KENYATAAN BERSAMA PGSM DAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP ISU SEBAT KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO.

Aug 28th, 2009 | By webmaster | Category: Kenyataan Media, Utama

Kami dengan ini sedar bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara di dunia mengamalkan  dual sistem perundangan yang unik yang berjalan seiring dan harmoni antara satu sama lain sekian lama dan perkara ini hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

 

Kami dengan ini menegaskan seperti berikut :-

 

1.      Kami menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah tentang titah baginda supaya semua pihak bersabar dan  menyerahkan kepada Mahkamah untuk isu hukuman sebat ini.

 

2.     Bahawa doktrin pengasingan kuasa antara kehakiman dan eksekutif mestilah dihormati dan dipertahankan sepanjang masa.

 

3.     Kami menyeru agar  jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan perlaksanaan undang-undang syariah lebih-lebih lagi dari golongan yang bukan Islam. 

 

4.     Semua pihak mematuhi dan menghormati keputusan yg dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

 

5.     Hukuman dan pelaksanaan hukuman sebatan di mahkamah syariah hendaklah dikekalkan, diseragamkan dan dilaksanakan di seluruh negara.

 

6.     Majlis Peguam atau sesiapa yang tidak berkenaan dengan Agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan Agama Islam dan serahkan urusan kepada pihak yang beraotoriti bagi Agama Islam .

 

7.     Kami menegaskan hukuman sebatan dalam islam adalah untuk tujuan mendidik dan amat berbeza dengan hukuman yang dilaksanakan mengikut Kanun  Kesiksaan yang diamalkan di Common Law dan Mahkamah Sivil.

 

8.     Kami kecewa dan membantah kenyataan Menteri Dalam Negeri, kerana memang telah ada tukang sebat yang bertauliah yang sedia melaksanakan hukuman sebat.

 

9.     Kami mengucapkan syabas kepada Kartika Sari Shukarno yang tabah dan sabar dalam menghadapi polemik ini dan sanggup menyerahkan nasibnya kepada pihak berkuasa agama Islam Pahang (JAIP).

 

 

MOHAMAD ISA BIN ABDUL RALIP

PRESIDEN PGSM BAGI PIHAK NGO-NGO ISLAM

27 OGOS 2009

5 comments
Leave a comment »

  1. Saya Sokong Pendirian PGSM.

  2. Saya menyokong penuh kenyataan PGSM.

  3. SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARAN KEPADA KITA SEMUA….ALLAHUAKBAR…..

  4. Saya bersetuju dengan PGSM. Harap diteruskan perjuangan memartabat Islam dan perundangan Syariah untuk kebaikan semua.

  5. ikut alquran ajae tak payah rujukan manusia…supaya kamu semua terlepas azab neraka…

Leave Comment