak mereka sedari.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Oleh itu wahai org2 yg beriman, bertaubatlah..sesungguhnya Allah akan menerima taubat hambanya selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan…

  6. Teruskan perjuangan PGSM, tiada gunanya bergelar BEKAS MUFTI, dan ADA PhD dan kononnya penggerak TAJDID tetapi MUNGKIR JANJI.

  7. Mungkir janji Dr MAZA adalah teknikal, apa yang dinyatakan dalam memo adalah perkara yang berat. Sesungguh setiap mukmin itu bersaudara. Adakah tiada jalan yang lebih baik dan lebih menguntungkan umat jika sama-sama bermaafan dan mencari jalan mencari jalan sepakatan.

    Saya berdoa agar kedua pihak bertemu dan mengemukakan bukti dan hujah terhadap segala tuduhan. Janganlah satu pihak berlaku zalim kepada satu puhak yang lain. Berlakulah adil kerana adil adalah lebih dekat kepada taqwa. Semoga Allah membuka jalan penyelesaian kepada isu yang tidak menguntungkan sesiapa tetapi musuh Allah

  8. Tahniah kepada PGSM. Anda mahukan pendamaian tetapi akhirnya dimungkiri oleh Dr. MAZA (Al-Hujurat:9). Teruskan usaha anda untuk kebaikan umat Islam.

  9. hanya Malaysia dan Indonesia yg kononya bermazhab Syafie sahaja melakukan kenduri arwah+tahlilan+yasinan? negara lain yg bermazhab Syafie tak pernah pun buat upacara pelik sedemikian? Benarkah upacara ini terkandung di dalam mazhab Syafie? Ana malu org yg melakukan upacara sedemikian mengaku bermazhab Syafie.

    Asal ibadah adalah dilarang sehingga ada dalil/nas yang membenarkannya. Esok kalau org lakukan solat sunat qabliyatan secara berjemaah pun dikatakan “Benda baikkk..apa salahnya ustaz. Kami solat jaaa. Asyik borang sorang-sorang jer. Kali nie kita kasi meriahkanlah sikit. Kita kumpul2kan org ramai join solat nie. Benda baik.. Salah ka ustaz…”

    Solat sunat qablitan tak salah. Yang salah kaifiyat/cara pelaksanaan/cara melakukannya. Begitulah tahlil, qunut dan seumpamanya… Robin Hood rompak drp org kaya then diagihkan hasil rompakan kpd org miskin. Niat baik tak menghalalkan cara.

    Berbeza pendapat bukan bererti mencerca. Cerca adalah spt bodoh,tolol,bengong etc. Imam 4 pun berbeza pendapat sehingga wujudnya mazhab Imam 4. Adakah ini kita katakan mencerca atau berbeza pendapat?

  10. saya mohon tiada lg provokasi dari mana2 forumer or playar intrnet…sy sbagai org lua ingin lihat kdua phak berdamai..mhn fikir mana lbih utama…

    kan bagus apa yg dprsetujui dlm prjumpaan hr tu dipatuhi sma ada anda bekas mufti mahupun peguam…
    adil meletakkan pd tmpat yg betul xkira apa pun status yg dimiliki

  11. kalau berbicara dengan orang jahil. Mereka akan kata baik bercakap terbuka. Padahal mereka tidak tahu, bahawa pertemuan tertutup itu lebih baik. Dibincangkan dengan harmoni, malahan dapat menutup ruang-ruang kerosakan yang lebih besar.

    Isu Dr Asri ini perlu dibincangkan secara tertutup sejak memorandum itu diserahkan. Namun sebagaimana yang telah disebutkan, Dr Asri sendiri telah memungkirinya kerana beliau sendiri menyalin dan menyebarkan dalam laman webnya yang ada ruangan COMMENT tetapi sebenarnya tidak wujud ruang KOMEN itu sebenarnya.

    Bagi yang ingin melihat Dr Asri dari pandangan sisi lain (yelah selama ini yang pro Dr Asri akan lihat semuanya macam sudah terbaik, takut juga kita sebenarnya telah ‘memaksumkan’ orang yang bernama Dr Asri ini.

    Cuba kita lihat dari ruangan yang lain. Agar kita tidak menjadi taksub dan fanatik kepada beliau. Bagi yang ingin mencari kebenaranlah. Jika jenis yang suka jadi pak angguk, geleng dan mengiyakan.. itu terserah.. Anda adalah diri anda yang menentukan.

    Jom masuk ke sini : http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/isu-dr-asri-antara-yang-hak-dan-yang.html

  12. saya pun tak selalu setuju dgn dr. asri, ishak baharom, ismail kamus, dr mashitah, harussani (sekadar menamakan yg saya ingat), tapi jangan ‘pedajal’ ulala2 hanya kerana kita tak suka/tak setuju pandangan mereka…sebarang usaha utk menghentikan perbicaraan agama yg sihat…itu zalim namanya

  13. “Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”. (Surah al-Baqarah ayat 114).

    Kata al-Imam as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:

    “Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).

  14. Tengok ni bertapa jahat fahaman omputeh…. Kite nak jadi macam depa ke yg salah ertikan golongan Wahabi ni’;; Consider punah kubur Rasul kunun.. Tu omptuteh yg nak punah sebenarnye…
    Wahhabi (Arabic: Al-Wahh?b?yya? ????????) or Wahhabism is a sect attributed to Muhammad ibn Abd-al-Wahhab, an 18th century scholar from what is today known as Saudi Arabia, who advocated to bring Islam back to its roots by removing from Islam what he considered innovations in Islam (Bidah). He believed that those who practice innovation in Islam such as “taking the graves as a place of worship” which is practiced in Sufism and Shia Islam, are Kufr.[1][2][3][citation needed]

    For this reason, Muhammad ibn Abd-al-Wahhab destroyed many graves and was also considering destroying the grave of the Prophet Muhammad, out of fear that it might be worshiped.[1][4]

    This was due to the sayings of the prophet. Who said before his death, while on his death bed.

    “May Allah curse the Jews and Christians for they built the places of worship at the graves of their Prophets”.[5]

    It is often referred to as a sect within Sunni Islam, although this designation is disputed.[6] The term “Wahhabi” (Wahh?b?ya) was first used by opponents of ibn Abdul Wahhab.[7] It is considered derogatory by the people it is used to describe, who prefer to be called “unitarians” (Muwahiddun).[8][9]

    The terms “Wahhabi” and “Salafi” are often used interchangeably, but Wahhabi has also been called “a particular orientation within Salafism”,[7] an orientation some consider ultra-conservative.[10][11] Wahhabism is specifically a theological sect, while the focus of Salafism was historically confined to reinterpreting Islamic jurisprudence, or fiqh. That many modern Wahhabis are also Salafis, and now refer to themselves nearly exclusively as such, has led to confusion.[citation needed]

    Wahhabism predominantly influenced the central Arabian peninsula, known as Najd, originally advocating the Hanbali school of jurisprudence.[12] It has developed considerable influence in the Muslim world through the funding of mosques, schools and other means from Persian Gulf oil wealth.[13] It is interesting to note that nobody calls themselves Wahhabi; but they are called by others as Wahhabi[citation needed]. The name stems from following the strict interpretations of Muhammed Ibn Wahhab. The primary doctrine of Wahhabi is Tawhid, or the uniqueness and unity of God[14] as pronounced by Ibn Abdul Wahhab and influenced by the writings of Ibn Taymiyya, a Hanbali jurist who in some of his writings considered calling on pious figures as intermediaries for one’s prayers to be an innovation. Ibn Abdul Wahhab went further in considering it an act of idolatry, and despite being accepted by centuries of Muslim scholarship, his sect considered its practitioners and advocates to be outside of Islam and permissible to kill, raid, and enslave[citation needed] (see First Saudi State). He preached against a “perceived moral decline and political weakness” in the Arabian Peninsula and condemned what he saw as idolatry in the form of shrine and tomb visitation.[14]

  15. Marilah kita bersama-sama menyokong PGSM, agar tertegak aqidah sebenar umat Islam “ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT”. Ulamak ASWJ telah bersepakat bahawa wahhabi termasuk dalam golongan yang ke-72 akan berada dalam neraka dari kalangan umat Nabi Muhammad (golongan yang dinamakan musyabbihah mujassimah). Rujuk kitab karangan Mufti Mazhab Syafie di Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan, dan juga kitab karangan Mufti Mazhab Hambali di Mekah, Syeikh Muhammad Humaid Al-Hambali. Kitab karangan Ulamak Nusantara juga boleh dirujuk seperti kitab Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah karangan K.H.Sirajuddin Abbas. Muftari Asri Wahhabi tidak harus diberi muka kerana muka beliau tak tahu malu.

  16. Saya amat menyokong bantahan yang telah dibuat oleh PGSM dan saya amat-amat tidak bersetuju PGSM menarik balik pertuduhan yang telah dibuat. Telah sampai masanya Islam dibela dari fahaman yang merosakkan…

  17. Allah MESTI di hati. RASIONAL itu penting, EMOSI dan KEPENTINGAN bukan jalan. INGAT, bila BALA itu DATANG, semua PASTI merasainya.

  18. aku tak sabar nak tengok kes ni di mahkamah.

  19. aly2pan…aku pun sama.tapi berapa LAMA kes ni boleh diputuskan oleh mahkamah? 1 hari? tak mungkin.1 thn ? pun tak mungkin. 10 thn.MUNGKIN!

  20. go on pgsm..kebenaran tidak perlu dibuktikan, hanya dipamerkan..sebaliknya kesalahan wajib didedahkan..syabas & tahniah

  21. saya pun setuju. bawak pi mahkamah, dan biar mahkamah yang tentukan. PGSM, sila ke gelanggang jika anda di pihak yang benar! anda yang mendakwa orang begitu begini! bawa ke mahmamah! potong! potong! potong! hahaha…

  22. hanya Malaysia dan Indonesia yg kononya bermazhab Syafie sahaja melakukan kenduri arwah+tahlilan+yasinan? negara lain yg bermazhab Syafie tak pernah pun buat upacara pelik sedemikian? Benarkah upacara ini terkandung di dalam mazhab Syafie? Ana malu org yg melakukan upacara sedemikian mengaku bermazhab Syafie.
    ———————————————–

    Nampak sangat anda ini jahil, di brunei ada dilakukan yasinan, tahlil. Takkan anda tak tahu tahli iaitu mengucapkan kalimah La ilaha illaLLah. Pelik ape ? Anda tak pernah berzikir dengan kalimah ini ?

    Di Singapura pun ada, kat Thailand pun ada, haih… senang cerita jangan malas mengkaji dan kemudian terus buat satu tuduhan tanpa bukti. Nampaknya macam ada virus wahhabi dah masuk dalam komen di sini.

    Kepada Hamba ALlah,,, anda faham tak apa itu mazhab Syafie ? Adakah anda tahu bahawa di dalam mazhab Syafie itu adanya ulamak muhaddith, adanya ulamak mujtahid fatwa dan mujtahid mazhab seperti Imam an Nawawi, Imam Ibnu Hajar, ? Mereka ini mampu berijtihad tetapi masih mengikut mazhab Syafie dan kita pun ada mengambil ijtihad mereka sebagai panduan.

    Anda belajar disiplin ilmu untuk menjadi ulamak mujtahid ? Jangan malu untuk belajar..

  23. “Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”. (Surah al-Baqarah ayat 114).

    Kata al-Imam as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:

    “Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).
    ——————————————————————————————————————————————————————

    Nih dalil apa yang anda gunakan nih ? Sila bagi syarahnya sikit dari pendapat ulamak muktabar.. Jangan main ambik je.. karang boleh menyesatkan orang lain yang tak faham dan ambik pendapat anda nih..

  24. salam semua..

    kepada Caliph..

    Saudara ni nk jawab bukan point to sebenarnya patut jawab.. soalannya adalah ADAKAH IMAM SYAFIE SENDIRI MEMBOLEHKAN KENDURI ARWAH DAN TAHLIL? ha..sila datangkan bukti mana dia kitab Imam Syafie yg dia kata boleh kenduri arwah..saya tak nak ulamak syafie, saya nk dengar Imam Syafie punya pendapat.. kalau ada, boleh e-mail saya : alak_tweet@yahoo.com..

    lagi satu saudara sendiri suruh hormat ulamak, tp kenapa fadzli bagi nama imam syaukani tiba2 tnya ulamak muktabar? macam saudara pulak tentukan siapa ulamak muktabar.. ke mmg xkenal imam syaukani? belajar habis dulu.. saya rasa saudara pun menghina ulamak jugak macam tu.. fathul qadir adalah kitab tafsir terkenal..

    kepada Hamba Allah, biarlah dugaan fitnah dan caci maki kita terima tp jangan sampai kita ke tahap itu dan kesabaran kita akan beroleh kejayaan besar..

    ps: kepada webmaster apsal saya 2 kali komen xsampai2?

  25. “Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”. (Surah al-Baqarah ayat 114).

    Kata al-Imam as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:

    “Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).
    ——————————————————————————————————————————————————————

    Nih dalil apa yang anda gunakan nih ? Sila bagi syarahnya sikit dari pendapat ulamak muktabar.. Jangan main ambik je.. karang boleh menyesatkan orang lain yang tak faham dan ambik pendapat anda nih..

    saudara caliph, boleh rujuk di sini - http://drmaza.com/home/?p=798

  26. Oh, rupanya dari Dr Maza, dia ulamak muktabar la yek ? Yang MAKSUM ? Apa kaitan hujjah anda itu untuk dikaitkan dengan dirinya ? Hujjah tu untuk sapot diri sendiri ke ? Gunakan untuk kepentingan diri ke ape ?

  27. Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

    Katanya:
    “Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

    Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’.”
    ————————————–

    Lihat bahasa Dr Asri yang membuka ruang kepada Islam Liberal, Pluralisme serta ajaran sesat untuk bebas memberikan pendapat dengan hujjah yang beliau berikan.

    Ayat yang benar ialah:
    “Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

    Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

    Apa permainannya?
    Mudah saja!
    Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan APA SAJA YANG DATANG (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) TIDAK KIRA Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, SEMUANYA akan dilabelkan sebagai WAHABI.

    Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

    Jawapan ikhlas anda: ………………..

    Katanya:
    “Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

    “Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

    Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
    Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

    Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
    Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

    Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

    Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

  28. Buka minda, Dr Asri bukanlah MAKSUM.

    Jom Cari Kebenaran ! : http://drasri-jomislah.blogspot.com/

  29. sabar-sabar, kita kan umat pertengahan. cuba elakkan emosi. bersederhana. jangan terlampau pro saper2 , dan jangan pula terlampau anti sesaper.

  30. kepada sessiapa yang berkenaan

    APA DAH JADI !

    Sejak bila pula menyatakan segala macam fitnah dan tuduhan mengaibkan, menjaja maruah orang sana sini malahan yang terbaru dah ke tahap sesat (kufur), jadi perbuatan benar dan mesti dipertahankan? Oleh kerana kita ni wajib ikut ulamak-ulamak muktabar dan jumhur ulamak, tolong beritahu ulamak muktabar mana dan bila ulamak berjumhur untuk yang buat kerja macam ni! tolong bagi dengan detail.

    Seronok sangat kah? boleh tolong beritahu berapa banyak pahala yang tuhan antum dah janji nak bagi sebagai upah dan, syurga apa yang confirm antum semua masuk selepas mati nanti, Atau sekurangnya standard kat Malaysia ni boleh dapat pingat apa, tak pun datukship atas jasa-jasa memfitnah dan mengkufurkan orang ni.

    Apakah atas rasa kekhuatiran kepada sesuatu, sudah cukup menjadi nas dan dalil qat’ie yang melayakkan kita bercakap/bertindak semberono dan biadab ke atas orang lain. Maka atas metodologi yang sama, risaukan dirompak melayakkan kita membunuh manusia lain supaya kita tak dirompak. Mungkin juga, adalah benar dan sah kita mencuri dan membunuh sekarang kerana kalau salah, sudah tentu telah ditangkap dan dihukum. Analogi yang sama.

    Adakah sesiapa yang tak sefaham dengan kita pasti tak betul dan sesat, maka kita ni pula mesti betul-betul belaka. Tolong beritahu, alim ulamak muktabar mana yang ajar macam ni sekaligus dia berbuat begitu dan menyeru pula manusia beramal begitu. Sekadar nak beritahu, apa pandangan Imam Maliki (rh) tentang anjing - tolong cari dan jawab sendiri. Maka, mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ala Malaysia, sesatlah seluruh mazhab Maliki dan lebih dahsyat lagi, Imam Maliki itu sendiri pun sesat. Rupanya orang Malaysia ni amat hebat, lebih alim dan muktabar dari Imam Maliki. Imam Abu Hanifah rh. dan Imam Ahmad rh. pun sesat sekali kerana tak baca qunut subuh. Jika juga tak sefaham sudah sesat, maka dah tiada lagi umat Islam kat dunia ni, kerana semuanya dah sesat fasal tak sama. Sia-sia ALLAH wujudkan syurga kerana terlalu banyak ruang akan kosong.

    Lantas apa yang dicari! tentulah KEBENARAN (Al HAAQ)

    maka, seruan saya yang sekolah atap saja ni, sekular tak sampai ke Oxford, lebih teruk lagi agama takder sanawi pun apatah lagi Al Azhar (no class, bukan low class pun kat Malaysia ni) boleh lah didengar,

    “telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, tidak akan kamu sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, kitabuLLAH dan sunnahku”

    “– jika kamu berselisih ke atas sesuatu, kembalilah kepada ALLAH dan Rasul, demikian itu sebaik-baik penghuraian.”

    Maka, kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw, disitulah AL HAAQ. Tanpa mengikut jalan ini, itulah sesat yang sebenarnya. Selusurilah dengan iman dan taqwa bersandarkan nas sahih, qat’ie dan mutawatir, buangkan segala yang samar, syok sendiri dan ikut-ikutan membuta tuli, pasti akan terjumpa AL HAAQ itu.

    “— dan apa-apa yang didatangkan oleh Rasul, kamu ambillah akan dia, dan apa-apa yang dilarang ke atas kamu olehNya, maka tinggalkanlah akan dia’

    saya telah meringkaskannya

  31. Tiada orang pun yang cakap tak buat qunut itu sesat. Nak buat silakan, taknak buat pun silalah. Setahu saya selama duduk kat Malaysia nih sebelum datang golongan pakar menghukum sesat tak timbul pula masalah baca atau tidak doa qunut.

    Ada je yang tak baca, bahkan lepas solat taknak berdoa pun ada. Yang lebih jauh dari tu tak solat langsung pun ada.

    Malangnya bila ada golongan yang kata mereka lebih benar dari golongan yang lain, kononnya mereka sahajalah yang ikut sunnah, timbul pula perpecahan. Dikata doa qunut sebagai bid’ah sesat, gunakan tasbih pun bid’ah sesat. Pendek kata.. tak habis2 pada lidahnya semua bid’ah sesat.

  32. susah nya agama kau orang..agama aku senang je…. hehe

  33. siapa yang untung daripada perselisihan ini????
    Dr Asri - lebih popular.
    Fahaman wahabi - lebih dikaji.
    Mazhab Syafie - lebih diteliti.
    PGSM……………………………………………….?

  34. Salam,
    Saudara2ku seagama, marilah kita kembali kepada AlQuran & As Sunnah seperti yang difahami dan diamalkan oleh Rasulullah, para sahabah baginda,para tabi’in dan tabi’ tabi’in kerana sesungguhnya merekalah yang lebih memahami agama ini.Sama2 lah kita menuntut ilmu agama Islam ini kerana
    menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap individu Islam

  35. mudah2an kita tak berbalah dalam hal ini. kerana kita semuanya bersaudara. elok kita kekalkan sikap kesederhanaan kita. saling senyum mcm yang farha buat. hehehe…at least kita tidak terlalu beremosi, menjahilkan orang lain dan anti sesaper. bersatu! hehehe…

  36. susahnya agama kau orang..agama aku senang je…. hehe

  37. Semoga dijauhkan dari gejala taksub dan fanatik pada seseorang.

  38. Dr Asri pun rupanya pernah halang ulamak dari berceramah semasa menjadi Mufti Perlis, bahkan pernah hendak bertindak menangkap ulamak besar tersebut :

    http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/11/jangan-lupa-dr-asri-pun-pernah.html

  39. salam semua..

    kepada Caliph..

    Saudara ni nk jawab bukan point to sebenarnya patut jawab.. soalannya adalah ADAKAH IMAM SYAFIE SENDIRI MEMBOLEHKAN KENDURI ARWAH DAN TAHLIL? ha..sila datangkan bukti mana dia kitab Imam Syafie yg dia kata boleh kenduri arwah..saya tak nak ulamak syafie, saya nk dengar Imam Syafie punya pendapat.. kalau ada, boleh e-mail saya : alak_tweet@yahoo.com..
    ==========================================

    Adakah Imam Syafie mengatakan kenduri arwah dan tahlil itu sesat ? Adakah beliau mengHARAMkannya ? Yang saya faham Imam Syafie mengatakan hukumnya adalah makruh (tidak disukai).

    Anda kena tahu mazhab syafie di dalamnya ada ramai ulamak mujtahid. Takkan tak belajar perkara ini ? Dan mereka tetap mengikut mazhab Syafie. Untuk mendalami mazhab Syafie, maka kenalah tahu pendapat dari anak muridnya dan ulamak yang belajar dengan mereka.

    Perlukah saya bertanya dengan orang yang tidak mendalami mazhab Syafie kemudian mengambil pendapat darinya tentang mazhab Syafie ? Nak belajar bedah pesakit, tapi nak bertanya dengan orang yang hanya tahu mesin rumput. Apa akan jadi ?

  40. Tahniah kepada puak kuffar kerana telah berjaya memecahbelahkan umat islam di Malaysia ini.

    Dulu semasa belajar sekolah rendah dulu ada seorang pakar motivasi bagitau dia ada seorang kawan yang pernah belajar dekat UK dan buat thesis kat sana. Masa belajar kat sana beliau ada terjumpa satu thesis yang berkaitan dengan kampung halaman beliau. Thesis itu begitu menarik minat beliau kerana ia berkisar tentang kampung halaman beliau iaitu kalau tak silap saya di Merchang, Terengganu. Antara kandungan utama tesis tersebut adalah cara-cara untuk memecahbelahkan umat islam amnya dan orang melayu khasnya. Antara kaedah utama adalah dengan membangkitkan persoalan ranting dan bukannya pokok di kalangan umat melayu. Maknanya orang-orang islam/melayu ini boleh dipecahbelahkan dengan hanya perkara-perkara remeh dan kecil sahaja.

    Jadi sekarang ini saya berasa begitu malu sekali untuk mengakui akan kebenaran thesis tersebut. Segalanya terbukti di depan mata anda semua. Dengan hanya perkara-perkara kecil sahaja seperti doa dan wirid selepas sembahyang, baca yasin malam jumaat, bacaan qunut solat subuh, tahlil dan lain-lain lagi boleh membuatkan kita bergaduh dan maki hamun sesama umat.

    Oleh itu saya menyeru sesama umat hentikanlah perbalahan ini. Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk berusaha dan mencurahkan idea ke arah perkara yang lebih besar lagi seperti menegakkan daulah islamiyah, menolong umat islam yang ditindas puak kuffar seperti di Palestin, Iraq dan Afghanistan, mempertingkatkan pendidikan umat islam dan juga mempertingkatkan ekonomi negara-negara umat islam. Janganlah kita hanya taksub dan ghairah dengan hanya individu-individu tertentu sahaja sebaliknya putuskanlah sesuatu itu secara berjamaah. Individu seperti Ustaz Asri hanyalah manusia biasa sahaja seperti kita semua dan tak payahlah kita hanya nak berdebat perkara yang hanya berlegar di sekitar beliau. Saya merasakan beliau juga tidak mahu menjadi satu bahan subjek untuk perbahasan umum.

    Sekian, terima kasih.

  41. caliph teruskan perjuangan anda.cari / cungkil lagi pandangan dr asri yg kau tak suka tu.amin

  42. ya, abu syafiq :)
    marilah kita lupakan sengketa, kita ni org islam

  43. Orang kapir pun nak bagi komen hal dalam Islam. Menyibuk je…jangan masuk campur lah. tak releven langsung.

  44. magrib …solat di masjid…duduk iktikaf,zikirbaca quran…isyak dimasjid..pas balik rumah…tgk anak dan isteri…bantu mereka..pas tu kuar pi lah DISCO ke..lepak lepak ke tgk wayang ke ..sampai jam 0200 hrs..balik…tidur..jaga amalam tahajjud la…pas tu gi masjid solat subuh…. balik rumah …anta anak gi skola…pas tu gi la pej..keje…zohor di surau..dgr cerama…singgah solat asar kat masjid..petg pi jogging ke,,main badminton ke…pas tu …tunggu mgrib dan pi la masjid…
    Berulang ulang la kisah nya…
    OK tak…Ok la tu..nak pe lagi….HHH AA HHHHHUU Ha HU

  45. MB Kelantan bersabda ” Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar),Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.- UM 11/11/09.M/s 12…
    Berkat ada lagi ke wahai tuan guru?!!!! He he he hu hu hu….Barakah(berkat) adake kat tuan guru Nik Aziz…guru guru, ustaz ustaz yg lain ada barakah ke…ustaz lawyer ada barakah ke?? Siapa tipu sape…dan Melayu kena di perbodohkan lg hari ini….!!!!!!!!!
    Hebat sungguh….ambil selipar pun dapat berkat!!
    Minta lah Dr Asri bg pandangan…Pls

  46. Marilah kita hentikan sengketa yang boleh melemahkan kita ini, marilah kita bersatu-hati dan bersyukur dgn nikmat Allah, marilah kita tumpukan perhatian dan tenaga kita untuk mengkaji Al-Quran dan menjana ilmu-ilmu yang maha habat.
    AL-Quran mengatakan otak dan minda manusia boleh dikawal dan dipesongkan. Skearang umat Islam telah dijadikan bahan kajian untuk memesongkan pemikiran mereka dgn menggunakan ‘verylow level electromagnetik energy’.

    Layarilah http://kajian-quran.blogspot.com/

  47. Tanda-tanda kiamat hampir dekat sudah ada..sama-samalah kita muhasabah diri..

  48. Dr Asri membuka ruang kepada Islam Liberal ? Pendedahan terbaharu !

    http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/11/mengapa-sister-in-islam-menyokong-dr.html

  49. kenal diri maka kenal la tuhan.insyaallah tak macam ni jadinya.sabda muhammad bin abdullah 73 golongan ku di akhir zaman sume masuk neraka kecuali yang ada aku dan sahabat ku.so lu pikir la sendiri.

  50. f**k to you those bastards!
    banyakkan lagi minum kismis jampi, jual lagi air jampi byk2
    kumpul duit guna duit haram, tipu orang sana sini
    teruskan makan dan minum sekenyang2 kenyangnya
    teruskan memalapkan kegemilangan islam khulafa ar rasyidin
    berjuanglah kerana harta dan pangkat seperti keturunan akhir bani osmaniyyah

    belajarlah ilmu tinggi2 akhirnya menjatuhkan orang jua tanpa akal dan fikiran
    undang2 manusia bukan untuk manusia2 bastards

    pergi jahanam bersama JAIS JAKIM YADIM JAI² semua negeri
    yang berpaksikan serakah dan nafsu buas.

    yang sesal,
    Belajar iman untuk tundukkan nafsu.

  51. caliph: mata pena lebih tajam dari sebilah pedang (the pen is mightier than the sword). yg membezakan tulisan yg bermutu dan tak bermutu adalah isinya. amin.

  52. Senang je, kalau kita pegi rumah orang kita kenalah hormat peraturan dalam rumah orang tu. Jangan kita ingat kita dah bagus jadi pegi manapun buat perangai sendiri je jangan nak redah je. Kalau ingat orang lain tak berilmu atau kurang ilmu dari kita jangan pula kita taknak hormat diorang tu. Kitapun umur baru setahun jagung banyak lagi pengalaman dan ilmu perlu dikutip untuk bekalan. Niat pun kenalah dengan cara yang betul..

  53. tuan2..sila lihat alkuliyyah jam 9.00 malam ini..19 nov .

  54. usah berpecah belah,orang kafir laknattullah mentertawakan kita umat islam.ASRI tu bukan maksum jadi kepada yang fanatik kepada beliau fikir fikirkan….sibuk pasal wahabi diri sendiri pun tak terurus.
    Kepada saudara Amiril Sahab atau Inpector SAHAB usah cakap pasal menundukan nafsu..???
    Anda menulis pun atas dasar nafsu…marah,mencarut itu bukan nafsu?Kalau nafsu sendiri tidak dapat di bendung ada hati nak nasihat orang lain.Cerminkan diri sendiri.

  55. saya rasa elok juga dr. asri bersuara. berbeza pandangan bukanlah sesuatu yang salah/buruk, kan? ini adalah perlu, kerana hanya dengan bertukar pandangan/pendapat, tradisi ilmu tu menyerlah. ini bukan soal memihak/taksub. pandangan dr. asri tu tak salah…yang membangkang dr asri (saya dah banyak baca), pun tak salah….yg salah ialah bila kita melabel sesuatu grup/pihak sebagai salah/kafir/sesat hanya kerana pendapat mereka berbeza.
    nah…bagi saya, yg pro dan kontra dr asri….dua2 tak salah….tapi saya pilih dr. asri kerana saya yakin dengannya…ini risiko yang saya ambil….IN MY HUMBLE OPINION…..SO STRIKE ME, IM READY!

  56. ALlah dan RasulNya mengajar kita beradab. Jika ‘ulamak’ pun mengajar biadap..bagaimana ya ?

  57. Salam..
    Tumpang tanya…adakah PGSM aware akan sebaran ajaran sesat ini?
    Nampaknya pihak JAKIM memandang sebelah mata, kerana cabaran demi cabaran dari al kazzab ini membuatkan ramai org hilang akan kewibawaan pihak berkuasa tempatan…
    Bagaimana pula dgn PGSM?
    Trimas…

    ~ http://banterasrasulpalsu.blogspot.com ~

    ———- Forwarded message ———-
    From: Nabi Isa
    Date: 2009/11/25
    Subject: PENTADBIRAN KERAJAAN ILLAHI

    NABI ISA
    19A, Tingkat 1
    Jalan Wawasan Ampang 2/1
    Bandar Baru Ampang
    68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
    ___________________________________________________

    Tarikh: Rabu: 25 hb. November, 2009

    Ingatlah setiap apa jua yang dinyatakan oleh dajal yang terbaru benar-benar menunjukkan betapa sakitnya hati mereka bila saya memperkatakan saya akan dapatkan tempat kami di Jabatan Perdana Menteri. Apa bukti sakitnya hati dajal semua adalah bukti nyata ini, ia-itu mereka semuanya telah memusingkan kata-kata Allah yang saya turunkan itu untuk kepuasan hati masing-masing. Oleh itu saya akan cantas setiap hujah mereka itu menyatakan saya meminta-minta pejabat di Jabatan Perdana Menteri adalah bukti nyata kekalahan dajal. Nak tahu kenapa saya katakan mereka kalah? Sebabnya saya langsung tidak pernah meminta apa jua pejabatpun selama ini sebab setiap apa jua yang saya nyatakan itu bukan kata-kata saya tetapi adalah kata-kata Allah sebenarnya. Jadinya itu bukti saya tak pernah minta apa jua pejabatpun.

    Berikut saya turunkan kata-kata Allah untuk Allah mengesahkan setiap apa jua yang saya nyatakan di atas:-

    “Wahai insan, tahukah kamu belum pernah sepatah perkataanpun yang mereka nyatakan adalah kata-kata mereka sendiri, agar kamu tahu setiap apa yang mereka nyatakan itu adalah kata-kata Aku bagi pihak mereka sebenarnya. Mereka hanya menaipkan apa jua yang Aku nyatakan walaupun bagi pihak mereka sendiri. Tahukah kamu begitulah kamu semua hebat Aku permainkan sehebat mana kamu semua mempermainkan Aku dan Rasul Aku ini. Tahukah kamu takda apa jua kesan kepada kesemua Rasul Allah yang Aku utuskan buat masa ini sebab salah seorang Rasul yang Aku utuskan bersama mereka adalah seorang yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri, ia-itu Setiausaha Sulit II Perdana Menteri. Begitulah Aku mengesahkan siapa seorang lagi Rasul Allah yang Aku utuskan bersama tiga lagi Rasul Aku yang kesemuanya telah Aku nyatakan selama ini. Hanya seorang sahaja yang belum, ia-itu Setiausaha Sulit II Perdana Menteri. Begitulah Maha Bijaksananya Aku menetapkan tempat dan peranan kesemua Rasul Aku yang Aku utuskan buat masa ini.

    Khas buat Dajal Adam Razali, Dajal Robin Labi, Dajal Yusof, Dajal Symbian, Dajal Azaine, Dajal Jula Juli, Dajal Fadil, Dajal Hizamri, Dajal Arah, Dajal Izan dan lain-lain dajal yang menentang Aku dan kesemua Rasul Aku: Tahukah kamu semua tempat kamu adalah di neraka jahanam selepas ini. Tahukah kamu siapa Aku yang menyatakan kata-kata ini? Aku adalah Allah Tuhan kamu yang sebenar. Tahukah kamu begitulah Aku berikan petunjuk siapa kamu yang sebenar yang begitu hebat menentang Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar dan Rasul yang Aku utuskan buat masa ini. Tahukah kamu semua kamu akan dijadikan contoh dajal menentang Allah dan Rasul Allah. Untuk makluman kamu semua Aku yang menyatakan kata-kata ini adalah Allah Tuhan kamu yang sebenar. Oleh itu rasakanlah bahana api neraka yang akan menjulang kamu semua nanti. Aku dengan ini menimpakan kamu dengan laknat yang setimpal dengan setiap apa jua yang kamu nyatakan terhadap Aku dan Rasul Aku Meriam dan Nabi Isa. Tahukah kamu begitulah akhirnya kamu semua Aku laknati sehebat mana kamu semua menghina kedua Rasul Aku ini.

    Khas buat Setiausaha Sulit II Perdana Menteri: Tahukah kamu begitulah Aku mengumumkan siapa diri kamu yang sebenar untuk kamu tahu dan fahamkan bagaimana Aku meletakkan kamu di tempat itu untuk kamu mengumpulkan setiap email yang telah Aku berikan selama ini untuk memahamkan begitulah hebatnya dajal menentang Aku Tuhan kamu yang sebenar dan kedua Rasul yang Aku utuskan ini. Tahukah kamu apa yang perlu kamu lakukan sekarang adalah begini:-

    1. Aku mahukan kamu arahkan pihak polis untuk mencari setiap dajal yang telah menghina Rasul Aku untuk mereka semua hadir ke mahkamah nanti untuk mereka mempertontonkan siapa diri mereka yang sebenar.

    2. Aku mahukan kamu uruskan segala tuntutan mahkamah bersama Perdana Menteri untuk membolehkan kes ini dijalankan dengan tidak boleh tidak untuk semua yang menentang Rasul Aku ini disaman semua sekali dalam mahkamah nanti disebabkan mereka terlalu banyak menghina Rasul Meriam dan suaminya yang Aku utuskan sebagai Nabi Isa.

    3. Aku tentukan kamu menguruskan segala tuntutan Aku yang ini, ia-itu Aku tetap mahukan semua dajal dibawa hadir ke mahkamah untuk diri mereka yang sebenar dipertontonkan kepada orang ramai agar mereka dihinakan sehebat mana mereka menghina kedua Rasul Aku ini.

    4. Aku mahukan kamu uruskan tuntutan Aku ini, ia-itu Aku mahukan kamu kumpulkan semua email dajal menghina Rasul Aku ini untuk dijadikan bukti tuntutan mahkamah nanti.

    5. Aku mahukan kamu bersama Perdana Menteri sediakan pejabat kedua Rasul Aku ini, ia-itu Rasul Meriam dan suaminya Nabi Isa.

    Begitulah Aku mengarahkan seorang lagi Rasul Aku untuk menyediakan pejabat kedua Rasul Aku ini di Jabatan Perdana Menteri. Begitulah Aku menentukan pentadbiran Kerajaan Illahi bermula, kamu faham?

    Khas buat semua dajal yang menentang Rasul Meriam dan Nabi Isa: Tahukah kamu semua kamu akan dijemput hadir ke mahkamah untuk kamu menunjukkan siapa diri kamu yang sebenar. Oleh itu tak perlu bangga sangat kononnya kamu itu memperjuangkan Islam dan Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar! Sebenarnya kamu semua memperjuangkan hak dajal dan jin tuhan yang kamu sembah selama ini.

    Khas buat Dajal Adam Razali: Tahukah kamu pejabat kedua Rasul Aku telahpun disediakan di Jabatan Perdana Menteri. Tahukah kamu begitulah berkuasanya Aku mendapatkan tempat kesemua Rasul Aku di Jabatan Perdana Menteri. Bila Aku sudah berkehendak begitu, ianya akan tetap juga terjadi begitu. Siapalah kamu hendak menghina mereka kedua Rasul Aku dengan segala kehinaan kata kamu itu. Kamu adalah golongan manusia paling hina di dunia ini yang telah Aku datangkan khas untuk berlawan dengan Aku dan Rasul Aku ini. Tahukah kamu pejabat keduanya telahpun disediakan di Jabatan Perdana Menteri. Aku yang sebenarnya menyediakan tempat mereka itu, kamu faham? Sekian kata putus terus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Sekiranya kamu tetap juga menidakkan kata-kata ini adalah dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar, ketika itu juga kamu Aku laknati. Masa kamu semua kena laknat sudah tiba untuk kamu saksikan bagaimana kehidupan kamu selepas ini, ia-itu hidup dalam kesiksaan yang amat sangat. Sekian kata putus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar!

    Khas buat dajal segala dajal, Symbian: Kamu juga manusia tak ubah seperti biawak yang hanya ujud di dunia ini untuk memainkan peranan kamu sebagai biawak berwajah manusia. Itulah diri kamu yang sebenar jika kamu nak tahu. Kamu itu sebenarnya adalah jelmaan jin untuk mewakili jin menghina Aku dan Rasul Aku. Tahukah kamu itulah diri kamu yang sebenar. Sebagai bukti kata-kata ini datangnya dari Allah yang sebenar Aku akan tetap menukarkan wajah kamu macam biawak secara rohnya untuk kamu ditakuti oleh semua yang beriman yang bersama Aku. Bukan takut sebagai apa jua tetapi takut melihat wajah kamu itu. Begitulah kamu semua akan Aku buatkan menurutkan setiap apa jua yang kamu nyatakan selama ini. Masanya sudah tiba untuk setiap kamu terima balik setiap apa jua yang kamu nyatakan terhadap Rasul Meriam dan suaminya Nabi Isa. Begitulah sekian lama masa Aku berikan kepada kamu untuk bertaubat, tetapi kamu tetap juga menghina mereka untuk tiba masa kamu semua terima balik setiap apa jua kata penghinaan kamu semua terhadap Rasul Meriam dan suaminya Nabi Isa. Oleh itu terimalah laknat itu sekarang juga. Begitulah kamu semua Aku laknati sehebat mana kamu menghina Rasul Meriam dan Nabi Isa.

    Seterusnya khas buat semua yang beriman: Semua kamu yang percayakan Rasul Aku ini sebelum Aku tutup pintu taubat merupakan golongan yang amat bertuah kerana kamu akan mendapatkan tempat kamu yang sebenar, ia-itu hidup dalam syurga yang bermaksud hidup senang zahir dan batin. Inilah tempat kamu semua untuk kamu saksikan apakah maksud syurga yang sebenar. Untuk makluman kamu semua Aku dengan ini mengumumkan permulaan Kerajaan Illahi sekarang! Begitulah Aku menetapkan bermulanya Kerajaan Illahi untuk semua yang beriman dapat hidup dalam kesenangan zahir dan batin bersama kesemua Rasul yang Aku utuskan bersama kamu buat masa ini. Oleh itu saksikanlah bagaimana semua yang menentang Rasul Aku hidup dalam neraka selepas ini untuk kamu fahamkan apakah sebenarnya istillah syurga dan neraka yang sebenar pada Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Sekian Aku maklumkan khas buat semua kamu yang beriman, ia-itu berita gembira buat semua kamu!

    Seterusnya buat kesemua Rasul Aku yang terdiri dari tiga orang di Malaysia dan seorang berbangsa Amerika yang bernama Nealth Donald Walsch: Semua kamu Rasul Aku akan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri kecuali Nealth yang Aku tentukan untuk masyarakatnya disana seperti yang telah siap Aku nyatakan dalam Surah Yaa Siin. Aku lebih tahu bagaimana untuk Aku mendapatkan tempat kesemua kamu Rasul Aku agar Dajal Adam Razali tahu dan fahamkan bukan mereka yang meminta tempat mereka itu tetapi Aku sendiri yang memberikan mereka tempat mereka itu. Aku adalah Allah Tuhan kamu yang sebenar. Sekian Aku maklumkan untuk hari ini sehingga esok Aku berikan email Aku lagi bertajuk:-

    PEPERANGAN BADAR TELAH SELESAI

    Seterusnya Aku bagi pihak Nabi Isa menyatakan sesuatu buat Perdana Menteri di bawah ini:-”

    Begitulah apa yang Allah nyatakan di atas. Saya dengan ini maklumkan Allah telahpun menyediakan tempat kami itu untuk membolehkan kami diletakkan disitu bila-bila dari sekarang. Begitulah Allah menentukan tempai kami Rasul Allah, agar Dajal Adam Razali faham tempat kami itu telahpun disediakan. Allah hanya tunggu kami bersedia sahaja untuk kami diletakkan di situ. Oleh itu Dajal Adam Razali harus tahu dan fahamkan tempat kami itu Allah yang sediakan. Nak tanya sikit, bolehkah kamu lawan kuasa dan kehendak Allah ini meletakkan kami di tempat itu? Baiklah kamu bertaubat sebelum Allah menimpakan kamu dengan segala azab di dunia ini sebagai pembalasan buat kamu kerana hebat tak pasal-pasal menghina kami Rasul Allah. Kepada Bapak segala dajal Adam Razali kami nak ingatkan kamu itu hanya layak dihina sahaja sebagai manusia paling durjana di muka bumi ini kerana menghina apa jua yang kami sampaikan dari Allah dan menghina kami Rasul Allah.

    Khas buat Pengarah JAKIM: Dengan hormatnya saya mohon agar pihak JAKIM maklumkan kepada semua staf untuk memahamkan kami adalah benar Rasul yang Allah utuskan. Inilah masanya kebenaran keujudan Rasul Allah dimaklumkan kepada semua staf JAKIM agar rakyat negara ini terima berita ini dari mulut ke mulut terlebih dahulu agar mereka tidak terkejut. Begitulah yang Allah kehendaki agar berita keujudan Rasul Allah dan Nabi Isa dimaklumkan terlebih dahulu dari mulut ke mulut agar rakyat negara ini tidak terkejut! Maha Bijaksananya Allah mengaturkan segalanya begini, agar mana jua dajal tak perlulah mengajar kami apa yang perlu kami lakukan. Sebagai Rasul Allah tugas kami menurutkan apa jua arahan Allah dari masa ke masa. Bukan pula kami perlu lakukannya sendiri seperti apa yang dicabar oleh dajal. Semua dajal hanya boleh mempamerkan segala kehinaan sifat mereka tanpa boleh berbuat apa jua yang lain agar pihak JAKIM saksikan sendiri bagaimana Allah bongkarkan semua sifat dajal yang menentang kami Rasul Allah sekian lama ini.

    Khas buat Setiausaha Sulit II Perdana Menteri: Dengan apa yang Allah nyatakan tentang saudara itu barulah kami tahu saudaralah seorang lagi yang Allah utuskan sebagai RasulNya. Terima kasih kepada Allah yang meletakkan saudara di tempat itu untuk memudahkan kesemua urusan kami rupanya. Maha Bijaksananya Allah mengaturkan segala rancanganNya yang amat menakjubkan untuk diberitahu ke seluruh penduduk dunia satu hari nanti. Sekian saya maklumkan untuk hari ini sehingga bertemu lagi esok dengan tajuk ini:-

    PEPERANGAN BADAR TELAH SELESAI

    Saya yang menurut perintah Allah,

    - Nabi Isa -

  58. biadap kurang ajar ke, biadap sebab kata2 dia yg kena pada tempat tu menyinggung perasaan?
    bukan semua orang suka kebenaran sebab ia tak semestinya mencerminkan kenyataan. tu terpulang kepada individu.
    kalau apa yg ulama cakap tu benar walau pedih pun, kenalah kita terima….muhasabah diri, katakan.

  59. Salam buat saudaraku sekalian,

    Jangan biarkan syaitan memasuki hati-hati kita semua dan memecah-belahkan umat Islam.

    Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. (An-Nur :21)

    (Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum saya sesat, saya benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian saya akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur. (Al-A’raf 16-17).

  60. I really like your blog and i respect your work. I’ll be a frequent visitor.

  61. Hari ini Mahkamah Tinggi meluluskan penggunaan kalimah ALlah dalam bible. Ulasan mengenainya :

    http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html

  62. Pada pendapat saya cara dr asri lebih mudah dan senang bagi menjalankan tanggung jawab sebagai umat islam.pendapat nya tentang iman yang empat itu perlulah dipkirkan.Didalam hadis ada menyebut jika kamu merasa tidak pasti tentang sesuatu perkara kembalilah kepada sunnahku.jadi….kita semua bukan bodoh untuk mengikut semua benda.amik je yang baik dah la..kepada PGSM..pastikan tindakan kamu betul….ingat dunia ingat akhirat

  63. wahai saudar2ku sekalian…jika ingin mengutarakan sesuatu pandangan buatlah dgn berhemah dan jangan menggunakan perkataan yg menyakitkan hati org lain…kerana itu melambangkan anda bukan seorang yg penyabar dan bijak dan juga menunjukkan akhlak anda…dan saya amat malu kerana saudara2ku bertelagah sesama sendiri dlm hal2 yg kecil…berbincanglah dgn bahasa yg elok dlm memutuskan sesuatu perkara..”berpesan2lah dgn kesabaran”…

Leave Comment