Respon/Kenyataan Media PGSM-NGOs terhadap kenyataan akhbar Dr. Asri

Nov 2nd, 2009 | By webmaster | Category: Kenyataan Media, Utama

Kenyataan Media

 

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM

 

Ahad, 1 November 2009

 

 

 

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

 

  • Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

 

  • 86 comments
    Leave a comment »
    1. Satu tindakan bijak dan berani. Tahniah saya ucapkan kepada semua NGO yang terlibat dalam penghantaran memorandum tersebut. Saya cadangkan agar Memorandum tersebut juga dipaparkan dalam web ini.

    2. Zaman sekarang ini perbincangan tertutup sudah tidak bermanfaat, hal2 besar agama mestilah di adakan secara terbuka, terang terus seperti zaman silam. Zaman sekarang zaman orang berpikiran terbuka. Sudah ratusan tahun perbincangan tertutup hal2 agama tetapi makin hari makin tersesat jauh dari kebenaran. zaman makin teruk di landa kesesatan. Apakah soal agama logik di adakan secara tertutup sedangkan hal2 dunia banking, saham, bisness di buat secara live dan terbuka. Satu masa agama akan malap kalu di adakan secara tertutup kerana gelombang kemungkaran dan maksiat di buat secara terbuka dan live.

      Sampai bila agama perlu di sembunyikan di sebalik tabir?

    3. Minta PGSM teruskan usaha dalam menyatukan umat islam.Saya sebagai umat merasa terkilan & keliru dengan tujuan dr maza skrg ini..Terlalu bnyk yg saya fikirkan bercanggah dengan Islam terutam sekali apabila salah satu video ceramah didlm youtube beliau mengatakan selawat shifa’ adalah memesongkan akidah umat islam…minta PGSM teruskan memantau dan ambil tindakn kdp dr maza…askm

    4. Asalammualaikum wbkt’
      Tuan,
      1. Saya masih tidak faham di atas kekaburan yang terjadi dan secara pribadi saya ingn mengetahui masalah sebenar, disebabkan saya juga adalah bahagian dari NGOs, Islam di Negara ini. Mohon mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dari pihak tuan, semoga tiada perpecahan ummat Islam bakal terjadi di negara ini,amin.
      Wassalam,terima kasih.

    5. Alhamdulillah kerana PGSM dan NGO Islam yang lain mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Amat tidak wajar kita menyokong individu yang mengaku sebagai ilmuan Islam tetapi menghina ulama-ulama muktabar dan membawa fahaman yang boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Alhamdulillah dan semoga Allah Taala memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berjuang menegakkan kebenaran di bumi ini. Allahu Akbar!! abudanish.net

    6. bukan ke isu ini perlu di selesaikan dengan damai..supaya agama Islam di negara ini tidak tergugat dengan anasir luar…

    7. The very peculiar action PGSM. I hope you can explain more reasons on why you are not happy with the ex-mufti. I and society would like to know your stand, accusations and the motives of the memorandum rather than to safeguard Muslim in Malaysia.

      Thank you

    8. persatuan patut membuat dakwaan ke mahkamah kerana dr asri ni membawa ajaran sesat, mengguna dan menafsir alquran dan hadis sesuka hati. persatuan perlu membantu jais dalam pendakwaan ke atas beliau, kalau boleh dakwa beliau macam hj kahar sampai dipenjarakan

    9. Salam. Perlulah dibuat secara terbuka kepada umum perbincangan itu atas sebab telah pun diketahui oleh umat manusia di negara ini akan perkara ini. Rancanglah penahanan bekas mufti itu dahulu tanpa membabitkan pihak media sekiranya ingin dibuat secara tertutup. Janganlah diwar warkan di dalam setiap blog yang ada sepatutnya. Sekarang, umat Islam ingin tahu yg mana yg hak dan yg mana yg batil. Perlu diingatkan pada Tuan2 yg lebih arif ini, soal akidah bukan satu soal yg boleh dilekeh atau dipolitikkan utk kepentingan pihak2 tertentu. Amatlah besar akan hati saya ini andai permasalahan ini dpt kita rungkai dgn sebaik mungkin. Jauhkanlah dari fitnah atau mengada2kan cerita yg kurang pasti. Semoga kita dilindungi Allah dan dijauhkan dr perpecahan di kalangan kita. Wasalam.

    10. teruskan usaha..usah biarkn lbh rmai kliru dgn beliau
      pendokong beliau kbykn dr glgn liberal

    11. ….HIDUP DR ASRI…..

      HIDUP….UMAT ISLAM DGN ARUS PERUBAHAN DARI DR ASRI…

      ISLAM ORTHODOX….SELAMA NI..DI BAWA OLEH ULAMAK ULAMAK…PATUT DI LENYAPKAN

      ISLAM..OTHODOX NI LAH…YG MEMALUKAN..DAN MELEMAH KAN….UMAT ISLAM….

      …SYABAS…DR ASRI…….JGN TAKUT….BERJUANG UTK KEBENARAN…

      ANDALAH…PEJUANG ISLAM TULEN….UNTUK MEMBAWA ARUS PERUBAHAN..ISLAM YG TULEN……

    12. …..mereka meraka yg lemah daya fikir…

      penakut…utk tegakkan kebenaran…….

      suka mengampu….dan diampu….menggunakan fahaman lama dan othdodx….

      tak ada kerja…..yg baik mereka lakukan…keculi…MENANGKAP ORG BERKHALWAT AJE…..

      …..memang patut dilenyapkan…., kalau tak….umat islam…

      akan..terus jumud…mundur…terkebelakang…..dari menjadi UMAT ISLAM yang…Progresif..

      HIDUP DR ASRI…..ANDALAH ULAMAK YANG BIJAKSANA…DAN BERANI…SETARAF DGN DR QARDHAWI…

    13. Salam.

      Bagi pendapat saya,

      1. Pihak PGSM yang telah mengeluarkan/ menyiarkan memorandum tersebut didalam laman web sebelum ditarik balik. Oleh itu, isu dalaman yang diwar-warkan itu perlulah mendapat penjelasan terlebih dahulu. Setelah disiarkan, tiada makna dah perkataan isu dalaman.

      2. Pihak PGSM perlulah secara terbuka memohon maaf kerana menyiarkan memorandum tersebut. Walaupun telah dipadam, terdapat history server yang masih boleh menyimpannya.

      3. Isu ini telah kehadapan dan mendapat perhatian umum. Oleh itu bagi menjernihkan keadaan, perlu juga diselesaikan dengan umum mengetahuinya. Agar tidak jatuh kepada fitnah.

      4. Saya berharap agar pihak PGSM lebih berhati-hati dan berfikir sebelum bertindak.

      Terima kasih.

    14. Salam Perpaduan..

      Atas nama perpaduan dan semangat muhibbah dan rasa ukhuwwah Islam,marilah kita menjernihkan suasana yang sedikit keruh.Bersemuka secara peribadi diantara adab-adab ikhtilaf yang digariskan agama.PGSM dll telah mempunyai locus standi(kewibawaan untuk berhujjah)nya yang tersendiri.Begitu juga Dr.Maza dikira ada Locus standinya.Oleh itu,bersemuka.Perihal mengherat ke penjara dll,akan menyebabkan luka semakin parah.Benar,lipatan sejarah zaman berzaman memperlihatkan ulama/pemimpin bahkan Nabi di heret kepada tirai besi semasa mempertahankan diri dan agama.Nabi Yusuf Alaihissalam,Ahmad Ibn Hanbal,Hassan al-Banna,Hamka,Anwar Ibrahim dll.Tuntasnya,kita jernihkan kembali yang keruh untuk kestabilan dan keizzahan Islam itu sendiri terus bersinar di Bumi MALAYSIA.

    15. Semoga umat Islam di Malaysia dtidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah seperti yang dibawakan oleh Dr. Asri ini. Syabas saya ucapkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia di atas tindakan penyerahan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dalam usaha untuk mengahalang orang-orang seperti Dr. Asri ini daripada mencelarukan pemikiran umat Islam.

    16. Teruskan berjuang dan menjelaskan mana yang samar. Dr Asri ini membawa fahamannya dalam diam-diam. Maka perlulah didedahkan siapa sebenarnya beliau ini.

    17. kepada pemuda Islam, kenapa anda mengatakan kebanyakan pengikut dr. asri adalah daripada golongan liberal?saya bukanlah liberal dan saya bukanlah pengikut beliau. saya cuma penagih ilmu sahaja.

      saya ingin bertanya -apakah adil untuk menyamakan dr. asri dgn zainah anwar (sis), amina wadud, , marina mahathir, toni kassim ,kassim ahmad, atau caknur (sekadar beberapa nama) di indonesia?

      adakah sama apa yg dibawakan dr. asri dgn fahaman mereka2 yang konon2 menegakkan Islam , tetapi terang terangan mengatakan bahawa semua agama itu sama, islam menindas wanita, hukum hudud itu tak relevan dan sebagainya?ambil contoh zaid ibrahim yang lompat masuk PKR ?

      dr. asri liberal? kena tengok dulu apa yg liberal tu. adakah dengan mengikut apa yg diturunkan oleh Allah s..w.t dalam qur’an dan hadis itu kita akan jadi liberal? adakah dengan mengikut sepenuhnya apa yg digariskan oleh hadis (atau sunnah) itu mengakibatkan seseorang itu sesat?

      Dr. Asri sesat? apa yang sesat? apakah “kesesatan” dr. asri ini menyamai kesesatan golongan yang menentang pelaksanaan hukum Islam? apakah “kesesatan ” beliau itu benar2 sasat? atau ia hanya sesat bila apa yang dibawakannya itu tak boleh diterima di sini, terkehadapan dalam segi pemikiran dsb?

      Ayuh. Seandainya Dr Asri itu sesat , buktikan . seandainya beliau seorang liberal , buktikan . Seandainya beliau pencetus fitnah, buktikan.

      Saya bukanlah orang yang fanatik dr. asri, tetapi saya suka mengungkap kata-kata guru saya, “enta dok komen orang tu silap, orang ni salah, tapi enta buat apa?” janganlah kita kalut dok cari salah dan silap org lain, tapi kita langsung tak buat apa2-

      memorandum dulu harus dikaji balik. banyak fitnah. Kelakar je ana tengok. Mana antum cari sumber tu.? orang ulu ke yang tulis?

      Rujuk balik kenapa wujud istilah kaum muda dan kaum tua pada awal 1900-an di Tanah mELAYU.

    18. tak payah la letak mamat wahbi tu buang masa & bagi orang bergaduh saja.. sebagai org negeri perlis saya terasa amat malu dengan mamat ni walaupun dia bukan org perlis tapi pernah jadi MUFTI negeri PERLIS. Macac mana la org mcm ni boleh layak jadi MUFTI.. Huh poning kepalo den.. Wasalam

    19. Salam

      Saya menyokong saranan suhaimi (947pm) - perbincangan secara baik perlu dibuat secara terbuka. Sikap menutup semua pekung merugikan umat Islam Malaysia. Jika tidak bersalah tidak perlu berahsia. Saya faham hikmah berbincang secara peribadi/tertutup, namun pada pendapat saya yang daif, masyarakat umum memerlukan penjelasan tentang apa yang sebenarnya yang berlaku. Dr. Asri banyak menulis dalam akhbar dan blog, serta banyak menyampaikan syarahan2 yang amat popular di kalangan masyarakat. Saya secara peribadi menyukai KAEDAH beliau yang selama pengamatan saya, cuba sedaya upaya merujuk kepada ayat al-quran dan hadis2 sahih dan tidak bertaklik dalam semua hal. Saya pasti ramai lagi masyarakat Malaysia yang seperti saya - lantas memerlukan penjelasan atas kenyataan2 asal yang dibuat dalam memorandum NGO2 kepada YDPA.

      Wallahu a’lam

    20. erkata Benar Walau Tak Dibenar
      Posted on Sunday, November 01 @ 20:34:04 PST by SongkokPutih

      Artikel Oleh: abusyahmi72


      (Dituju khusus kepada Dr. Asri dan Golongan Yang Membantah Perlantikan Beliau Sebagai YDP YADIM)

      Saya ingin menyatakan sedikit pandangan dalam perkara di atas. Pertimbangkan dan ‘Judge’ pandangan ini sebagai pandangan dari isi hati seorang awam (lay man) yang berminat mengambil tahu hal agama Islam dan isu-isu semasa mengenai Islam.

      Bahtera Perubahan Dr Asri.

      Membaca penulisan-penulisan Dr. Asri dan menilai pandangan-pandangannya dari masa ke semasa atas isu-isu umat dan agama Islam; terdapat perkara-perkara yang betul, yang saya setuju dan menyebelahinya. Saya percaya ramai golongan muda yang berminat memahami Islam, juga berpendapat demikian.

      Saya suka idea-idea Dr. Asri mengenai perubahan. Bagi saya, jika ia suatu yang benar dan lebih baik atau menepati sunnah, lakukanlah, mengapa tidak. Islah atau tajdid, atas apa jua nama. Jika ia benar pada agama Islam, saya bersedia dan ramai golongan muda bersedia kepada perubahan. Kami bersedia menaiki bantera perubahan. Apa yang menghalang kita kepada perubahan yang lebih baik?

      Maafkan saya jika tersilap dalam memahami. Tapi inilah saya, sebagai orang awam yang meminati perbahasan agama dan ingin meningkat kefahaman dan penghayatan agama Islam, saya amat suka dengan idea bahawa agama Islam ini dibina atas hujah dan dalil. Banyak pandangan beliau relevan dan baik yang didatangkan secara logik, berhujah dan berdalil antaranya:-

      (Untuk teks penuh Sila ziarahi blog: http://abu-dubeis.blogspot.com
      Isu Memorandum Bantahan Terhadap Dr Asri.

      Kini, saya merujuk pula “MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM” –seperti disiarkan M Star. (“Memo itu”).

      Terdapat beberapa fakta penting untuk kita perhatikan dari Memo itu, dan saya cuba meletakkan tafsiran munasabah.

      (1) Memo itu diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (“PGSM”).

      (2)Memo itu ditandatangani oleh Presiden PGSM dan disokong oleh 13 NGO termasuk PGSM, Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia, MUAFAKAT, PGSM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, ABIM, ALKIS, JIM, Persatuan Ulamak Malaysia dan TERAS.

      Tafsiran: Adalah suatu yang perlu diambilberat dan serius untuk difikirkan oleh Dr Asri dan mereka yang bersamanya dan masyarakat umat Islam bahawa PGSM sendiri menentang usaha perlantikan Dr Asri itu.

      Siapa PGSM? Ya, mereka adalah dari kalangan anak-anak orang Islam yang diijazahkan dengan sarjana muda (lazimnya) dalam bidang undang-undang syariah (dan sivil) kemudian menjadi peguam syariah (dan sebahagiannya juga merupakan peguam sivil). Berpengalaman dalam dunia bidang guaman yang sentiasa berkonflik (di Malaysia ini) namun melalui persatuan ini, kita diperlihatkan dengan iltizam dan istiqamah mereka dalam memperjuangkan dan memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Inilah merit yang harus diletakkan pada PGSM. Namun wajarkah mereka mengambil tanggungjawab utama bagi penghasilan dan penyerahan Memo itu?

      Memo itu kemudiannya dikatakan disokong oleh 12 NGO yang sebahagian daripada NGO itu memang diketahui masyarakat akan reputasi mereka dalam memperjuangkan kebajikan umat Islam dan dalam memartabatkan Islam. Persoalannya, adakah kemugkinan banyak lagi NGO Islam sudi menyokong Memo itu?

      Justeru, tentulah tidak baik bagi imej perjuangan Islam Dr. Asri dan sesuatu yang perlu difikirkan dengan serius oleh beliau apabila PGSM dan 12 NGO lain tersebut membantah perlantikannya bagi mengetuai suatu badan penting kerajaan dalam urusan dakwah Islam.

      Isu Alasan-Alasan dalam Memo itu

      Alasan-alasan kepada bantahan, dakwaan, tujuan, dan isi kandung Memo itu diringkas seperti berikut dan diberi penafsiran munsabah dan ulasan.

      (1) Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana.

      Tafsiran:- Sudah tentu asas bantahan ini merujuk semula kepada siri percakapan, penulisan dan tindakan Dr. Asri selama ini. Antaranya kisah perselisihan pandangan dengan Mufti Perak tentang isu Murtad dan antara beliau dengan pengerusi Jakim dalam hal Blog Raja Petra.

      2 isu ini memang saya baca dalam media dan sebagai pembaca, saya mendapati ia menjadi suatu yang memburukkan imej mufti dan orang agama. Terdapat kata yang keras dan sindiran berlaku. Ini perlu diakui.

      Jika ia tidak tepat pun, ia telah menyebabkan wujud persepsi negatif di minda awam. (It is all about perception) Adakah Dr. Asri memberi pertimbangan sama ada Media yang mensensasikan (suatu isu itu) berlaku adil mengikut syarak dan berbuat demi kebaikan agama?

      (2) Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.

      Tafsiran:- Terdapat beberapa perkataan serius dan berat pada Memo ini dan saya berharap Presiden PGSM dan penyokong Memo itu telah bersedia dengan bukti dan keterangan.

      Pastinya peguam-peguam itu arif dalam hal ini. Tapi saya minta sangat PGSM senaraikan keterangan dan bukti dakwaan itu dalam blognya nanti? Jika benar dakwaan anda, berkata benarlah dan berterus teranglah, biarlah Dr Asri tahu, moga-moga menyedarkannya apa yang beliau telah tersilap.

      Sebenarnya saya agak kecewa dengan beberapa penggunaan perkataan atau ayat yang sepatutnya tidak sedemikian, memandangkan adanya penglibatan profesional. Memo ini telah menjadi khabar umum, bukankah lebih mendekati hikmah kiranya dikarang sebegini:-

      Dr Asri yang terpengaruh (lebih sesuai -dipercayai lebih mengikuti dan menerima) pandangan dan pendekatan ulamak tertentu (sebutkan sahaja ulama mana) juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain (siapa ni, kalau dah kaji, sebutkan sahaja).

      Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka (melalui media-forum awam?) tanpa menitikberatkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.

      Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan (apa maksudnya?-mengenepikan resolusi setelah dipersetujui) pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari (selalu tidak hadir/menyertai) berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. (membolehkan atau membenarkan pandangan-pandangannya yang bertentangan disiarkan di media massa).

      Ulasan. Ya benar, peguam boleh berhujah dan dan mahkamah boleh manafsir dan memberi anggapan munasabah bahawa perlakuan dan tindakan Dr Asri (dalam memberi pandangan kepada media masa sehingga dilaporkan meluas sedangkan ia memberi kesan buruk kepada pandangan jawatankuasa fatwa) itu dianggap sebagai mencari populariti di media.

      Namun pada syarak, bukankah niat Dr. Asri itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Masih ada ruang untuk ‘benefit of the doubt’ diberikan kepada Dr Asri dalam menentukan niatnya. Atas dasarkan inilah aduan atau dakwaan secara professional dan berhikmah perlu dilakukan supaya tidak menimbulkan prejudis dan dilihat tidak bona fide.

      Kami , orang awam boleh memberi anggapan pada perlakuan Dr. Asri dalam menilai hati beliau, namun menyebutnya begitu dalam Memo itu, mungkin kurang sesuai. Pun begitu, untuk Dr. Asri, saya hanya berkata tidak perlulah saman menyaman.

      (3)Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

      (4) Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, solat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

      (5) Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.

      (6) Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.

      (7) Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.

      (8) Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negeri-negeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.

      (9) Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar.

      Tafsiran : Beban Tanggujawab Yang Mendakwa

      Alasan dan dakwaan pada Memo itu bahagian di atas ini semakin lebih serius. Ia menjurus kepada maruah agama dan risiko fitnah. Anda tentu boleh agak bahagian yang mana yang serius itu.

      Ulasan saya samalah jua seperti tadi. Namun penegasan saya ialah, Yang mendakwa, kini perlu membukti, dengan segera. Saya sebenarnya musykil dengan keberanian Presiden PGMS sama ada bagi pihak dirinya atau mewakili pihak PGMS. Adakah semua jawatankuasa PGMS telah bersyura sebelum Presiden mereka menandatanganinya?

      Sebagai seorang peguam saya tertanya sama ada Presiden itu telah mempunyai semua fakta dan bukti kerana berani mengambil tanggungjawab menandantangani Memo itu. Saya tak fikir Peguam itu mempunyai semua maklumat atas dakwaan itu, atas bidang kerjanya, melainkan ianya jika benar, dari hasil maklumat pihak lain.

      Jangan pula beliau dijadikan orang yang ditolak kedepan oleh orang lain-orang yang mendakwa mempunyai bukti tanpa dinilai satu persatu bukti yang menyokong setiap dakwaan itu. Adakah pihak 12 NGO itu telah menyokong dalam bentuk berdokumen dengan ditandatangani semua pengerusi/presidennya?

      Terdapat dakwaan yang sungguh serius yang jika tak benar ia menjadi Fitnah yang besar! (Rujuk para 3,4 dan 7 di atas). Ingat, reputasi dan maruah PGMS kini dalam risiko.

      Pertimbangan Untuk Dr Asri

      Sementara menunggu keterangan dan pembuktian, mengenepikan dulu isu kebenaran dakwaan itu. saranan saya kepada Dr. Asri, fikirkanlah kenapa begitu sekali dakwaan mereka kepada anda? Itulah pemikiran dan persepsi yang telah wujud selama ini pada sebahagian masyarakat dan mereka-mereka yang juga dilihat bijak dan mencintai Islam.

      Saya percaya Dr. Asri seorang berkeyakinan tinggi dalam kebenaran perjuangannya. Tentu jika beliau bertindak balas, pasti akan berlaku pertembungan yang hebat. Apabila berlaku pertembungan yang tidak diingini, lantas siapa yang sebenarnya kelak menjadi korban?

      Namun mungkin sudah sampai masa Dr Asri menilai semula ISI perjuangannya dan PENDEKATAN perjuangannya? Perhatikan perkara ini:-

      (1) Dr Asri mengatakan bahawa beliau adalah ikhlas dalam perjuangan agama Islam dan dakwahnya dan tidak mencari populariti. Tetapi jelas, beliau kini telah popular. Popular yang jelas ialah popular di media masa. Beliau diberi ruang dalam akhbar, tv dan lain-lain media. Percakapan dan tindakannya telah menyebabkan beliau popular atau dipopular oleh media. Kesan popular dimedia masa ini membolehkan beliau popular dikalangan segolongan masyarakat? Tapi setakat mana?

      Samada popular itu selari dengan kebenaran adalah suatu isu. Samada popular itu memberi kebaikan kepada Islam dan umat Islam, ia juga satu persoalan? Namun nyatanya kini ia menjadi pertikaian.

      (2) Dr. Asri harus bertanyakan juga dan semula kepada dirinya sendiri sama ada isi perjuangan dan pendekatan yang digunakan (khusus merujuk kepada isu-isu yang menjadi perselisihan) telah memberikan lebih kebaikan kepada umat Islam di Malaysia atau telah menyebabkan lebih mafsadah dan keburukan kepada umat Islam.

      (3) Dr. Asri harus bertanyakan juga dan semula kepada dirinya sendiri sama ada beberapa isu-isu yang dibezakan pandangan secara tegas (khusus merujuk kepada isu-isu berkaitan antara sunnah dan bidaah) menjadi punca yang menimbulkan kekeliruan dan masalah seperti yang berlaku sekarang sedangkan masih banyak isu utama yang perlu diperjuangkan. (Sila rujuk tulisan Azizi Abdullah dalam Siasah satu ketika dahulu).

      (4) Saya juga keliru dengan beberapa pandangan dalam hal intipan kes khalwat, kes sumpah mubahalah, dan terbaru dalam kes Kartika. Di sinilah saya rasa berlaku pergeseran dengan mereka dalam bidang guaman syariah.

      Saya cuba memahami pandangan beliau dalam hal kes sebat Kartika. Namun ikhlas, secara peribadi, saya tidak berpuashati kerana tidak dapat melihat apa kesimpulan pandangan dan cadangan praktikal beliau dalam menyelesaikan kes Kartika. Ia seperti nampak menyokong tapi seperti nampak tak menyokong pula. Mungkin saya yang gagal memahaminya.

      (4) Dr Asri kerap memberi pandangan yang berbeza dan menentang arus. Beliau percaya pandangannya benar dan mungkin, jika tak diterima sekarang, mungkin suatu ketika nanti. (Seperti rujukan beliau mengenai hal yang sama pernah berlaku seperti kepada ulama Ibn Tammiyah dan Prof. Dr. Hamka).

      Namun pada pemikiran munasabah, ia adalah suatu yang diketahui bahawa untuk seseorang itu mempopularkan dirinya, sudah tentu salah satu kaedahnya mengeluarkan pandangan yang berbeza dan kontroversi. Lagi kontroversi lagi sensasi. Dan siapa penyebar utama kalau bukan media massa.

      Namun apakah semestinya pandangan yang kontroversi dan menentang arus itu akan terbukti benar dan diterima disuatu ketika nanti. Ya boleh jadi begitu, boleh jadi juga tidak. Boleh jadi pandangan yang kontroversi itu memang akan dikenang sebagai pandangan yang silap sepanjang zaman. Boleh jadi,kan.

      Kalau dulu Prof Hamka ditutup atau dihadkan ruang untuk cuba membela dirinya. Dr Asri pula mempunyai ruang yang besar bagi membela dirinya.

      (5) Terdapat beberapa pandangan Dr Asri yang yang mana banyak ilmuan agama yang lain tidak sependapat dan mereka merasa gusar bahawa pandangan Dr Asri boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat

      Antara isu yang menyentak masyarakat ialah Isu Intipan Khalwat dahulu.

      Tidak nampak pula, ilmuan-ilmuan ini memberi tekanan kepada Dr. Asri. Sebaliknya, mungkin berbeza dengan Prof Hamka atau Ulama tertentu dahulu, Dr Asri diberi ruang yang cukup dalam media masa arus perdana hingga timbul angggapan bahawa pandangannya serasi dengan kehendak pemerintah dan penguasa media.

      (6) Perrselisihan Pendokong Sunnah @ Wahabi dengan Pendokong Mazhab Shafie? Bidaah.

      (Untuk teks penuh Sila ziarahi blog: http://abu-dubeis.blogspot.com

      (7) Suka atau tidak, kini telah terbukti timbul isu kekeliruan, ketidakpuashatian dan pecah belah di kalangan masyakat umat Islam sehingga melibatkan bukan sahaja dalam lingkungan ulama dan ahli agama tetapi merebak kepada beberapa NGO yang dilihat professional dan berekod baik selama ini seperti PGMS, JIM dan ABIM. Dr Asri tidak dapat menafikan bahawa keadaan yangsedemikian itu mempunyai kaitan dengan dirinya.

      Bagi saya jika Dr Asri memfokuskan idea-idea hebatnya untuk implementasi dalam perjuangan dakwah kepada bukan Islam dan dakwah dalam menyelamatkan akidah dan akhlak umat Islam khususnya dari gejala keruntuhan akhlak anak melayu melibatkan dadah, arak, ganja, rempit, bohsia, bohjan, metal, underground, skinhead, pengkid, tinggal solat, durhaka, seks bebas dan sebagainya, saya menyokong penuh beliau menduduki kerusi YDP YADIM.

      (8) Popular. Biar apapun beliau katakan dan biar apapun orang lain katakan, Dr Asri sebenarnya telah berjaya dan menjadi antara yang berpengaruh dan popular dalam urusan agama dan umat Islam di Malaysia. Kini popular dan pengaruhnya semakin maju ke depan.

      Persoalan besar yang perlu beliau sendiri fikirkan ialah sama ada populariti dan pengaruhnya memberi kebaikan kepada agama dan Umat Islam di bumi Malaysia ini?

      Untuk golongan yang tidak sebulu dengan beliau, adakah pihak tuan telah bertindak adil dalam tindakan ……. terhadap Dr Asri.

      Saya harap mereka tidak mengiystiharkan ‘perang’ terhadap Dr Asri kerana ia menjadikan Dr Asri sebagai hero dan akan lebih popular dengan sokongan media masa.

      Saya mengharap ada usaha-usaha untuk mengharmonikan perbezaan atau perselisihan yang kini menjurus ke aras perseteruan. Tidak bolehkah menumpukan kepada persamaan dalam perjuangan dan mengenepikan perbezaan. Bukankah semuanya berjuang untuk Islam demi mencari keredaan Allah. Wallahu taala ‘alam.

      hishambp
      (Untuk teks penuh Sila ziarahi blog: http://abu-dubeis.blogspot.com

      Artikel Hari Ini

      Anda mungkin boleh batal solat

      Untung, tapi tak bayar dividen

      Terjah Tinjau Sekumpulan Ahli Parlimen PAS Ke SekolahKeb Seri Perak

      Penahanan Ustaz Asri tepat!

      Dr Asri vs JAIS : Dimana Integriti Kerajaan Negeri Selangor

      3/10/2009 - Ceramah Hj Mohamad Sabu di Parlimen Paya Besar

      Berkata Benar Walau Tak Dibenarkan

      Klorin Boleh Menyebabkan Kanser

      TGNA dan TGHH - Pasangan Pejuang Islam

      Parti Islam SeMalaysia (PAS): Matang Dalam Berpolitik?

      [ Artikel seterusnya.. ]

      Related Links
      · More about Artikel
      · News by SongkokPutih
      Most read story about Artikel:

      Berkata Benar Walau Tak Dibenarkan

      Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

      AMK Selangor Desak ADUN Pelabuhan Klang Letak Jawatan ADUN Segera

      Anda mungkin boleh batal solat

      TGNA dan TGHH - Pasangan Pejuang Islam

      Article Rating
      Average Score: 0
      Votes: 0

      Please take a second and vote for this article:

      Excellent
      Very Good
      Good
      Regular
      Bad

      Options

      Printer Friendly Cetak Artikel

      Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

    21. Salam. Setelah meneliti penerangan pihak tuan (PGSM) di atas adalah saya menyatakan pandangan bahawa:-

      (1) Pihak tuan tetap mesti membuktikan dakwaan pihak tuan - setiap satu.

      (2) Pihak tuan perlu membuka ruang untuk inidividu awam yang berminat dan mengikut perkembangan selama ini seperti saya dibenarkan untuk menyaksikan segala keterangan dan bukti dan menyertai apa jua proses dalam perkara itu. Tetapi sebenarnya, ia telah menjadi khabar umum, maka buktikanlah melalui kaedah umum seperti blog pihak tuan dan sebagainya.

      (3) Dakwaan-dakwaan pihak tuan adalah berat, tindakan Dr. Asri itu masih acceptable jika dia yakin dirinya difitnah.

      (4) Kami perlu tahu pihak mana yang benar —-supaya kami tidak terpedaya lagi ……………….dan mudah menilai. Terlalu banyak pebezaan pandangan yang tidak secara berlapang dada.

      Terima kasih. Wasalam.

    22. mohon PGSM define apakah yang berlaku di sebalik tabir bagi mengelak tafsiran lebih-lebih daripada orang luar atau tindakan agresif yang mungkin diambil seperti membubarkan PGSM apabila ada pihak mengambil kesempatan mempolitikkan kelemahan guaman syariah dikalangan pembenci-pembenci Islam.

      harap pimpinan negara buka mata tentang isu ini, dan mengambil tindakan sewajarnya termasuklah ke atas PGSM andai terbukti buat kerja bukan dalam autoriti tugasan mereka. Banyak sangat campurtangan dalam hampir kebanyakan sistem hingga celaru selain sukar membezakan mana satu buat kerja khusus, dan mana satu buat keja umum.

      orang awam dah lama pening tengok karenah macamni..

    23. Sila rujuk komen Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, satu komen yang adil untuk mendamaikan kedua-dua pihak: http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/

      Ulasan saya:
      1 - terdapat dua golongan yang bergesaran dalam isu ini iaitu pendokong “gerakan salafi (kembali ke fahaman 3 kurun awal Islam)” dan pendokong “fahaman tradisional / kaum tua (kekal dengan fahaman dibawa Ulama Melayu lama)”.
      2 - pendokong “gerakan salafi” perlu lebih berhati-hati dan menjaga akhlak dalam berhujjah.
      3 - pendokong “fahaman melayu lama / tradisional / kaum tua” perlu membuka minda, nilaikan kebenaran yang dibentangkan pendokong gerakan salafi, bukan terus memangkas hanya kerana pembentang adalah pendokong gerakan salafi.

      Kedua-dua golongan mempunyai niat yang baik iaitu demi memartabatkan Islam. Islam adalah kebenaran. Jadi carilah titik-titik kebenarannya, bukan hanya memandang golongan yang didokongnya saja benar.

    24. Asalammualaikum wbkt’
      Tuan,
      1. Saya juga adalah sebahagian dari ahli NGOs yang disenaraikan, syabas kerana isu ini cuba ditangani..
      kemusykilan saya ialah mengapa ianya difokuskan kepada satu individu sahaja, sedangkan pelbagai isu masyarakat yang sedang membara seperti maksiat di jalanan, kemewahan air setan dan arak bermaharajalela dimana-mana pusat membeli belah, masalah murtad dikalangan masyarakat , kes cerai-berai (fail) yang kalau dikumpul mungkin akan memenuhi satu gudang yang besar dan kecelaruan anak berbapakan ???? ,ini belum lagi dibereskan oleh MAJLIS PEGUAM SYARIE yang dihormati.
      2. Isu Dr. Asri ini hanyalah individu sahaja, ianya bukanlah musuh negara seperti ahli YAHUDI yang memberi ajaran ilmu yang akan menyesatkan umat Islam secara senyap.. suara lantang beliau jika bersalahan dengan ISLAM di negara ini, maka beliau terlebih dahulu akan disumbat ke dalam ISA tanpa dimaklumkan/ persetujuan oleh MAJLIS PEGUAM SYARIE pun.
      3. Saya bimbang jika saya sendiri suatu ketika nanti didatangi oleh mana-mana pihak menahan saya ketika sedang menjamu selera bersama anak-anak dirumah, atas aduan jiran- saya sedang berjudi.
      4. Harap ada pertimbangan sewajarnya sebelum suatu tindakan diambil, ibarat Menarik Rambut Dalam Tepung, Tepung Tidak Berserak Rambut Tidak Putus.
      Wassalam,terima kasih.

    25. Sebagai orang Perlis yang sudah merasai sendiri “haru biru” dalam pengamalan Islam selepas Dr Asri menjadi Mufti. Saya MENYOKONG PENUH usaha PGSM, NGOs Islam dan JAIS dalam isu ini. Jangan biarkan keadaan kelam kabut ini menular ke negeri2 lain pula.
      Kepada sesiapa yang nak mengetahui sendiri “haru biru” ini, saya jemputlah anda semua datang perlis selama 1bulan @ 1minggu pun cukup lah. anda lihat dan fikir sendiri.

      TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN..

    26. semoga usaha gigih pihak tuan ini mendapat ganjaran yang sewajarnya oleh Allah….samada tuan ataupun Drs Asri yang betul….Wallahu A’lam…

    27. Salam.

      Syabas tuan, seorang bongkak yang tidak berhikmah seperti Dr.Asri memang tidak layak menerajui YADIM. Hairan mengapa masih ramai boleh menggelarkan beliau sebagai ulama. Biar ilmu sedikit asal beradab, nescaya lebih diberkati.

    28. Segala Pujian Bagi Allah Ta’ala, Salawat dan Salam Junjungan Nabi Muhammad RasuluLlah.
      AlhamduliLlah ….
      Inilah Perjuangan sebenar yang perlu bersama dihayati, diteladani… Satu usaha memperjuangkan kemurnian ‘aqidah berserta kemaslahatan ummah.. Sesungguhnya perpaduan ummah hanyalah dapat tercapai melalui kesatuan ‘aqidah Ahlu Sunnah wa al-jama’ah yang sebenar.. bukan ‘aqidah mujassimah yg diselindungi melalui fahaman ta’sub yg dipelopori oleh wahabi oleh yg buta hati atas kejahilan dan ta’sub melampau tanpa keilmuan yg ditalaqqi secara jujur oleh pewaris ilmu yg thiqah.. Dan bukanlah kemahsyuran individu sebagai asas utama utk memperjuangkan kebenaran di zaman fitnah ini.

      Maka timbullah fitnah perkara usul ya’ni fitnah ‘aqidah berserta permasalahan furu’iyyah yg digembar-gembur utk memecahbelah masyarakat. Sesungguhnya fitnah (aqidah) itu lebih bahaya drpd membunuh. Kerana ia merosak fahaman ummah yg sejati..

      Telusuri sejarah kaum muda ini ..yg telah ditentangi sejak dahulu lagi.. atas dasar apa ditentangi.. selidikilah secara ilmiah, ikhlas tanpa ta’sub individu atau kepartian.. mudahan hidayah di hadapan menyuluhi hati yang ikhlas.

      Tahniah, PGSM berserta NGO-NGO lain yang berganding bersama…Baraka Allah feekum..
      Atas dasar kesatuan ‘aqidah yang sama, dan pegangan fahaman yg sama dan jelas dlm memahami perkara furu’iyyah.. maka kesucian Islam dapat dipelihara selamanya bagi pembebasan fitnah huru-hara masyarakat kini atas kejahilan dan ta’sub melampau.. Inilah perjuangan Keadilan terhadap kredibiliti utk meletakkan pemimpin seperti YADIM yg merupakan kepekaan ummah yg perlu dijuangkan bersama.. serta sepakat, mudahan dapat kita naungi bersama.. bukan ditentangi di kemudian hari setelah fitnah berkumandangan mengelirukan masyarakat.

      Teruskan usaha mulia ini, mudahan pertolongan Allah jua kita harapkan, kemaslahatan ummah berjaya diperjuangkan.. Perpaduan Ummah Melalui Kesatuan Aqidah Ahlu Sunnah wa -Al Jama’ah..

      TAHNIAH PGSM & NGO-NGO YANG BERSAMA BERSEPAKAT.

    29. Saya tidak fanatik kepada mana-mana pihak dan melihat kes ini secara neutral. Pemerhatian saya dalam isu ini khususnya bagaimana isu ini ditangani menjurus kepada ketidakmatangan PPSM begitu juga JAIS dalam mengendalikan masalah yang saya anggap perlu diselesaikan melalui meja perundingan dan bukannya melalui penangkapan melibatkan lebih 30 anggota PDRM seperti mana yang berlaku. Rentetan peristiwa seterusnya seperti tiada pendakwaan menunjukkan bagaimana tidak profesional dan tidak bersedianya badan yang dipertanggunjawabkan menjada hal ehwal Islam di negara ini. Apapun, jika PPSM berada di pihak benar, buktikanlah dengan fakta dan bahaskan dengan yang tertuduh secara adil dan telus. Jika habis setakat memorandum sahaja, kredibiliti anda sebagai sebuah badan persatuan sangatlah tercalar dan memalukan imej Islam itu sendiri secara umumnya.

    30. Salam kpd semua..semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kalian….

      Kami cuma nak 9 penjelasan SAHAJA……x pernah sokong mana2 pihak,cuma nak kepastian SAHAJA…
      kami harap pihak PGSM dapat beri 9 penjelasan di bawah….

      1)Kami, ingin menyelar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang mengatakan bahawa memorandum tersebut adalah satu perkara yang remeh yang sengaja digembar-gemburkan oleh Dr. Asri.

      2)Namun, perkara remeh seperti yang didakwa oleh pihak PGSM, telah dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong, seterusnya seolah-olah meremehkan dan memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.

      3)Kami dengan ini, ingin menyatakan bahawa memorandum tersebut dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan palsu dan berbentuk fitnah. Ternyata bahawa mereka telah berbohong di hadapan YDP Agong dan seluruh rakyat yang membaca memorandum tersebut.

      4)Kami juga percaya bahawa memorandum seperti yang telah dikeluarkan itu tidak disokong oleh kesemua 16 NGO, bahkan kami juga percaya bahawa ianya bukanlah kenyataan rasmi mereka. Akan tetapi ia cuma mewakili sesetengah individu yang berkepentingan.

      5)Dan kami juga meragui pernyataan memorandum tersebut bahawa majoriti umat Islam di Malaysia membantah, dan tidak menerima Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedangkan telah ternyata jelas bahawa Dr Mohd Asri mampu mendapatkan sokongan yang baik, samada dari pihak kerajaan, pembangkang mahupun pihak-pihak berkecuali.

      6)Kami merasakan bahawa pihak PGSM telah mencemarkan imej baik mereka sebagai pengamal undang-undang yang sepatutnya menitik beratkan soal bukti, hujah dan juga fakta yang benar dalam menyatakan tuduhan. Kenyataan yang berbentuk pembohongan serta fitnah seperti di dalam memorandum tersebut telah mencalar kredibiliti PGSM lebih-lebih lagi sebagai persatuan pengamal perundangan Islam. Malahan, ia menggambarkan mentaliti dan cara bertindak yang rendah.

      7)Dengan ini, kami menggesa pihak PGSM membuktikan kesemua 10 tuduhan yang dimuatkan di dalam memorandum tersebut, dan kami ingin menolak sekeras-kerasnya kesemua dakwaan palsu yang termuat di dalam memorandum yang telah disampaikan kepada Yang diPertuan Agong tersebut.

      8)Kami juga ingin mencabar pihak PGSM untuk membuktikan kesemua tuduhan palsu di dalam memorandum tersebut secara terbuka untuk merungkai segala kekeliruan memandangkan memorandum tersebut telah pun disiarkan kepada umum di dalam laman sesawang PGSM sendiri.

      9)Kami juga memohon penjelasan pihak PGSM mengemukakan sumber yang menyebut berkenaan perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Yang Dipertua YADIM. Berdasarkan satu kenyataan akhbar (2 November 2009, Berita Harian, muka 5) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom beliau telah menegaskan bahawa tiada perlantikan baru atau pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut kerana tempoh jawatan YDP YADIM yang sedia ada telah dilanjutkan sehingga 2012.

    31. Saya amat berharap agar butir-butir terperinci tentang keraguan-keraguan dan polemik yang ditimbulkan oleh dr mohd asri dapat diperincikan, supaya kita semua dapat menilai.
      Moga diauhkan perpecahan di kalangan umat islam

    32. harapnya, cadangan saya yg mengaji sekolah atap saja ni boleh juga dipertimbangkan.
      1. maksud pgsm untuk SECARA PERIBADI tu dah tak berguna lagi kerana statement dalam laman web rasmi hari tu dah di ‘cut and paste’ merata2 seantero nusantara sekurang2nya, kerana itu, ia telah jadi SERANGAN PERIBADI secara rasmi. saya turut menerima salinan.
      2. Sebagai peguam harapnya lebih maklum, jangan seperti polis yang sengaja melebamkan mata seseorang biarpun tersangat arif hal undang-undang. Buruknya dijaja sehingga kini.
      3. Perkara hukum hakam, perbezaan tafsiran dan fahaman bukanlah sesuatu yang baru dan pelik, ia adalah proses mencari kebenaran ke atas perkara yg diperselisihkan.
      4. Statement rasmi itu menyentuh pula hal aqidah seseorang yang dikata begitu begini.
      5. Tak sepatutnya perkara ini pgsm publish kan sekiranya benar berniat ikhlas dan berhasrat mencari penyelesaian.
      6. Maka skrg ini biarlah dibicarakan secara terbuka, itulah sebaiknya, kerana sudah pun menjadi public.
      Realitinya, niat tidak pernah menghalalkan cara.

    33. salam,
      ada beberapa perkara yang saya kurang jelas…mengapa perlu bersemuka/berbincang secara TERTUTUP/PERIBADI..bagi saya ianya perlu dilakukan secara terbuka agar kebenaran yang jelas dapat diketahui umum..sebagaimana beliau pernah berbalas hujah dengan Astora Jabat sebelum ini…dari pembacaan tulisan beliau…dr asri tidak menolak mazhab, tapi apa yang diselar adalah golongan yang taksub mazhab(Imam Syafie’ juga menolak golongan yang taksub mazhab),sedangkan mazhab datang selepas kewafatan Rasulullah maka apa yang penting adalah ajaran tulen berlandaskan sunnah dan al-quran. Imam syafie’ tidak pernah menggariskan amalan membaca yaasin malam jumaat, talkin dan seumpamanya…ia adalah amalan turun temurun dan saya kira Imam al-qaradawi juga akan menolak amalan ini..Yaasin boleh dibaca bila2 masa, bukan khusus ubtuk malam jumaat…begitu juga talkin..peringatan harus diberikan kepada yang masih hidup..bukan yang sudah tertanam jasadnya.
      mohon penjelasan.

      wassalam.

    34. Saya sokong penuh tindakan persatuan bersama jais yang menyeret beliau ke pengadilan, supaya semua kejahatan dan fahaman salah beliau dapat diterangkan kepada masyarakat. Adalah tak mencukupi setakat tanpa tauliah saja, fahaman salah yang beliau ajarkan itu lebih penting dihalang. Pengajaran itulah yang merosakkan umat islam di malaysia.

    35. Assalamu’alaikum,

      saya melihat ada respon yang berbau emosi dan tidak berdasarkan pada hujjah rasional. Lantas apabila ada memorandum seperti ini respon yang diberikan hanya menunjukkan sikap taksub dan taqlid buta melulu.

      Untuk menilai seseorang bukan sahaja melalui siri ceramah dan kuliah yang diberikan oleh Dr Asri, tetapi juga melihat bagaimana cara pendekatan yagn digunakan adakah selaras dengan al Quran dan Sunnah.

      Hanya mengatakan Dr Asri mempunyai pengaruh yang besar, ia tetap tidak menidakkan kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Al Quran dan Sunnah pengamalannya harus diambil secara menyeluruh dan bukan sedikit-sedikit apatah lagi dengan kejahilan. Jika dari sudut hukum diambil bersandarkan al Quran dan sunnah, maka dari sudut akhlak dan aqidah juga wajib bersandarkan dari al Quran dan sunnah.

      Bahkan perlu melihat adakah fahaman yang dibawa oleh Dr Asri ini sesuai dengan keadaan umat Islam di Malaysia.

      Pertamanya : Beliau pernah bersetuju agar kalimah ALlah digunakan oleh missionari Kristian. Walau apapun hujjah yang digunakannya, sepatutnya beliau sedar tentang aqidah umat Islam di Malaysia. Dan perlu beliau mengambil pengajaran di Indonesia apakah yang berlaku di sana. Ada satu pendedahan sekiranya kalimah ALlah dibenarkan di Malaysia jika pendapat Dr Asri digunapakai :

      http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/mereka-kristian-hendak-menggunakan.html

      Kedua : ‘Ulamak’ ini tidak menjaga adab dalam perkataan. Suka menuduh tanpa bukti dan merendah-rendahkan institusi mufti di Malaysia amat dikesali. Perhatikan sendiri tulisan beliau :

      Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang ’sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29.

      Mungkin selepas ini yang pro Dr Asri akan mengatakan kena sangka baik pula dengan Dr Asri, suruh berfikir dan sebagainya. Yang penting di sini, di manakah akhlaknya sebagai seorang ilmuwan agama dalam ajaran al Quran dan Sunnah yang dihadamnya selama ini ? Bagi saya, jika inilah orang yang digelar ‘ulamak’ dalam satu tajuk akhbar untuk menerajui agama…

      Makin buruklah cerminan agama yang dibawa. Manakala kesan dari pendapatnya yang seolah-olah menongkah arus - sedangkan hanya menambahkan kekusutan dan pecah belah umat Islam akan memburukkan lagi keadaan.

    36. assalamu’alaikum…
      wahai abu syahmi…
      wahai rina…
      wahai shahid ali…
      ambillah iktibar dari kejadian lepas…
      kenapa abuya bertahan selama belasan tahun?
      kenapa arqam disegani pada mulanya?
      kenapa setelah belasan tahun baru orang tahu kesilapan dalam perjalanannya?
      tidak lain tidak bukan kerana ketaksuban pengikutnya!!!
      jadi…
      anda janganlah taksub membabi buta!
      benar kata orang perlis…
      cuba melawat negeri perlis dulu sebelum kata apa2!
      kalau anda rakyat perlis…
      cuba ke negeri2 lain,
      buat amalan seperti yang diamalkan oleh dr asri,
      cuba tanya alim ulama, apakah amalan yang anda buat tu sempurna?
      samalah macam orang kata…
      orang kelantan miskin,
      tak mau perubahan,
      bodoh,
      negeri tiada perkembangan…
      jangan terkejut…
      saya pergi menetap selama 14 hari,
      segenap ceruk saya masuk.
      orang kelantan miskin sampai rantai dan gelang emas penuh kat leher dan tangan.
      itukah miskin?
      bila cuti, anak2 kembali ke kampung dengan kenderaan mewah,
      ayah dan ibu tersenyum menyambut ditangga,
      bukankah itu perubahan?
      bodohkah anak2 kelantan sampai hampir 45% pelajar segenap U dihuni oleh
      anak2 kelantan? (mungkin mencapai60%)
      bodohkah anak2 kelantan sampai lebih separuh dari ketua2 jabatan dan bos2 serta pakar dalam segenap bidang dipegang oleh anak2 kelantan?
      bila pembangunan mega dimajukan oleh penduduk kelantan, itu namanya mundur?
      bila pembangunan wajib dibangunkan dengan wang rakyat itu dinamakan kemajuan?
      samalah juga dengan kes dr asri itu!!!
      fikir2 kan!!!

    37. Assalamualaikum,
      Kepada mereka yang tak pernah dengar ceramahatau membaca artikle dr asri tak payah bagi komen apa-apala nanti nampak sangat kedangkalan ilmu anda tu, Duk diam diam dah le. Fahmi asar jangan duk menyampuk la awak tu dahlah bodoh dangkal pulak tu. Bila kita tidak berilmu bercakap atau mengutarakan pendapat org akan tahu setakat mana ilmu yg kita ada, buat malu sj la.

      penyokong dr asri

    38. 1. Pengajaran kepada penceramah atau penganjur untuk menghormati peraturan negeri tentang tauliah mengajar lebih-lebih lagi bila diadakan di rumah;
      2. Iktibar kepada pihak berkuasa untuk selalu mematuhi SOP dalam menjalankan aduan, siasatan, tangkapan dan bersedia dgn pendakwaan;
      3. Peringatan kepada wartawan/ blogger untuk selalu berhati-hati dalam penulisan;
      4. Apa pun isu bila dibincangkan dengan hikmah, Allah akan beri jalan keluar;

    39. saya sedar adalah tidak guna untuk beremosi dalam hal ini. oleh itu, saya menanti PGSM untuk membuktikan dakwaan terhadap dr asri.
      saya meminati dr asri, tapi saya org pertama yg takkan menyokongnya kalau MEMANG terbukti dr asri membawa ‘ajaran sesat’, seperti ayah pin dll!
      akhir sekali, dr asri adalah org akademik. bersemukalah dengannya macam wira - secara akademik, di perbincangan terbuka, agar tidak berlaku fitnah.

    40. Assalamualaikum.

      Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para wali Allah, para ulama, para syuhada, para solihin, para pemimpin dan sekian muslimin dan muslimat.

      Isu yang timbul akibat penahanan Dr Asri Bin Zainal Abidin (ex-Mufti Perlis merangkap pensyarah di USM) sebenarnya merupakan satu perkara besar.

      Dr Asri sebelum menjadi Mufti Perlis (sebelum tahun 2006) hanyalah seorang pemuda yang menjadi pensyarah dan menyampaikan sedikit sebanyak ceramah di beberapa tempat. Beliau tidaklah begitu dikenali pada ketika itu. Selain itu, beliau ada juga menulis sedikit sebanyak di dalam majalah dan buku bercorak Islamik.

      Pada tahun 2006, bermulalah detik penting bagi Dr Asri apabila dilantik oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Bin Kassim untuk memegang jawatan Mufti Perlis iaitu setelah bekas Mufti Perlis sebelum itu, Datuk Mat Jahya ditamatkan kontraknya sebagai Mufti Perlis.

      Jadi selepas mendapat jawatan Mufti, bermulalah era Dr Asri yang begitu lantang meluaskan dan mempertahankan pegangan Sunnah Perlis yakni amalan yang tidak bersandarkan kepada mana-mana mazhab terutamanya mazhab yang empat (Syafii, Maliki, Hambali dan Hanafi). Amalan Sunnah Perlis ini amat bersesuaian dengan jiwa Dr Asri kerana beliau tidak berpegang kepada mana-mana mazhab sebaliknya mencedok sahaja mana-mana amalan mazhab yang dirasakan senang dan mudah untuk dipraktikkan.

      Ketika Dr Asri menjadi Mufti Perlis sering kali terdapat tohmahan dan seolah-olah hasutan kepada penduduk yang berpegang kepada mazhab (Syafii) malah dikatakan perkara-perkara furu’ yang dilakukan oleh mazhab-mazhab adalah bidaah dan berdosa jika dilakukan. Sebagai contoh, amalan membaca Yaasin pada malam Juamaat dikatakan bidaah kerana kata Dr Asri, Nabi Muhammad SAW tidak melakukan amalan membaca Yaasin pada malam Jumaat. Selain itu, talqin kepada si mati juga dikatakan bidaah kerana kata Dr Asri, Nabi Muhammad SAW tidak melakukan talqin kepada si mati. Itu antara perkara furu’ yang sering dikatakan bidaah oleh Dr Asri. Amalan yang terkandung di dalam mazhab-mazhab merupakan perkara yang dipersetujui oleh jumhur ulama yang berpegang kepada mazhab-mazhab, oleh itu, apakah rasional Dr Asri menimbulkan kecelaruan berkaitan perkara-perkara furu’ yang telah lama disepakati oleh jumhur ulama?

      Terdapat juga buah fikiran oleh Dr Asri yang kerap menimbulkan polemik dan kecelaruan di kalangan masyarakat di Malaysia pada ketika beliau menjawat jawatan Mufti Perlis. Sebagai contoh, menggantung kalimah Allah dan Muhammad di dinding rumah dikatakan sebagai batil dan oleh merosakkan akidah. Selain itu, mem’bin’kan nama mualaf kepada nama bapa yang asal maka tidak perlu di’bin’kan kepada Abdullah. Maka perkara-perkara yang ditimbulkan Dr Asri ini adalah satu perkara yang telah lama diperjelaskan oleh ulama-ulama tradisional dahulu. Kenapakah Dr Asri menimbulkan kembali perkara-perkara yang telah disepakati oleh jumhur ulama?

      Oleh itu, adalah diharapkan agar YADIM dan NGO-NGO Islam yang ingin mengambil tindakan ke atas Dr Asri agar mengemukakan bukti-bukti yang telah dikumpul selama ini agar dapat diperjelaskan kepada seluruh masyarakat tentang pegangan Dr Asri yang jelas berlawanan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara kita yang berpegang kepada mazhab Syafii. Selain itu, adalah diharapkan agar YADIM dan NGO-NGO Islam menjelaskan kepentingan berpegang kepada mazhab agar masyarakat tidak berpra-sangka negatif terhadap institusi agama di Malasyia.

      Dr Asri sepatutnya dikenakan tindakan kerana telah mengajar agama tanpa tauliah di negeri Selangor. Perbuatan seperti itu menunjukkan Dr Asri tidak bertanggungjawab kerana beliau sebagai bekas Mufti sepatutnya tahu tentang bagaimana asas dan prosedur untuk menyampaikan ceramah.

      Wallahu’alam.

    41. saya sokong penuh pgsm dan jais memberikan semua butiran ajaran salah serta memberikan bukti-bukti jelas seperti dakwaan dalam memorandum. Lebih baik ia dipublishkan supaya orang ramai boleh melihat sendiri setiap kesalahan dr asri. secara terbuka adalah lebih baik.
      tindakan pgsm tidak silap sama sekali. ia adalah amat wajar supaya kebenaran akan ditegakkan dan kesejahteraan ummah terjaga.
      saya cadangkan supaya pgsm siarkan sepenuhnya bukti-bukti yang ada kerana dr asri yang minta begitu

    42. Salam…

      Apsal Ulamak kat Malasia yg suka praktis pakai aksesori dalam beradapan agama dan tuntutan agama ni dibiarkan berleluasa sedangkan org yg nak pimpin kite semua ke fitrah Rasulullah tu di tentang habis habisan? Saya tak paham la… kenapa isu mazhab ni jadi masalah besar sedang adanya Quran & Sunnah tu untuk menyatukan ukhuwah?
      Kenapa mesti adanya Bida’ah hasanah?? Bukan ke apa yg ada dlm Quran, Hadith & Sunnah tu dah lebih dari eksesori yg kite rasakan cantik tapi bukan seperti yg di minta?

    43. saudara Wadi…. Wahabi 2 sesat dan menyeleweng betul tak ? Kamu akan jawab 100 % nyata sesat ..
      Sesat bermakna boleh membawa kepada murtad…. Dalam Islam jika cukup syarat2nya bermakna Dr Asri
      boleh dipancong kepalanya… bermakna darahnya halal …. na`uzubillah !! Kenyataan yg saudara Wadi hight lightkan mugkin ramai yg bersetuju…tetapi mereka2 yg sedarjah pengkajian atau semberono seperti saudara juga …. Katakanlah saya atau sesiapa saja yg j termakan cakap saudara, maka dengan penuh keyakinan akan mendakwa Dr Asri adalah sesat dalam agama dek kemurtadannnya … Berbahagialah saudara kerana dengan cepat dapat menanggapi kesesatan seseorang itu dari jauh dgn secara rasa2 dan tanpa kajian mendalam… saham anda diakhirat kelak juga bertimbun2 dek sumbangan anda dalam melahirkan fakta yg jitu yg mendapat memberi keyakinan kepada sesiapa saja yg kamu tidak kenali atau kenali….

      Lebih bahagia lagi bila anda juga menyesatkan tokoh2 ilmuan silam yg diperakui oleh semua ulamak dan guru2 … baik umno, pas, tariqat2 tasauf, jesteru kerana anda turut membabitkan kesesatan Dr Asri kerana berpegang dengan pandangan ulamak2 tertentu…. Anda selidikilah agar anda juga tidak terlajak menyesatkan Rasulullah dan para sahabatnya dikeranakan menyesatkan Dr Asri yg berpegang dengan sunnah Rasul dan pandangan ulamak2 muktabar .

      Seperti biasa orang2 yg terburu-buru menyesatkan orang tanpa kajian… kesesatan itu boleh kembali kepadanya juga….

    44. http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894

      mungkin ramai juga yang tak tahu aper itu wahabi so no atas ader link nye…JAKIM

    45. Kepada anak-anak murid Dr Asri, Saya minta anda beritahu dia, jaga ADAB SEBAGAI ULAMA.
      Orang Perlis dapat terima pendapat sebab dia ada dalil. tapi beliau juga PERLULAH menerima pendapat orang juga sebab mereka juga ada dalil. Apa yang jadi masalah sekarang ialah pendekatan yang Dr Asri bawa ini DIPAKSA atau WAJID dilaksana di Perlis. Adakah pendapat Dr Asri ini sahaja yang betul? Dari sibuk-sibuk huru-harakan orang yang telah sedia sembahyang, lebih baik lagi beliau cari hujjah supaya orang yang malas sembahyang ini supaya rajin sembahyang contohnya.

    46. murtad ke kita klu berfahamn wahabi ? selangor atau jakim kuarkan satu fatwa psl wahabi jd senang. isu khlwat sya stju dgn dr asri. jabatan agama cuma brani kt hotel bajet murah, tepi pantai, dlm kete. Penah hotel kt genting kene serbu ? time serbu yg dtg smua lelaki, yg kene serbu mstilah ada pmpuan. org tu ngah berkemban kite tgk jer. niat tu baik. tapi matlamat menghalalkan cara ? tgk aurat pempuan halal ke klu ye pn pempuan tuh berzina ? kat tepi federal haiway tuh sebesar-besar alam kilang carlsberg. klu jais bukak pondok kat situ confirm rmi kene tgkap.

    47. Sekadar pandangan

      1. PGSM perlu menarik balik kenyataan atau memorandum yang mengandungi unsur-unsur yang dilihat mengfitnah MAZA. JIka selama ini perlantikan YDP YADIM tidak menjadi masalah, kenapa pula perlantikan MAZA akan menimbulkan masalah kepada orang Islam Di Malaysia.

      2. MAZA perlu memahami bahawa masih terlalu ramai orang Islam Malaysia yang masih kurang kefahaman Islam dan juga terlalu ramai yang terlibat dengan gejala maksiat. Oleh demikian, lebih molek kiranya MAZA dpt bersama dgn NGO Islam untuk memberikan kefahaman Islam kepada ramai orang Islam Malaysia yang masih rendah kefahamanya. Tenaga dan usaha wajar digembeleng untuk membawa generasi remaja yang hayut kpd Islam.

      3. Tindakan MAZA menggunakan media utama untuk mengkritik secara terbuka terhadap tindakan sesetengah pegawai agama Islam atau mengkritik parti politik tertentu amatlah tidak wajar. Ini hanya mengeruhkan suasana yang sedia ada dan mengurangkan tumpuan untuk masalah sebenar.

      4. MAZA wajar mengambil pengajaran daripada isu ’superman malaysia’. Apa yang berlaku kepada beliau . Beliau tetap seperti itu. Bahkan ramai remaja muslim malaysia yang semakin larut dengan perlakuan yang bertentangan dengan Islam. Marilah bersama berganding bahu untuk menyelamatkan remaja yang semakin lalai dan hayut daripada pegangan Islam.

      5. Akhirnya, NGO Islam dan MAZA berada dalam landasan yang sama iaitu untuk mencari redha Allah SWT. Amat tidak wajar dan memalukan apabila ulama’ hebat spt Dr MAZA dan NGO Islam bergaduh didalam media. Saling mengatakan merekalah pihak yang benar, dengan tanpa mempertimbangkan masyarakat Islam seluruhnya. Kembalilah ke medan musyawarah dan berpeganglah dengan nas-nas al-quran dan hadis yang sahih. Jika NGO Islam tersilap dlam isu memorandum, maka mengakulah dan minta maaf secara terbuka. Kepada Dr Maza-berhentilah menggunakan media untuk mengkritik secara terbuka beberapa tindakan pegawai agama yang dilihat tidak secocok dengan kefahaman Islam yang murni. Ingatlah-bukan Dr Maza dan NGO Islam hanya mewakili kurang 1% umat Islam Malaysia. Bukan sahaja kamu shj Islam. Kami semua pun Islam dan kami juga punyai tanggungjawab dan hak dalam Islam.

      Kepada Allah kita pohon petunjuk dan kebenaran. Diketika kita bertelagah isu-isu sunat atau harus spt membaca qunut di waktu solat subuh, membaca zikir perlahan atau kuat, membaca talqin atau cukup dengan berdoa selepas pengkebumian dll. Ribuan umat Islam yang masih culas mengerjakan perkara wajib spt solat, ribuan yang terjebak dengan perlakuan zina dan judi. Al-Aqsa masih terus dijajah oleh Israel. Darah umat Islam yang tidak berdosa terus mengalir di Palestin (bumi kelahiran Imam Shafii), Iraq, Afghanistan dll. Apakah jawapan kita kepada Allah mengenainya. Umat yang berjaya ialah umat yang mengenal keutamaanya. Ingatlah punca utama kerajaan Abasiyah tumbang ditangan Hulago ialah apabila ulamanya lebih sibuk bertengkar isu-isu perbezaan pendapat dan melupakan jihad. Maka akhirnya, bukan shj rakyat yang terbunuh, malah ulama’ juga dibunuh kejam oleh tentera Hulago. Berpakatlah dan jangan berdolak-dalik.

    48. Mufti Perlis tidak dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu sudah tabiat manusia yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk mengelakkan diri dari berbeza pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat dengan beliau. Kita juga adakalanya tidak mampu untuk mengelak diri dari dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika seseorang itu terkenal.

      Namun, yang dibimbangi adalah perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan yang dahsyat, label melabel, tuduh menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci, pasti ada terlihat keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin melihat pihak yang lain ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal dunia.

      Padahal isu yang berbangkit kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan takwilan dan pandangan. Tidak wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan keras. Memadailah untuk mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan lemah, dan kemudian jika pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya, berlapang dadalah.

      Selain itu, janganlah dengan mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.
      Sebagai contoh:

      •tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi, •menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
      •membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki, •tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi. Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia.
      Malah menurut sebahagian pandangan ulama antarabangsa, istilah itu dipelopori oleh musuh-musuh Islam dari kalangan bukan Islam, untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Memang benar, terdapat ulama moden yang menggunakan istilah tersebut di dalam penulisan mereka, namun ia merujuk kepada pengikut aliran Muhammad Ab Wahab di Saudi suatu ketika dahulu, ia bukan sebuah mazhab yang khas.

      Di sebelah pihak yang lain pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid’ah, sesat, ahli bid’ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam.

      Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :

      ” Sesiapa yang tidak tidak mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium bau Fiqh itu”

      Bau Fiqh pun belum dapat, apatah lagi inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan boleh memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu bau Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.
      BERLAPANG DADA, IKTIRAF USAHA & PANDANGAN

      Imam Al-Awza’ie ketika ditanya berkenaan sama ada batal wudhu atau tidak bagi lelaki yang mencium isterinya menjawab :

      Ertinya : Jika seseorang bertanya kepadaku, aku akan menjawab, batal dan perlu mengambil wudhu semula, namun sekiranya dia tidak mengambil wudhu, aku tidak akan mengutuknya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 )

      Imam Ahmad Bin Hanbal pula pernah ditanya sama ada sah solat yang menggunakan kulit musang. Jawabnya :

      Ertinya : “JIka perbuatannya itu adalah hasil pemahamannya dari nas ((Apa-apa yang disamak maka telah menjadi suci )), lalu bolehlah solat di belakangnya”[1]

      Maka ditanya : Adakah engkau juga melihatnya sebagai harus?

      Imam Ahmad menjawab

      ?? , ??? ?? ???? ????? ???? ??? ??? ?? ????? ??? ??? ?? ???? ????
      Ertinya: Tidak, kami tidak melihatnya harus, tetapi dia ingin menafsirkannya (menggunakan) nas itu, tiada masalah untuk solat di belakangnya.[2]

      Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan Al-Quran.

      Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada [3]

      •a) Usul Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.
      •b) Furu’ Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.
      Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.

      Saya membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.

      Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.

      Yang paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil.

      Ia sangat membuang waktu dan menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan mampu memahami laras bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru, tindakan terbaik bagi si alim adalah diam.

      Kesimpulannya, dibenarkan untuk menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan ilmiah dibuat, jangan lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada niat baik untuk kebaikan Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu mereka adalah yang lebih tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.

      Namun jangan terlupa, ruang kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Saya sendiri sering mengingatkan diri saya ketika mengulas isu-isu kewangan dan riba, bahawa saya mungkin boleh berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya,

      Justeru itu kerap saya katakan kpeada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan pandangan saya,

      “Pandangan dan tulisan saya tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas untuk terima atau menolaknya”

      Cuma harapan saya, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri.

      TANGKAPAN JAIS: SIAPA UNTUNG?

      Memang benar JAIS punyai hak mendakwa sesiapa sahaja yang berceramah tanpa tauliah, itulah yang diarahkan oleh Sultan Selangor selaku Ketua Agama di Negeri Selangor.

      Namun demikian, saya kira untuk menangkap seorang bekas Mufti sebuah negeri yang telah diiktiraf keilmuannya oleh UIAM sehingga diberi PhD dalam bidang agama, juga oleh Raja Perlis sehingga dilantik menjadi Mufti negeri dan diberi anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Negeri. Tindakan itu boleh dikatakan kurang bijak dan secara tidak langsung memperkecilkan penilaian Raja Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan banyak pihak lain yang berautoriti.

      Bagi saya isu ini lahir hasil ‘sakit hati’ yang datang dari pertembungan kedua-dua belah pihak, penyokong dan penentang Dr Asri di Malaysia.

      Dr Asri di sebelah pihak yang dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, manakala sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini sudah cukup dengan cara dan pemikiran agama yang sedia ada, nescaya pertembungan berlaku.

      Bermula dari sedikit, ia menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan api pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak mempunyai tekong ‘bergaduh’ yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang sihat ini.

      Saya yakin, penangkapan Dr Asri berpunca dari perkembangan kurang sihat tersebut tadi, ia sangat mudah dibaca dari laman-laman web ‘tekong-tekong gaduh’, ya amat pasti dan ia seolah-olah satu open secret bagi kedua-dua pihak. Ketiadaan tauliah hanya dijadikan alat dan cara berselindung di sebalik undang-undang yang sedia ada.

      Memorandum Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia boleh memberikan pengesahan berkenaan persengketaan dan perbalahan ini.

      Namun sebenarnya, siapa yang untung dengan tangkapan ini?

      Memang benar, untung rugi bukan persoalannya di sini, tapi pastinya yang membenci ingin kononnya mematikan dan menggangu gerakan yang dibawa oleh Dr Asri. Dirasakan cara ini adalah terbaik bagi menakutkan kumpulan itu.

      Tetapi nampaknya, tangkapan itu menjadi back fire kepada mereka.

      Ya benar, saya berasa yakin kini pihak yang tidak menyukai Dr Asri akan merasa tertampar dengan liputan media terhadap isu ini.

      Sebagai orang luar dan pemerhati saya lihat, tiada banyak keuntungan diperolehi oleh pihak yang membenci Dr Asri, kerana tangkapan ini hanya menaikkan populariti beliau, malah kalau sebelum ini Dr Asri hanya menceritakan secara peribadi dan agak tertutup berkenaan sokongan pelbagai orang berjawatan besar, ternama dan pelbagai parti politik kepadanya, namun dengan berlakunya hal ini, sokongan tersebut menjadi nyata kepada awam.

      Perdana Menteri memberi sokongan,

      Mursyidul Am PAS

      Menteri Agama,

      Menteri Besar Selangor,

      Ketua Pemuda UMNO,

      Dibincang di dalam Parlimen Malaysia

      Ketua Pemuda PAS,

      Bekas YDP YADIM,

      Tajuk besar beberpaa buah akhbar perdana,

      Serta ramai dan banyak lagi

      Semua ini membuka lebih besar jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian, sokongan dan dakwahnya juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai yang baru tertarik untuk membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya. Semua ini akibat dari isu penangkapan tersebut.

      “Jadi ustaz, siapa yang rugi dan siapa yang untung ? ” tanya seorang kenalan di UK

      “Sudah tentu Dr Asri dan gerakannya, jadi kalau di ketika ini ahli-ahli gerakannya perlu tampil kehadapan dengan lebih aktif untuk menerang dan menjelas, mereka akan mendapat merit yang banyak, Malah ORANG YANG TAK SOKONG pun boleh jadi sokong kerana mula berasa SIMPATI”

      “Namun demikian, mesti disedari, populariti juga boleh ‘membunuh’ seseorang ahli agama, rasa ujub, riya dan takbur amat mudah berkembang. Justeru itu dia kena jaga. Kelak nanti setiap lafaz boleh berubah menjadi sombong. Teguran pula akan sentiasa dibakul sampahkan kerana merasa diri sangat popular dan berpengaruh. DAN ORANG YANG SOKONG pun boleh jadi TIDAK sokong kerana mula berasa MELUAT” Tegas saya lagi menjelaskan.

      Demikian pendapat saya sebagai pemerhati dari luar, ya luar negara.

      SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH : BERDAMAILAH

      Satu lagi, saya amat ingin melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih bijak. Benar, bijak itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja tergolong dalam tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak dan lembut adalah lebih digemari oleh Nabi s.a.w berbanding keras dan kasar.

      Jangan pula mengatakan:

      “Ala dia yang mula mengutuk dan mengecam, kita balaslah, geng dia saman dulu, kita bagilah dia tindakan undang-undang sebagai balasan”

      Ini satu sikap yang tergambar hati yang busuk serta tidak matang. Jangan sampai orang melakukan cara ahli neraka, maka sebagai balasan, kita juga ingin menjadi sepertinya.

      Selain itu, saya berkongsi bahawa ulama silam yang hebat kerap meninggalkan kontroversi dan konfrontasi dengan pegangan ahli agama setempat.

      Jika ingin membawa perbezaan pendapat sekalipun, sewajarya dilaksana secara berperingkat tanpa menyakitkan sesiapa dengan kata-kata yang mudah disilaptafsirkan, khususnya bagi mereka yang sudah benci.

      Ali Abi Talib diriwayatkan berkata :

      ????? ?? ???? ????? ???? ???? ???????? ??? ???? ????? ?????
      ” Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa putuskan, sesungguhnya kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh tersu berada di dalam satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)

      Ahmad Bin Hanbal berkata :

      ?? ????? ?????? ?? ???? ????? ??? ????? ??? ???? ?????
      Ertinya : Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang ramai kepada pegangannya dan berkeras atau memaksakannya (menerima pandangannya) ke atas orang ramai

      Benar, perbalahan sesama kita hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja gagal dijalankan, imej Islam pula yang menjadi semakin buruk. Kerana itulah ulama haraki seperti Imam Hasan Al-Banna menyarankan agar kita maju ke depan dengan tugas dan usaha masing-masing, lalu satu kaedah yang amat baik dari Syeikh Rashid Redha dicadangkan :

      ?????? ???? ?????? ???? ????? ????? ???? ???? ????? ???
      Ertinya : “Kita bekerjasama dalam perkara yang telah kita sepakati, dan saling menguzurkan diri dari perkara yang diperbezakan”

      Akhir sekali, HENTIKANLAH berbalah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan tangkap menangkap disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang berkelayakan. Ia mencemar imej Islam dan menjatuhkan keyakinan mad’u kita yang sebenar kepada Islam.

      Firman Allah :-

      ???????????? ?????? ??????????? ????? ???????????? ????????????? ?????????? ????????? ???????????? ????? ?????? ???? ?????????????
      Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 26 )

      Sekian

      Zaharuddin Abd Rahman

      http://www.zaharuddin. net

      2 Nov 2009

    49. Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

      Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

      Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

      Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

      Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

      Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

      Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

      Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

      Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

      . Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

      . Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

      . Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

      . Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

      . Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

      . Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

      . Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

      . Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

      Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

      . Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

      . Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

      . Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

      . Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

      . Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

      . Amalan tariqah dilarang sama sekali.

      . Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

      Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

      Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

      Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

      Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

      Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

      Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

      Tarikh : 23 Disember 2006
      Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
      Editor : PRO JAKIM

      SUMBER : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894

    50. saya harap pgsm dan jais terus bersatu dan mendakwa dr asri. asy-syeikh al kasyaf ustaz shahul hameed an naqsyabandi telah menyatakan dalil-dalil malam tadi yang golongan wahabi ini sesat dengan merujuk kepada nas-nas dari asy syeikh ustaz zamihan dan asy syeikh ustaz mahfouz. tidak sah solat mereka dan tidak boleh dijadikan imam. hati-hati orang malaysia yang mengerjakan haji di makkah. jangan berimamkan mereka dan jangan buat haji ikut cara diorang. harap pgsm teruskan usaha membanteras golongan ini dari malaysia.

    51. fahmi asrar …. Ustaz syahul hamid tu kurang kajiannya ……
      saya ada dengar ceramah dia banyak kali juga…. tetapi sayang dia kurang membaca dan kurang ilmunya..
      Sayang bawa kitab kilik hulu hilir utk membuktikan asri lemah hujahnya ..ttpi tapi apa yg dia baca kitapun tak tahu…..kerana tokoh2 yg menjadi kajiannya juga adalah tokoh yg sangat2 di cintai oleh Asri….
      Dia cuba membuktikan Asri banyak kesalahannya tetapi sepanjang hujuh yg dikemukakannya masih memperlihatkan kebingungannya dalam dunia ilmu.. lebih2 lagi dalam ilmu hadis….. (beliau tiada jaringan dengan ulamak2 hadis dalam dan luar negeri dan sering tergelincir apabila memperkatakan ttg perbahasan kekuatan sesuatu hadis)
      Fakta yg di sogokkannya kepada peminatnya banyak berdasarkan fikirannya sendiri yg belum matang dalam dunia fakta dan perdebatan….
      Saya berkeyakinan jika beliau ikhlas menelusuri perjalanan kajian ulamak2 hadis dulu dan sekarang ..suatu hari nanti beliau akan menangis dan bertaubat atas kelancangan beliau menyekat perkembangan penyampaian kajian ulamk silam yg di sampaikan oleh ulamak antarabangsa kini….
      Asri adalah tokoh kecil dalam dunia hadis antabangsa namun usahanya besar di Malaysia ini……

      Jika Asri memperkatakan sesuatu hadis dan syarahnya berdasarkan pemikirannya sendiri….. sudah lama saya akan berhenti memikirkan lontaran ilmunya….tetapi jika di teliti dengan mendapatkan rujukannya maka sangat jelas beliau menjadikan kesahihan dalil nas dan kehujahan ulamak sebagai sandarannya….

      Malang sdr Kasyaf kita memutar belitkan fakta berdasarkan kefahamannya sendiri dari kitab2 bagai menegakkan benang yg basah….. Tidak dipedulinya apakah hujahnya itu berdasarkan nas2 yg shahih ( yg bukan dari kajian ulamak wahabi ) juga tidak dipedulikannya jika disabitkan sesuatu sanad hadis yg didaifkan oleh ulamak hadis muktabar silam (bukan ulamak wahabi)

      Apa guna jadi hero pembela agama dengan suara lantang menerkam jika yg hendak di terkam itu adalah Rasulullah sendiri dan juga para sahabatnya …. Silap terkam Asri terterkam ulamak2 yg muktabar dan melekehkan ulamak dek ketergesa-gesaan menilai fakta… atau buta fakta….

      Sayang apabila kajian ulamak silam, (bukan ulamak wahabi) apabila kajian mereka dengan bersusah payah bersekang mata utk meneliti sesuatu hadis di sekat penyebarannya kepada seluruh umat Islam oleh jaguh-jaguh agama yg kurang lancar dan serba kekurangan dalam pengkajian mereka…

      Tidak sedikit kajian ulamak hadis yg tidak sampai kepada tatapan umum.. sehingga ramai berterusan memperkatakan atau mengupas atau mensyarahkannya sesuatu hadis yg sebenarnya bukan hadis kerana Nabi S.A.W samasekali tidak pernah mensabdakan hadis yg bukan hadisnya itu (hadis palsu)

      Usaha dakwah yg benar jgn sekali-kali cuba dihalang atau kita memberikan sahamnya dalam usaha menghalanginya berkembang… usaha dakwah kepada kebenaran fakta ttg hadis Nabi s.a.w tidak boleh di lakukan oleh calang2 orang ..jesteru itu dekatilah pengajian hadis yg memuatkan pengkajian hadis ..bukan kuliah2 yg sekadar membacakan hadis dan syarahnya sahaja tanpa mengkaitkannya dengan kajian ulamak hadis (bukan wahabi)

      JANGANLAH TAKSUB KEPADA DR ASRI… atau Ustaz Shahul atau Ustaz Nuruddin al Banjari tetapi taksublah kita hanyalah kepada Allah s.w.t juga kepada pembawa syariatnya iaitu Nabi s.a.w…

    52. Saya tidak mengatakan apa yg disampaikan oleh Syeikh Shahul Hamid atau Syeikh Nurudin al banjari 100 % kurang tepat …. dan saya juga tidak mahu mengatakan 100 % Dr Asri benar dalam setiap tutur katanya… dan saya juga tidak mempedulikan lontaran2 Dr Asri sehingglah saya menemui kajiannya adalah benar kerana sandarannya adalah hasil dari kajian ulamak silam (bukan ulamak wahabi) yg berlandaskan nas2 yg sshahih.

      Setahu saya ulamak2 wahabi tiada kajian yg mereka lahirkan sendiri….dan saya juga tidak berminat dengan kajian ulamak wahabi…..

      Tumpuan kita semua sepatutnya kepada kajian ulamak silam (bukan wahabi) yg perlu diketengahkan kepada seluruh umat… jika Asri benar kerana bertepatan dengan kajian ulamak (bukan wahabi) kita katakan beliau benar dan sebaliknya jika Ustaz Shahul atau sesiapa sahaja yg memberikan fakta yg tidak kuat berdasarkan kajian ulamak silam membuktikan kelemahannya ..maka kita katakan Ustaz Shahul mendatangkan hujah yg lemah ….. begitulah mgkin saja Asri mugkin juga Shahul Hamid boleh memiliki pendapat dan kajian yg lemah atau kuat tergantung kepada hidayah Allah yg akan mengalir melalui mereka bedua dan juga lain2 pendakwah yg kita inginkan kebenaran lahir dari lisan mereka tanpa pilih bulu dan kesesuaian atau halqah mana yg kita duduki dahulu…..

      Bagaimana jika halaqah al arqam atau syiah yg kita duduki dan sanjungi dahulu …. sudah tentu Ustaz Shahul tak ada maknanya bagi kita…. kerana lemak suara Ustaz Shahul lebih dahulu membenam dalam jiwa kita…..
      Sudah tentu apabila kajian Dr Asri banyak persamaannya dengan kajian Ustaz Shahul .. tentu tidak kita akan mengatakan ustaz Shahul juga wahabi…..atau sebaliknya Dr Asri adalah dari Naqsyabandiah….

    53. kepada sdr fahmi asrar..
      jika sdr ada rakaman penjelasan ust shahul berkaitan perkara ini, harap dapat dikongsi bersama. atau email kpd saya di shah_ikhwan03@yahoo.com.

      ilmu tertegak atas hujjah..

      yg benar…
      balik pulau pindah N9.

    54. Kalau di Mekah dan MAdinah adakah Imam tu macam imam dimalaysia…ada wirid lepas solat..? Adakah mati di Meadianh ada talkin mcm di Malaysia..?Tak jugak…Adkh Imam di Mekah memakai Serban ,,tak jugak..Ada masjid di Mekah yg 3 tugas dalam satu..dialah bilal,dialah komat dan dia jugak yg jadi Imam..Tak gitu? Jgn lah membesarkan perkara perkara yg tak pasti benar atau salah..kesian lah org Mleyu..tak serik lagi membaca fitnh dan adudumba ,pdhal semua nya ada ijazah..Kau org dh pernh jumpa tuhan ke??

    55. Aku sokong PGSM dan JAIS….kalau hampa nak tau…wahabi ni puak mujassimah…iktiqad depa termasuk asri: Allah duduk atas Arash..nauzubillah. Depa ni jugak sanggup mengkafirkan Ayah dan Ibu Junjungan kita Nabi Muhammad iaitu Abdullah dan Aminah dengan alasan ayah dan ibu Rasulullah wafat dalam zaman jahiliah (lihat dalam laman web depa ( al-AHkam online )

    56. kalaulah benar YDP PGSM telah minta maaf baguslah.

    57. Tuan-tuan bercakap pasal bidaah. Tuan-tuan tahukan apa itu bidaah? Dalam Islam tidak ada hukum bidaah. Yang ada hanyalah harus, sunat, wajib, halal dan haram. Jadi tolong tunjukkan yang mana bidaah yang haram? Berikan dalilnya. membuat masjid bermihrab, bermenara, berpembesar suara dan berkubah juga tidak ada di zaman Rasulullah. Apakah ini bidaah?
      Golongan Wahabi dalam dunia ini hanyalah dalam 2 juta orang sahaja, majoritinya di semenanjung Nadj (Arab Saudi). Tetapi merekalah yang paling kedepan mengkafirkan golongan majoriti umat Islam. Ibnu Taimiyyah hanya muncul selepas 600 tahun hijriah. Muhammad Ibnu Abdul Wahab, pengasas fahaman Wahabi hanya muncul 500 tahun kemudian Apakah mereka sahaja yang benar dan golongan ilmuan yang sebelum mereka semuanya sesat dan bidaah?
      ahaman Wahabi sememangnya tidak sesuai di Malaysia kerana kita adalah ahli sunnah wal jamaah dan bermazhab Shafie. Pembaharuan yang ingin di bawa bukan tidak boleh, tatapi janganlah sampai menghina para ulamak dan ilmuan Islam terdahulu dengan mengatakan amalan mereka khurafat dan bidaah. Berikan hujah secara ilmiah dan jangan kelirukan orang awam. Masalah furuk jangan diperbesarkan. Bukankah khilaf itu rahmat? Dakwah gologan seperti Dr Maza ini mestilah lebih berhemah.
      Wallahu’alam.

    58. Salam buat semua saudara seagama,

      Mungkin terlambat nak ulas pasal Dr, Maza vs PGSM nie. Rasanya nie dah bukan soal agama, tetapi dah melibatkan politik. Nyata , terang lagi bersuluh hanya orang “orang politik” aje yang sokong Dr.Maza nie. Heran ye tak kan tak de ilmuan islam yang sokong dia dalam kes “tangkapan” , sampai imam kampung pun tak sokong dia. Mufti Pahang, Sabah, Perak , Pulau Pinang, Johor dah nyata duduk sebelah mana.

      Kalau nak bangga dengan title Dr.. dalam bidang agama , itu hanya ilmunya, amalnya belum tentu,
      Salahnya Dr. nie kerana menghukum orang lain dan tak menghormati ilmuan ( penceramah ) yang lain,

      Ramai ilmuan yang ” mulut tak sempat rehat ” bagi kuliah di merata Masjid/Surau orang tak komplen tak kacau bilau masyarakat. Yang pastinya orang politik tak berapa minat nak dengar. Kenapa ?

      Ustaz Khazim Al Hafiz / Ustaz Idris ( Terengganu ) / Tuan Guru Nik Aziz / Ust Zahazan / Ust Kamaluddin (N9) dan ramai lagi orang tak bising pun kenapa ye..
      Mereka nie bodoh ke ?
      Kurang Ilmu ke ?
      Salah Kitab ke ?
      Lain ke Nabi nya ?

      Wahai rakan2 dalam PGSM teruskan usha anda. Berjuang lah kerana iman kita nie naik turun macam pasang surut air laut ( Mohon berlindung ). “Ular tak hilang bisa, dek menyusur akar” Ikan tak masin dek berendam dilaut” Ingatlah… Politik ( orang2nya ) akan pupus tetapi agama akan tetap kekal.

      Wasalam

    59. Wahabi tak sesuai untuk umat Islam Malaysia: Mashitah

      KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat, sebaliknya beranggapan ia tidak sesuai untuk umat Islam negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

      “Jika sesat, habislah jemaah kita yang solat di Makkah kerana mengikut tok imam di sana yang berfahaman Wahabi. Fahaman itu tidak sesat, cuma ada perbezaan dengan apa yang kita amalkan selama ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan, di Masjid Wilayah, di sini semalam.

      Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.

      Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.

      Berikutan itu, Mashitah berkata, kerajaan dan Majlis Fatwa sedang menelitinya secara berhati-hati supaya tidak membahayakan dan menimbulkan ketegangan di kalangan orang agama atau masyarakat.

      “Jika menimbulkan keresahan dan kekeliruan kepada masyarakat atau menyentuh soal akidah hingga membawa terbatal syahadah, tindakan akan dikuatkuasakan.

      “Fahaman Wahabi yang disifatkan sebagai isu sensitif masih boleh dibendung kerana perbezaan aliran itu masih boleh diterima selagi tidak menyentuh akidah. Kita mengambil pendekatan yang halus dan diplomasi kerana banyak yang perlu kita jaga terutama perpaduan masyarakat,” katanya.

    60. KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah banglo di Selangor.

      Katanya, Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

      “Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

      “Kita tidak mahu masyarakat terkeliru dengan ceramah yang disampaikan mengenai amalan-amalan sunat yang sering dilakukan sebelum ini dan beliau seharusnya menghormati amalan yang diamalkan setiap negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

      Abdul Rahman berkata, itu tidak bermakna setiap penceramah perlu mendapat tauliah terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah di negeri.

      “Selagi mereka tidak mempertikaikan perkara sedemikian, tidak timbul masalah dalam soal tauliah atau tidak. Yang penting, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) memandang serius isu berkenaan bagi mengelak berlaku kekeliruan terhadap fahaman dan amalan yang dilakukan.

      “Kita mempunyai amalan yang dilakukan mengikut dalil yang sahih merujuk kepada kitab yang diperakui.

      “Kita juga tidak mempertikaikan ilmu yang beliau ada, namun pendekatan yang digunakan itu, menggambarkan beliau mahu memecah-belah masyarakat dengan isu sensitif dalam ceramah yang disampaikan,” katanya.

      Katanya, Jaip juga sudah mengenal pasti beberapa pihak yang mempunyai niat seumpama itu ketika menyampaikan ceramah di negeri ini.

      “Jaip sedang mengawasi pihak yang berkemungkinan cuba menyebarkan fahaman yang cuba mengelirukan masyarakat Islam dan penguat kuasa Jaip juga sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya pihak berkenaan meneruskan aktivitinya.

      “Saya berharap, masyarakat peka dan tidak keliru sekiranya terdapat pihak yang tampil dan cuba menyampaikan dakwah bertujuan untuk mengelirukan dan mempertikaikan amalan yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

    61. Dr Asri Mengatakan Selawat Syifa’ Bercanggah Dengan Aqidah :

      http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/belajar-menyelidik-sebelum-terima-bulat.html

    62. kami menyokong tindakan ke atas asri al wahabi

    63. Bismillahhirahmanirrahim..
      Assaalamualaikum..”(^_^)”..n selamat pagi semua saudara-saudaraku.. Alhamdulillah perkara ini hampir selesai, senang dan tenang hati saya.. Saya bersyukur dengan tindakan yang telah diambil oleh PGSM, hanya Allah ‘Azza wa jalla sahaja dapat membalas jasa anda semua.. Barakallahufik..”(^_^)”.. Saya pun kagum dengan semua yang memberi komen baik di dalam laman web PGSM ini dan kagum kepada yang memberi komen terlalu berat sehingga berprasangka buruk kepada saudaranya sendiri.. InsyaAllah saya cuba berdoa kepada Allah ‘Azza wa jalla semoga diampunkan dosa anda (yang berkenaan).. Kenapa perlu berprasangka buruk??, kenapa terus-menerus hendak mengatakan orang itu sesat??.. Apakah anda (yang berkenaan) tahu niat apa yang ada didalam hati setiap manusia??, apakah jikalau seseorang itu telah melakukan kesalahan besar atau kecil kita tidak boleh memaafkannya??.. Allah ‘Azza wa jalla Maha Pengampun dan Nabi Muhammad pun mengampunkan dosa manusia yang melakukan kesalahan terhadapnya..

      Dari Abu Hamzah yaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Niscayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah yang luas.” (Muttafaq ‘alaih)..

      Ingatlah hanya Allah ‘Azza wa jalla sahaja yang tahu apa terniat di hati setiap manusia sepertimana firman Allah Ta’ala :
      ??? ?? ????? ?? ?? ?????? ?? ????? ????? ????
      “Katakanlah - wahai Muhammad [2],sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah.” (ali-lmran: 29),

      dan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang amat kita semua cintai :

      Dari Abu Hurairah, yaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
      “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim)..

      Saya hairan kepada mereka yang suka memandang buruk terhadap saudaranya sendiri, fikirkanlah..kalau pun mereka melakukan kesalahan apakah mereka tidak boleh bertaubat dan adakah taubat mereka tidak akan diterima,, Setiap manusia melakukan kesalahan, tiada yang sempurna.. Saya bertanyakan kepada mereka yang berkenaan “adakah anda tidak pernah melakukan dosa-dosa besar ataupun kecil, saya yakin anda penah melakukan”… Mungkin dalam keadaan sedar dan tidak sedar, ingat lah syaitan boleh melakukan berbagai cara untuk menyesatkan manusia.. Tapi kita semua masih diberi masa dan peluang untuk bertaubat..

      Allah Ta’ala berfirman: “Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu’min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan.” (an-Nur: 31),

      dan

      Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia.” Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan..

      Lagi satu hadis yang ingin saya kongsikan adalah : Dari Abu Said, yaitu Sa’ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahwasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

      “Ada seorang lelaki dari golongan umat yang sebelummu telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta. lapun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat. Pendeta itu menjawab: “Tidak dapat.” Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu. Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahwa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masi’h diterima taubatnya. Orang alim itu menjawab: “Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta’ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk.” Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.

      Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: “Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta’ala.” Malaikat siksaan berkata: “Bahwasanya orang ini samasekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun.”

      Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: “Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan.” Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan.” (Muttafaq ‘alaih)

      Kita semua melakukan kesilapan dan setiap apa yang kita lakukan semua akan dituntut.., Kepada Allah ‘Azza wa jalla jualah tempat kita kembali, bertaqwalah kepada Allah ‘Azza wa jalla sekuat-kuatnya..

      Allah Ta’ala berfirman : “Maka bertaqwalah engkau semua kepada Allah sekuat-kuatmu.” (at-Taghabun: 16)

      Lagi Allah Ta’ala berfirman:

      Allah Ta’ala berfirman pula:”Jikalau engkau semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua pembedaan - antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung.” (al-Anfal: 29)..

      Kuatkanlah juga kesabaran kamu semua :

      Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya.” (az-Zumar: 10)

      Lagi Allah Ta’ala berfirman:

      “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar.” (Muhammad: 31)

      Mengagungkan Kehormatan-Kehormatan Kaum Muslimin ”

      Allah Ta’ala berfirman: “Dan tundukkantah sayapmu - bersikap sopan santunlah -dap kaum mu’minin” (al-Hijr: 88)

      lagi Allah Ta’ala juga berfirman:

      “Barangsiapa yang membunuh seseorang manusia bukan karena sebagai hukuman membunuh orang atau dengan sebab membuat kerusakan di bumi - merampok dan lain-lain, maka ia seolah-olah membunuh manusia seluruhnya dan barangsiapa memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah ia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (al-Maidah: 32)

      Saya hanya memberi pendapat dan tidak ingin mencari permusuhan, hati saya tenang dan sejuk melihat saudara-saudara saya senyum dimana ketika saya dalam kesusahan dan dalam keadaan marah.. Lalu saya ucapkan Alhamdulillah kerana masih ada lagi yang mempunyai hati yang suci dan ingin menjaga hati ini.. Terima kasih semua saudara-saudaraku, ku mencintai umat-umat Islam yang beriman kepada Allah ‘Azza wa jalla dan dan mengaku Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah..

      Assalamualaikum..”(^_^)”…

    64. Bismillahhirahmanirrahim..
      Assaalamualaikum..”(^_^)”.., pembetulan pada ayat

      “Ingatlah hanya Allah ‘Azza wa jalla sahaja yang tahu apa terniat di hati setiap manusia sepertimana firman Allah Ta’ala :
      ??? ?? ????? ?? ?? ?????? ?? ????? ????? ????
      “Katakanlah - wahai Muhammad [2],sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah.” (ali-lmran: 29),”..

      (Maaf kerana ayat Al-Quran tidak dapat dibaca pada ruangan komen)

      Terima kasih

      Assalamualaikum..”(^_^)”…

    65. tahniah PGSM. tindakan memohon maaf bagi menjaga kesatuan ummah harus dipuji. kesilapan, usah diulang lagi di masa-masa depan. lebih berhati-hati dalam berbicara. tahniah…

    66. Di antara kesalahan-kesalahan Asri & mufti perlis sekarang
      1- Objektif perjuangan mereka untuk mengeluarkan umat Islam awam daripada amalan bertaqlid dalam agama. Perjuangan ini sia-sia belaka dan bertentangan dengan ahli sunnah waljamaah. Mengikut pegangan ahli sunnah waljamaah hanya wajib keluar daripada taqlid adalah hanya dalam soal mengsahkan iman kepada Allah sahaja. Persoalan agama yang lain seperti menentukan hukum syara’, ibadah dan persoalan-persoalan lain dikehendaki bagi umat Islam awam bertaqlid kepada imam-imam mazhab yang cukup ilmu untuk melakukan fatwa yang mana fatwa mereka berdasarkan ilmu, amalan-amalan yang disepakati oleh para ulama Islam yang terkenal dengan kemantapan ilmu mereka. Ulamak-ulamak yang dipilih untuk di pakai pendapat adalah ulamak-ulamak yang menghafaz al-quran dan alim dalam ilmu tafsir, menghafaz lebih daripada 100 ribu hadis sehingga digelar Al Hafiz dipangkal nama mereka dan mendalami ilmu-ilmu mengenai sanad dan ilmu-ilmu hadis yang lain, terkenal dengan kewara’kan, mempunyai kajian mendalam dalam ilmu-ilmu hukum dan syariat. Mempunya penguasaan bahasa arab dan sastera yang mendalam. Mereka inipun bertaqlid pula kepada tabi’in2 dan sahabat2 dan meneruskan taqlid kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Asri kawan2 dia hari ini baru nak kaji al-quran dan al-hadis dengan ilmu yang lemah, tidak terkenal sebagai penghafaz quran dan mufassir tidak terkenal sebagai penghafaz 100 ribu hadis dan sebagai muhaddis. Oleh ini mereka ini tak terlepas daripada kemelut bertaqlid.
      2- Dalam menentukan hukum mereka hanya menyebut sumber daripada hadis dan al-quran sahaja.Oleh itu mereka kata bid’ah buat solat tarawih 20 rakaat kerana tak ikut sunnah. Sedangkan Nabi saw bersabda bermaksud: “Bagi kamu sunnahku dan sunnah khulafa ar-rashidin yang mendapat pertunjuk” riwayat Imam Ahmad. Solat 20 rakaan tarawih adalah perintah Sayyidina Umar yang merupakan khulafa ar-rosyidin. Banyak lagi persoalan yang tak disebut disini.
      3………

    67. Jika dibaca laporan Malaysiakini yang menyatakan kesediaan PGSM untuk menarik balik pendakwaan mereka terhadap Dr Asri dan memohon maaf secara terbuka, ianya membuktikan kesilapan dan keterlanjuran PGSM dalam menangani isu ini. Kesediaan Dr Asri menerima permohonan maaf pula dilihat sebagai sikap gentleman dan berada di pihak yang benar(harap-harap gitulah). Saya rasakan kepimpinan PGSM perlulah mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kemelut ini termasuk dirombak semula bagi memulihkan kembali kredibiliti mereka

    68. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam meminta kontroversi membabitkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tidak terus diperdebatkan melalui media massa bagi mengelak kesucian agama Islam dipandang serong. Diharap Asri mendengar nasihat menteri tersebut jangan perdebatkan isu ini di media. Kadang-kadang boleh menambahkan riak dan takabbur

    69. tak sepatutnya pgsm menarik balik semua tuduhan dan menuntut maaf, teruskan saja supaya semua ketidakbenaran dapat ditegakkan. lebh penting lagi, semua orang mahukan keputusan. dan ternantikan kesudahannya. Memang itu yang saya harapkan dan jutaan org lain juga.
      Saya yakin pgsm dah ada semua bukti dan sedia ke depan pada bila-bila masa pun macam presiden kata kat surat khabar. ini hal besar kepada seluruh ummat islam, tak boleh la sembunyi2.

    70. Sepatutnya bermaaf-maafanlah antara semua pihak. Itu baru ulamak berjiwa besar. Jangan bongkak sangat tuntut orang lain minta maaf, adakah kita sendiri sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain.

    71. dah buat kenyataan akhbar dah pun, nak buat ape lagi.. haih.. susah jugak orang yang tak reti bersyukur nih. Ke taksub sangat dengan Dr Asri ?

    72. caliph: berani kerana benar.
      ada org taksub dgn PGSM, tapi saya tak kisah sbb itu hak mrk. cuma kalau PGSM percaya dr asri salah, silakan tunjuk bukti…tapi dia minta maaf, so baguslah.

    73. Orang dah minta maaf, dah ada surat, nak apa lagi ? tuh taksub namanya. Taksub atas Dr Asri seorang. Alahai… nih penyokong Dr Asri ke begini ?

      Begitulah, bila dahulu perlekehkan ulamak lain, perlekehkan mufti lain. Mungkin ALlah nak tunjukkan sesuatu pada Dr Asri.

      Mengapa akhirnya perlu ditunjuk Ijazah itu..

      Mengapa ada memorandum sehingga seramai itu NGO yang membuatnya.

      Mengapa didedahkan akhirnya siapa Dr Asri

      Mengapa dirinya dilihat menguasai suratkhabar

      Ditunjukkan juga siapa yang mahu berfikir, dan siapa yang hanya menerima sahaja membuta tuli.

      Mengapa beliau perlu mempertahankan dirinya,

      Mengapa mufti juga menegur

      Mengapa orang awam pun menunjukkan bukti kesalahannya

      Mengapa juga ramai yang menyokong di dalamnya adalah parti politik semata-mata bahkan SIS yang diketahui adalah amat memusuhi al Quran dan Hadith. Sehingga pernah menyatakan Al Quran perlu ditafsirkan semula.

      Cantik teguran ALlah itu, buat dia, buat kita semua.

    74. caliph: ya, betul…semua yg berlaku ada hikmahnya.

    75. Penemuan2 terbaru yang menakjubkan dalam kitab Al-Quran http://kajian-quran.blogspot.com/ Apa jua marilah kita semua berdamai dan sama-sama berpegang kepada tali Allah (AL-Quran). Marilah kita berganding tenaga mengkaji Al-Quran dan mengeluarkan ilmu-ilmu yang boleh membangun umat Islam dan melihat sendiri kebesaran Allah SWT melalui mukjizat Al-Quran.

      Teramat banyak benda yang belum kita kaji dan temui di dalam kitab Al-Quran. Marilah kita semua berpadu tenaga dan menyatukan ukhwah untuk mengeluar dan menjana ilmu dari Al-Quran.

    76. orang-orang yg memiliki ciri-ciri munafik. 1) Bila bercakap ia bohong 2) Bila berjanji ia mungkir 3) Bila diamanahkan ia khianati 4) Bila berhujah ia mahu kemenangan bukan kebenaran.

    77. Siapa yang berbohong dan mungkir janji ?

      Ini akan mengungkapkan ceritanya :

      KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan bantahan terhadap penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainul Abidin.

      Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip berkata PGSM tidak akan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

      Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan.

      “PGSM hanya menarik balik penyiaran memorandum berkenaan dari laman web rasmi yang telah pun kami lakukan sebelum Mohd Asri mendedahkannya kepada media.

      “Sebaliknya kami difahamkan bahawa beliau sendiri yang membuat salinan memorandum berkenaan dan menyiarkannya dalam blog peribadi beliau serta mengedarkannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain,” katanya dalam sidang media khas di pejabat PGSM di sini hari ini.

      Bagaimanapun dalam sidang media berkenaan, Mohamad Isa tidak membuka ruang soal jawab kepada media.

      Penjelasan yang diberikan Mohamad Isa itu ternyata berbeza dengan hasil pertemuan tertutup antara beliau, Mohd Asri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam.

      Mohd Asri sendiri semalam berkata hasil pertemuan tersebut, PGSM sedia menarik balik memorandum berkenaan serta mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada beliau.

      Malah melalui salinan draf yang dimuatkan dalam laman web Mohd Asri juga menyatakan kesediaan PGSM untuk berbuat demikian.

      Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tersebut tidak didedahkan kepada media.

      “PGSM amat kesal dengan tindakan Mohd Asri yang memungkiri perjanjian penyelesaian secara musyawarah yang dipengerusikan oleh Datuk Jamil Khir… perbuatannya itu jelas tidak menghormati menteri yang bertindak sebagai mediator.

      “Dalam pertemuan semalam, PGSM telah bersetuju untuk menamatkan konflik yang tercetus demi kemaslahatan (faedah) dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

      “Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk tidak memberi sebarang kenyataan media bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam negara ini,” katanya.

      Resolusi berkenaan dicapai dalam satu mesyuarat khas antara PGSM dan sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan sebelum sidang media berkenaan.

      Malah Mohamad Isa juga berkata selepas isu ini timbul, PGSM terus mendapat sokongan yang lebih besar daripada beberapa NGO Islam, tokoh agama, kumpulan pelajar Islam dan golongan pendakwah.

    78. Tahniah n taruskan usaha anda dlm membanteras akidah sesat wahabbiy!

    79. takda buat u turn pun, Dr Asri yang mungkir janji.

    80. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya tidak hairan jika umat islam seluruh dunia sehingga kini masih bermusuhan sesama sendiri, bergaduh dan berperang sebab terdapat perbezaan pendapat. dan pendirian.

      Saya sebagai rak yat Malaysia yang tinggal di luar negeri rasa kecewa, sedih, pilu mengikuti perkembangan ini, tuduh-menuduh, menuding jari dsb. Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam yang tinggal di negara yang penduduk islamnya boleh dibilang dengan jari, saya menghadapi banyak kesukaran dalam soal ibadah contohnya dalam soal solat. Saya ada kemukakan satu permasalah kepada sebuah ‘agensi kerajaan’ dan jawapannya tidak menjawab permasalah saya dan tidak ingin mengerti masalah yang saya hadapi - kerana ‘Mahzab Syafie kata begini dan begitu maka selain itu tak boleh sama sekali’ dan solat tidak sah!! Mana lagi perlu saya rujuk??

    81. Yg nak bagi tauliah mengajar agama pada orang yg ada PHD Master,
      macam JAIS kena ada apa pulak?…………….tentu lebih hebat dari Kesarjanaan tersebut.
      Kalau tidak….jawabnya anak menilai bapak bukan bapak menilai anak.
      pada saya anak ayam, bapak ayam, ibu ayam, tok ayam sama je.

    82. Jais hantu tak bertuan - Zulkifli Nordin
      http://www.youtube.com/watch?v=ROtWo5HgbCQ&feature=related
      PGSM pulak……..tangan2 berhantu dibelakang

    83. fahmi asrar

      “Saya sokong penuh tindakan persatuan bersama jais yang menyeret beliau ke pengadilan, supaya semua kejahatan dan fahaman salah beliau dapat diterangkan kepada masyarakat. Adalah tak mencukupi setakat tanpa tauliah saja, fahaman salah yang beliau ajarkan itu lebih penting dihalang. Pengajaran itulah yang merosakkan umat islam di malaysia.”

      fahmi asrar.
      Dr. Asri ditangkap kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah.Bukan sbb fahaman salah.
      Awak yg silap faham.Inilah masalahnya,diri sendiri yang tak faham tapi tuduh org lain pulak.
      aduhai.cacamarba

    84. Banyak kitab kitab yg kau org baca dan rujuk tu elok jgn di pakai .Humbankan saje..berubah lah…Jgn lah membuat perkara semata mata kerana ia diamalkan oleh org tua kita,,padahal banyak perkara itu adalah perkara baru didalam agama.JANGANLAH MENG ADA ADAKAN PERKARA BARU DIDALAM AGAMA..Muktamad.!!!
      Aku mahu beragama dengan cara yg senang ,ringkas dan berpahala dari membuat perkara perkara yg baru yg sengaja diadakan adakan oleh orang tua kita tapi tidak berfaedah dan membuang masa.,menyakitkan hati dan merungsingkan kepala…

    85. bukannya senang nak berdakwah.
      yang benar pasti banyak salahnya di mata yang tak benar.
      ini lah lumrah nya.

    86. aku dah jadi pening la. patutnya jais dakwa asri atas alasan wahabi bukan hal tauliah. fahaman dia tu lebih penting di halang. pgsm pun satu, surat tu ydp dia sign sendiri, satu malaya dan tengok, so apa lagi yang nak dicari.
      Jakim kata fahaman wahabi tak salah cuma tak sesuai kat malaysia. walhal ustaz mahfuz kata semuanya sesat belaka termasuk yang kat arab sampai tak boleh berimam dan bagi zakat. aaaaisey! abis tak mabrur aji aku. yang paling aku tak faham ydp abim kata kesalahan besar dr asri adalah menyeru kembali kepada al quran dan sunnah secara langsung.
      kata-kata dia ni secara langsung juga aku tak setuju fasal, nak kembali kepada apa lagi kalau bukan al quran dan sunnah?
      sebenarnya, yg ustaz shahul hamid kata tu sebijik macam ustaz mahfuz kata, dalil-dalil, nas-nas dan cerita ceritinya serupa ja. masa aku nak tanya pengerusi tak kasi jalan.
      supaya aku tak lebih pening, aku sokong pgsm dan jais saman dr asri, atau dr asri saman diorg pulak, aku nak tengok saper yang betul.